Tuesday, August 04, 2009

Dua Orang Kenalan

Saya tidak pernah bertegur sapa dengan sesiapa pun sewaktu ke masjid yang berhampiran dengan rumah saya, kecuali jika ada orang yang menegur saya terlebih dahulu. Kerana saya tidak berbahasa Urdu jadi saya agak keberatan untuk memulakan perbualan, kerana saya tidak tahu siapa yang boleh berbahasa Inggeris dan siapa yang tidak. Setakat ini cuma dua orang yang menegur saya.

Pertama, seorang pemuda yang berusia 25 tahun yang sangat fasih berbahasa Inggeris. Dia orang Pakistan tetapi saya tidak pernah melihatnya memakai pakaian kebiasaan orang Pakistan iaitu Syarwal Khamiz atau Kurta. Sewaktu pertama kali dia menegur saya, dia memang menyapa saya dalam bahasa Inggeris. Dia agak terkejut apabila saya memberitahunya saya tidak datang dengan ibu bapa, tetapi datang sendiri kerana bekerja di sini. Dia menjadi lebih terkejut apabila saya memberitahu saya sudah berusia 27 tahun, datang ke Pakistan dengan isteri dan seorang anak yang masih bayi kerana menurutnya saya kelihatan terlalu muda untuk itu semua. Kebanyakan orang Pakistan kelihatan lebih tua dari umur sebenar mereka.

Kedua, adalah seorang lelaki tua yang berkulit cerah dan juga bermisai putih. Dia kelihatan sangat peramah dan berpakaian kemas, kadang-kadang dia memakai syarwal khamiz. Setiap kali dia masuk ke masjid dia akan memandang ke arah semua jamaah dan bersalam dengan beberapa orang jemaah. Bersalaman di masjid samada sebelum dan selepas solat bukan menjadi satu budaya di sini. Sewaktu pertama kali berjumpa, lelaki tua itu menyapa saya dalam bahasa Urdu. Kemudian dia memberitahu bahawa dia adalah seorang pesara tentera berpangkat tinggi, pernah menjadi duta di beberapa buah negara asing. Tidak hairanlah caranya bersosial agak lain dari kebanyakan orang-orang Pakistan di masjid itu.

Tetapi lelaki tua itu sebenarnya mempunyai masalah ingatan. Kali kedua dia menegur saya, dia bertanyakan perkara yang sama, dari mana saya berasal dan apa yang saya buat di Pakistan. Dia telah memberikan saya kad namanya kepada saya dan sehari selepas itu dia ingin memberikan lagi. Setiap kali berjumpa dia akan bertanyakan benda yang sama dan apabila saya memberitahu dia akan meminta maaf. Katanya dia memang mempunyai masalah ingatan dan sukar untuk mengingati peristiwa yang telah berlaku dan apa yang telah dia lakukan. Kadang-kadang sebelum solat dia bertanya, "waktu solat apa sekarang?" Dia juga selalu meminta saya mendoakan untuk kesihatannya. "Saya sudah tua dan selalu lupa, jangan lupa berdoa untuk saya supaya saya sihat".

Suatu hari dia memanggil lelaki muda berusia 25 tahun yang mula-mula menegur saya itu dan memperkenalkannya kepada saya, lelaki muda itu adalah sebenarnya anaknya! Kami memberitahunya bahawa kami telah mengenali antara satu sama lain. Satu kebetulan, hanya dua orang yang pernah bercakap dengan saya dan rupa-rupanya mereka adalah seorang ayah dan anaknya. Keesokannya lelaki tua itu duduk di sebelah saya lagi dan kami berbual seketika. Selepas itu dia memanggil lelaki muda anaknya itu dan hendak memperkenalkannya sekali lagi kepada saya. Kami cuma berpandangan dan tersenyum. Saya berasa sangat kasihan dan bersimpati dengan ayahnya.

10 comments:

yg_indah said...

hang memang nampak muda.lagi 5tahun kalau jalan dengan kami(aku&seorang bukan sasterawan)mungkin org ingat junior dgn senior.

Anonymous said...

hahaha

ko special kes la...
mmg muke ko muke skolah menengah pun!

seb bek minggu lepas ade klien ckap umur aku 21 @ 22 tahun n ade mase depan yang cerah (walaupun aku xpaham ape die maksudkan)

selalu2 org pikir aku dh kawin beranak 2 je.. benci3
dan budak2 kat luar dah panggil aku pakcik @ uncle! aaaaaaaa!

-joe-

Anonymous said...

Saudara memang nampak muda. Saya akui itu. Dan saya sudah nampak tua dari umur sebenar saya.. Tetapi berbaloi la kerana suami saya tua 11 tahun dari saya. Kalau tidak, nampak kami sangat tidak sepadan..

Hanie..

Anonymous said...

sy rase pakcik tu mesti ade sakit alzhemeir..

Mince4AM said...

cerita ni kelakar.. apa pun saya simpati dgn si ayah.

~::PermatA::~ said...

Yang nampak muda tu memang btol. Pernah satu masa tu saya dan suami dalam perjalanan dari Terengganu ke Kelantan. Kat sempadan tu ada polis buat sekatan. Ada ke dia kata kat suami saya "hantar kakak eh?".Pedih je rasa...

Nafastari said...

Yg_indah, mungkin juga. Tapi yg peliknya kamu berdua belum berkahwin pun, dan aku sudah ada anak!

Joe, orang kata kita kena selalu fikir kita muda, barulah kita akan kelihatan muda.

Hanie, saya masih ingat sewaktu awak dalam darjah satu awak memang sudah kelihatan lebih tua dari teman2 sebaya... Haha..

Anonymous, saya pun fikir alzhemir. Tapi katanya sebab penyakit diabetis yang dihidapinya.

Mince4Am, kelakar ke? terima kasih. Saya pun begitu, kesian..

Permata Soffhas, sabar sajalah...

Anonymous said...

Hehehe kamu ketawakan saya yer. Saya nampak lebih tua pun mungkin kerana suka berkawan dengan kamu dan kawan2 sekelas kamu. Hehehe

Hanie..

Seorang Bukan Sasterawan said...

aku terfikir betapa seriusnya penyakit lupa pakcik tu..sbb kamu bknnya seperti org pakistan lain..kamu muka melayu di bumi pakistan..mgkn kamu satu2 nya..
masa kat iiu dulu,aku selalu tertukar org afrika..aku rase muka diorg takde beza hahaha

Nafastari said...

SBS, aku rasa pun penyakitnya serius, smalam pun dia tegur aku dalam Urdu lagi. Aku rasa dia sudah tidak ingat aku lagi sebab dia langsung tidak mesra macam sebelum ini.