Menteri pelajaran telah pun mengumumkan pemansuhan dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan bermula sepenuhnya tiga tahun lagi. Ianya merupakan satu keputusan yang sangat dialu-alukan oleh majoriti rakyat Malaysia. Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menyifatkan ianya sebagai satu kejayaan rakyat yang selama ini berjuang bagi menghapuskannya. Saya adalah salah seorang daripada rakyat Malaysia, dan saya berasa sangat gembira dengan perkembangan terbaru ini walaupun saya juga berasa pelik mengapa ia terpaksa mengambil masa sehingga tiga tahun untuk memansuhkannya sedangkan sewaktu hendak melaksanakannya dahulu ia cuma mengambil masa enam bulan.
Dalam Malaysiakini, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan pengerusi BN, menafikan keputusan memansuhkan polisi itu bertujuan menguatkan BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai, Selasa depan.
"Ini bukan keputusan untuk kepentingan politik tetapi untuk masa depan anak-anak kita. InsyaAllah BN akan menang di Manek Urai. Keputusan ini dibuat atas dasar kajian dan pertimbangan yang mendalam mengenai polisi itu," kata Muhyiddin.
Apa pun niat dan motivasinya, tetapi terima kasihlah bapak menteri. Dan tahniahlah GMP dan sekalian rakyat yang menyokong.
6 comments:
buat seketika saya rasa seperti membaca berita di surat khabar pula, tetapi saya lupa yang sebenarnya ini adalah sebuah blog! ;p
Benar..walau apa pun niat dan motivasinya, yang penting ialah untuk kepentingan anak bangsa kita
betul..blog ini amat berkesan..dia bercerita seperti seorang pencerita
menulis bagai seorang novelis, berpatriotik bak seorang negarawan,
dan berberita seperti seorang pemberita..
(tentu sekali dia sayang kamu seperti seorang pencinta sejati)
Komen yang agak sederhana kali ini....Mungkin saya agak keterlaluan dalam menyatakan hal ini...tapi seperti kata anda....ia satu langkah yang amat berguna pada semua adik adik kita... Pesan saya..JUST LET IT GO...
Baru betul tajuk atas tu, GPM yang patut diucap terima kasih. Merekalah yang berjuang memartabatkan bahasa kita hingga sanggup berpedih mata. Orang yang tidak berbangga dengan bahasa sendiri tidak patut diucapkan terima kasih, bahkan mereka mesti minta maaf kepada rakyat. Ada mereka minta maaf?
amended GMP bukan GPM..typing error..
Mawarnafastari, menjadi pemberita juga salah satu daripada cita-cita saya semasa saya belum bekerja dulu.
SBS, tapi ramai sekali yang mempersoalkan tentang niat dan motivasinya. Bergantung kepada kiblat politik masing-masinglah!
Aku, saya kurang jelas dengan pendirian anda. Tapi saya tidak kisah pun kerana saya tidak pun mengenali anda.
Wirkab, benar sekali! Mereka patut meminta maaf, membelanjakan berjuta-juta duit rakyat hanya untuk entah apa-apa. Saya rasa rakyat sukar memaafkan kesilapan bodoh yang melulu.
Post a Comment