Sudah sebulan saya di Islamabad dan menghabiskan sebahagian dari hidup kami di hotel yang mewah dan dikatakan paling selamat, tetapi langsung tidak berjaya memujuk dan meredakan kebimbangan yang bertapak di fikiran. Polis dan pengawal bersenjata ada di mana-mana, di sekitar hotel. Setiap pagi pasti terserempak dengan seorang lelaki yang berpakaian kemas di hadapan bilik kami, duduk di sofa yang sememang diletakkan di situ. Mulanya saya fikir dia seorang pekerja hotel, tetapi akhirnya setelah berkenalan saya mendapat tahu dia seorang anggota polis cawangan khas. Dari "special branch" katanya, tetapi tidak saya bertanya lanjut tentang apa yang dibuatnya di hotel itu.
Dua hari lepas akhirnya saya keluar dari penjara mewah itu, membebaskan diri di tempat yang saya harus panggil sebagai rumah saya selama saya berada di sini. Sangat selesa, jauh lebih baik dari yang saya mampu sediakan sewaktu di tanah air. Bayangkan sebuah rumah yang mempunyai enam bilik tidur yang semuanya berpendingin hawa, lima bilik air yang siap dengan tab mandi, ruang tamu yang luas, dapur yang selesa dan taman yang menghijau di laman depan. Tuhan, saya tidak inginkan apa-apa lagi. Alhamdulillah.
Selain dari rumah ini majikan menyediakan satu mesin generator untuk rumah saya. Di Pakistan tenaga elektrik yang mereka jana tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk mereka. Jadi sebagai alternatif, tenaga elektrik dicatu. Dalam masa sehari mereka akan memutuskan bekalan elektrik selama dua jam di setiap rumah. Di sektor tempat tinggal saya bekalan elektrik akan diputuskan dua kali sehari, pada pukul 4 hingga 5 petang, dan dari 12 tengah malam hingga 1 pagi. Generator akan menjadi penyelamat kepada saya kerana ia akan tetap memberikan saya tenaga elektrik bagi menghidupkan pendingin hawa (harus diingat sekarang adalah musim panas, suhu mencecah 48'c), lampu, peti sejuk dan sebagainya.
Tetapi semalam saya mendapat masalah baru. Jiran di sebelah kanan saya tidak selesa mendengar bunyi generator saya walaupun rumah kami telah dipisahkan dengan pagar batu yang agak tinggi. Semalam sekonyong-konyong dia datang bertandang ke rumah saya, bukan untuk berkenalan. Katanya bunyi generator rumah saya sangat kuat dan mengganggu tidurnya. Saya tidak memberitahunya padahal pemandu saya yang biliknya cuma bersebelahan dengan mesin itu langsung tidak mempunyai masalah dengan bunyi itu. Sudah dua kali jiran sebelah datang komplen kepada saya dan Mawar. Mulanya dia kelihatan sangat marah tetapi saya langsung tidak melayan kemarahannya sebaliknya cuba berkenalan dengan bertanya macam-macam dan berbasa-basi. Tetapi tidak pula saya janjikan apa-apa kepadanya.
Kalau menurut kawan senegara saya, usah dilayan dengan jiran yang berdengki dan mementingkan diri seperti jiran saya itu. Dia dan beberapa kawan Malaysia yang lain turut mempunyai masalah yang sama.
"Nasib dialah duduk sebelah rumah kita. Dia patut salahkan kerajaan Pakistan, bukan salahkan kita yang terpaksa menggunakan mesin generator. Cuba tawarkan dia untuk sambungkan tenaga elektrik ke rumahnya juga, pasti dia akan senyap selepas itu. Sebenarnya dia cuma dengki kerana dia tidak mempunyai generator seperti kita."
Sebenarnya perkara ini turut menghantui saya. Saya tidak mahu menyakiti hati sesiapa di sini, tambah-tambah lagi jiran saya. Saya rasa dia punyai hak untuk tidak diganggu dan hidup dalam suasana yang senyap dan aman. Tidak lama lagi saya akan alihkan mesin itu ke suatu sudut yang lain yang jauh sedikit dari rumahnya, semoga tidak mengganggu hidupnya lagi. Buat masa ini, itu sahaja pilihan yang saya ada. Maafkan saya wahai jiran, sila salahkan kerajaan anda!

7 comments:
Wah.....syoknya mendapat kediaman yang begitu selesa seperti itu.
He..he.. kalau dekat rasa macam nak singgah je.
Beruntungnya mendapat kediaman yang selesa begitu dan penghijrahan kamu ke sana sebenarnya satu rahmat buat kamu sekeluarga selain dugaan yang harus ditempuhi sepanjang kamu di sana..
Hanie..
Tak kan lah driver nak complain bos???Jiran memang ada haknya utk berbuat begitu.Tetapi dia juga harus memahami keadaan dan mestilah mempunyai sekeping hati yang bersih. Alhamdulillah,sekurang2nya rumah ini lebih baik drp menetap di hotel.
pie.
wah dah ada driver sekarang..kelass gitu..
cantik la rumah..
untuk seketika, rumah yang tak berplaster sungguh lah cantik kelihatannya...
Kat mesia, kalu tak plaster; buruk, maybe sbb design umah gak kot
-joe-
Alhamdulillah...berkesempatan lagi kita berbual di ruang jalurlebar. Akak, walaupun sudah mempunyai 4 orang anak perempuan, melihatkan comelnya embun...masih berminat lagi melihat indahnya dan bersihnya rupa embun...Alhamdulillah. Semuga jadi wanita yang solehah bla dewasa kelak. Amin.
Akak. Serdang.
Aishah Jamal, alhamdulillah. Kalau jauh pun apa salahnya datang menyinggah.. ;-)
Hanie, semoga rahmatlah yang kami dapat.
Pie, bukan masalah jika samada pemandu saya itu komplen atau tidak. Tapi bunyi mesin itu langsung tidak mengganggu tidurnya, malah dia tidur dengan nyenyak sekali walaupun ketika mesin itu berbunyi. Bilik dia jauh lebih dekat dengan mesin itu berbanding dengan rumah jiran saya.
Anonymous, bukan saya sendiri punya. Majikan saya yang membayar gajinya.
Joe, benar, rumah batu tanpa plaster begitu kelihatan cantik.
Akak anonymous, sudah beranak 4 rupanya! Tahniah, sudah berjaya melalui sebahagian dari fasa hidup yang saya baru hendak lalui. Terima kasih. Mudah-mudahan doa akak menjadi benar, insyaAllah.
Post a Comment