Anak perempuan saya cepat menyesuaikan dirinya di tempat baru dengan cuaca dan iklim yang baru. Jika saya dan Mawar menghadapi kekeringan kulit dan sebagainya tetapi Embun langsung tidak mempunyai apa-apa masalah berkaitan cuaca di musim panas. Pada saya dia kelihatan sangat comel, kulitnya cerah. Jika suhu terlalu panas kulitnya akan kelihatan sedikit kemerahan, tetapi dia tidak apa-apa. Keadaan kesihatannya sangat baik dan dia membesar dengan cepat. Buat masa sekarang ini dia tidak makan dan minum apa-apa kecuali susu ibunya sahaja. Sewaktu datang ke Islamabad beratnya cuma 2.9 kg, tetapi sekarang dia sudah menjadi lebih berat. Pada 15 Jun yang lepas sewaktu membawanya ke klinik kesihatan bayi untuk suntikan, beratnya sudah mencecah 4.2 kg. Sekarang mungkin sudah hampir 5 kg.
Semalam kami semua ke Pasar Kohsar terletak di Sektor F6, tidak berapa jauh dari tempat tinggal kami. Penjual di sebuah kedai sangat tertarik dengan dengan Embun dan bertanyakan namanya kepada saya. Saya memberitahu namanya Embun dan jika diterjemah dalam bahasa Urdu namanya menjadi Syabnam, dan jika dalam bahasa Arab, ia menjadi Nadaa. Orang Pakistan sangat sukar menyebut Nadaa, tetapi nama Nida adalah sangat popular dan biasa. Penjual yang bernama Imran itu sangat menyukai nama baru Embun- Syabnam. Semasa kami membayar di kaunter dia menghadiahkan satu mangkuk seramik kecil yang cantik, untuk Syabnam.
Semalam kami semua ke Pasar Kohsar terletak di Sektor F6, tidak berapa jauh dari tempat tinggal kami. Penjual di sebuah kedai sangat tertarik dengan dengan Embun dan bertanyakan namanya kepada saya. Saya memberitahu namanya Embun dan jika diterjemah dalam bahasa Urdu namanya menjadi Syabnam, dan jika dalam bahasa Arab, ia menjadi Nadaa. Orang Pakistan sangat sukar menyebut Nadaa, tetapi nama Nida adalah sangat popular dan biasa. Penjual yang bernama Imran itu sangat menyukai nama baru Embun- Syabnam. Semasa kami membayar di kaunter dia menghadiahkan satu mangkuk seramik kecil yang cantik, untuk Syabnam.
16 comments:
Tembamnya dia.... rasa macam nak cubit-cubit je pipi Nadaa tu.
Agaknya bila u all balik ke Malaysia nanti Nadaa lebih faham bahasa Urdu dari bahasa Ganu. Ha..ha..
Dia nanti mesti ada pakistanian looks
syabnam.. suda berat sampai ke sana..
mmg serasilaaa mu jadi org islamabad..
Cantiknya Nadaa sekarang..da besar da pon..sedap jugak nama baru Nadaa tu..
Cantiknya anak kamu.. Moga anak lelaki saya yang bakal lahir bulan sepuluh nanti handsome hehe..
Hanie..
tuah anak kamu bang!
dan nadaa sangat comel. saya sangat suka budak. tapi jangan ditanya perihal kahwin. saya alergik. haha!
cubitkan pipinya untukku!
hahaha
-joe-
Salam,
SYABNAM bete...tu bohot2 khoobsurat hai....! Tere yaad aati hai....muahhhh:-)
Apna khayal rakhna, wassalam.
Aishah Jamal, mestilah dia lebih faham dialek Terengganu kerana dialek itu yang lebih banyak digunapakai oleh saya sewaktu di rumah. Kami baru hendak menyertai kelas Urdu, tidak lama lagi insyaAllah.
Yg_indah, kenapa pula rupa Pakistan, ibu bapanya cuma ada iras Melayu dan sedikit kecinaan.
P/s: Dalam bahasa Inggeris kita gunakan "Pakistani" untuk menggambarkan orang negara Pakistan, bukan Pakistanian.
Makcu, saya pun rasa macam tu juga! Serasi sungguh.
Permata Soffhas, terima kasih. Tak sabar menunggu kelahiran sepupu Embun.
Hanie, insyaAllah handsome lah mudah-mudahan. Dan bila besar nanti terpuji akhlaq dan pekertinya.
Addyaholix, terima kasih.Oh, kamu boleh mengambil anak angkat jika mahu. Ok, saya tidak akan bertanya apa-apa tentang kahwin. Kamu gembira sekarang?
Joe, ya, sudah! Sekarang nak dibuat apa lagi?
Ishan Qureshi, syukria Ishan Chacha. Phirmilengge, Allah hafiz.
Wah, nama Embun itu begitu nostalgis dan indah. Patut pun dapat mangkuk seramik sebagai hadiah, Embun benar membawa tuah dan membuka rezki. Amin.
Syabnam,diam di sana jangan dilupakan bapa saudara di sini..
pulang nanti bapa saudara mahu belanja ikan celup tepung Rhu Sepuluh..
wah....... montelnya...
Sang Pelangi, terima kasih.
SBS, ini bapa saudara yang mana satu? Ya, Syabnam mungkin kembali pada Oktober nanti. Dia nantikan pertemuan dengan anda di Rhu Sepuluh.
Aloy_Paradoks, terima kasih menyinggah.
wah muka embun sgt seiras dgn bapaknya.. hehe. dan ya! aku sgt sgt suka nama embun! apalah agaknya nama anak kedua kalian nanti ;)
salam..
cumel nyer syabnam!! geram nyer nak cubit2 pipi yg tembam tuu...hihihi umminyer tolong cubitlaa yer.. seperti siapa yer??
An-nidxam, sudah ramai yang bilang begitu. Sama ke?
UW, terima kasih. Serupa muka ibu bapanya sudah tentu.
Post a Comment