Saturday, April 04, 2009

Imam Lapar!


Saya menerima undangan perkahwinan daripada rakan setempat kerja dengan saya dan saya begitu bersemangat untuk menghadirinya kerana dia tinggal di suatu tempat yang saya tidak pernah sampai. Perjalanan ke rumahnya yang terletak di Kampung Bukit Tadok, Hulu Terengganu dari Kuala Terengganu cuma mengambil masa lebih kurang 35 minit. Walaupun kami tidak sempat untuk mengambil gambarnya bersanding disebabkan pengantin lelakinya belum sampai, tetapi saya paksa juga dia menjengah muka di jendela.

Sewaktu pulang saya sengaja memberhentikan kereta di suatu tempat di tepi jalan raya bagi membolehkan saya mengambil gambar satu papan tanda nama kampung yang sangat menarik perhatian saya. Anda fikir bagaimana kampung ini mendapat namanya? Dan jika anda berkemahiran membaca jawi, perhatikan ejaan dalam tulisan jawinya yang tidak selari dengan ejaan dalam rumi. Perkataan "IMAM" telah dieja sebagai "IMAN" dalam tulisan jawi.

14 comments:

tasekM said...

imam lapar?

kikikikikkii...


salam ziarah.

Anonymous said...

em..mungkin dia memang memaksudkan imam.. tapi biasa la kan, sesetengah org terengganu nak cakap luar...

imam = iman
assalammualaikum = assalammualaikun
selamat malam = selamat malan

;p

-u know who!-

Anonymous said...

lepas imam lapar,kg nasi dingin..mungkin ada cerita disebalik nama yg diberi...

katakukata said...

so, which one is the correct one? Iman or Imam? -confused-

Nafastari said...

Tasik Merah, terima kasih atas ziarah anda.

Anonymous, saya memang tahu siapa anda! Terima kasih.

Anonymous 2, nampaknya kamu tahu tempat itu. Jadi kamu fikir apa cerita di sebaliknya? Penulis lebih menghargai jika anda memperkenalkan identiti diri anda.

Katakukata, aku sendiri pun keliru. Mungkin mereka memaksudkan IMAM tapi tersilap eja dalam tulisan jawi. Imam Lapar kedengaran seperti lucu, tetapi jika Iman Lapar kedengaran seperti sangat tidak kena.

Anonymous said...

sekali teringat Perayaan Hantu Lapar daa..

Mungkin suatu ketika dulu, sebuah kampung tidak bernama mempunyai imam samseng yang suke pau orang, suke kempet nasik orang kat umah2 org kampung... hingga terkenallah kampung ini sebagai "kampung imam lapar"..

penduduk kampung imam lapar meminta bantuan kampung sebelah yang masih belum bernama akan bagaimanakah caranya dapat dihentikan perangai buruk imam tersebut, lalu mereka mencadangkan supaya imam itu disuruh ke kampung tidak bernama itu untuk mengepau pula nasi penduduk kampung disitu. Tanpa imam itu sedari, salah sebuah rumah penduduk telah menyediakan nasik semalam untuk santapan imam tersebut. Imam yang allergik nasik basi terus cirit birit lari ke kampung lain tidak lagi didengar khabar berita. Maka masyhurlah kampung tadi sebagai Kampung Nasi Dingin!

"Biarkan imaginasi anda bebas!"
- oleh penduduk kampung sebelah kampung nasi dingin; kampung yang paling subur tanahnyer iaitu KAMPUNG CIRIT IMAM!
hahahahahahaha

addyaholix said...

pelik-pelik kan. haha!

ada kampung muazzin dahaga? haha!

wirkab said...

Munhkin akhir zaman ni kedua-duanya betul..

johnnoi said...

ahmad, nama kampung tu mmg Kg Imam Lapar, sebelahnya tu Kg Nasi Dingin..dh ramai org tegur, tp MDHT xwat apa2 pn..ntla balik k.berang k.noi tanya DO heheheh

katakukata said...

hhahhaa..ur explaination tickles me..huhhu..."iman lapar"? sgt tidak amat kena dgn mana2 konteks pun.. (",)

Seladang said...

Imam lapar! Tok mufti kenyang senak!
Sebab Tok Mufti pandai bodek!

je_diraja said...

hari tu saya dengar Terengganu FM... ada satu slot apa ntah, tapi cerita pasal JKKK. Pada hari berkenaan cerita pasal Kg Imam Lapar.

Menurut ceritanya:

Dahulu kala, ada beberapa orang kerjanya memotong kayu di dalam hutan. Dan rumah imam adalah laluan mereka ke hutan. Pada suatu hari, mereka ni ditimpa kelaparan, saya tak ingat pula kenapa. mereka singgah di rumah imam ni (imam ni mmg tok imam surau kampung tu)dan mengadu mereka lapar. Imam pun suruh isteri dia sediakan makanan. Lepas tu dah jadi satu habit pulak pada geng2 ni bila lalu kat rumah tok imam tu dari jauh lagi laung:

"Imam... lapaaaaaaaarrrrrrrrrr"
beberapa kali.

Maka kg itu dikenali sbg Kg Imam Lapar.

Wallahu'allam.

adi said...

tulisan jawi di eja sebagai Iman.. confius ..

Anonymous said...

ambe anok jati kampung imam lapar...lening tukor dh tulisan jawi tu...