Sunday, January 18, 2009

Rakyat Telah Berpakat

Berputih matalah BN yang bukan sahaja tidak dapat mempertahankan kerusi parlimen yang sebelum ini menjadi milik mereka, malah kemenangan calon PAS kali ini adalah dengan majoriti yang melebihi daripada yang diperolehi oleh calon BN pada Mac 2008. Dari segi kewangan pula BN-UMNO dikatakan telah berhabisan jutaan ringgit bagi memenangi pilihanraya kecil ini selain telah mengerah hampir semua jabatan kerajaan sebagai jentera mereka. Media-media yang sebelum ini memberikan gambaran salah tentu berasa malu dengan keputusan ini, itupun kalau mereka masih punya moral dan maruah yang tinggi. Media-media yang berat sebelah sepatutnya tahu bahawa rakyat tidaklah sebodoh mereka.

Penganalisa-penganalisa di Astro Awani nampaknya berjaya memahami apa sebenarnya yang berlaku di Kuala Terenganu dan bagaimana cara rakyat secara keseluruhannya berfikir, tetapi tidak dengan penganalisa di TV1 dan Bernama TV. Malah mereka kelihatan sedih serta kecewa dengan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat. Mereka masih cuba untuk mempertahankan seboleh-bolehnya segala apa yang telah dilakukan oleh BN dan UMNO.

Selepas keputusan dimumumkan keputusan PRK P.36 Kuala Terengganu malam tadi beribu-ribu penyokong PR keluar ke jalan-jalan di seluruh bandaraya Kuala Terengganu untuk bergembira merayakan kemenangan mereka. Bendera-bendera PAS dikibar-kibar dan dijulang oleh anak-anak muda yang berkereta dan bermotosikal, mereka membunyikan hon kenderaan masing-masing. Tetapi selepas itu seperti biasa FRU juga keluar untuk menyekat jalan bagi menghalang mereka meneruskan sambutan dengan bebas. Jalan untuk melalui hadapan kediaman rasmi Menteri Besar juga ditutup lalu menyaksikan kesesakan lalu lintas yang teruk. Dipercayai orang-orang besar BN dan UMNO semuanya berkumpul di situ.

Saya yang berada di kampung menerima SMS pada pukul 10.45 malam daripada kawan saya yang berketurunan cina, "Hidup PAS! Hidup PAS!"

15 comments:

Nizam Ahmad said...

rakyat memberi isyarat ;)

xperlu tonton buletin utama selepas ini, kerana yg ada hanya usaha2 untuk menegakkan benang yg basah..

Ishan_Qureshi said...

Salaam AHMAD bhaiyya,

Syabbas beta! PAS ZINDABAD...tere bhala kare Bhagwan ;-)

WS Zuriati said...

hari ini kawan belanja akak makan kerana dia dapat duit tambang rm100 dari pas dan rm100 dari umno semalam semasa balik mengundi... katanya dia dah menang!

FirJah said...

akak zuriati... wah bestla makan free.tp BN bg RM100 jer ker. Td kat sek ada cg cakap BN bg RM300, PAS bg RM100. mgkn ikut jarak kot ek..
kitaorg pun makan free gak kat sek td ada cg meraikan kemenangan hehe...

Anonymous said...

Saya kurang pasti bilakah masanya saya tidak lagi berminat untuk berbicara tentang politik Malaysia.
Saya lebih senang memerhati gelagat pemimpin politik, dan orang2 yang menyokong pemimpin mereka.

Umno kalah kerana kealpaan pemimpin mereka yang tidak jemu2 memperbodohkan rakyat. Saya hairan terhadap golongan manusia yang tidak pernah belajar daripada kesilapan.

Pas menang kerana menjadi pilihan rakyat. Dengan majoriti yg besar, ini amat membanggakan. Harapan rakyat hanya mahukan sebuah perubahan, pemimpin yang bertanggugjawab.

kepada penyokong Pas, tahniah kepada anda semua. Kepada penyokong Umno jangan bersedih. teruskan usaha mengubah minda pemimpin dan minda anda sendiri.

Semoga kita dikurniakan seorang pemimpin yang mampu memimpin kita semua.

syed aljufrey

Mior Azhar said...

Salam Saudara Ahmad,
Alhamdulillah... Syukor.
Namun masih lagi pihak yang kalah di dalam keadaan denial yang berpanjangan. Mcm orang sekarang cakap: "Tak Sedar2 diri lagi ker?"

Anonymous said...

Kemenangan Pas di Paelimen K.Trg telah menampakan kemungkinan satu perubahan yang akan berlaku dalam senario politik semasa.amat jarang sekali dalam sejarah piliharaya kecil dapat di menangi oleh pembangkang, senario perubahan ini adalah di dorong oleh idealis dan pertimbangan yang kritis bahawa BN bukan lagi satu alternatif dalam perjuangan bagi golongan orang muda.
Orang muda terasa tertipu dengan propaganda dan dakyah yang di lakukan oleh BN kerana dalam keadaan sosiol ekonomi ini golongan muda merasa nasib mereka kurang di bela oleh BN. Jadi satu alternatif adalah PR adlah sebagai pembela nasib mereka. Golongan muda adalah penyumbang terbesar dalam memperolehi majoriti undi, dan BN pula tidak berupaya menyuntik dan memujuk golongan ini untuk berpihak kepada mereka jadi ini merupakan satu petanda kejatuhan politik parti ini. Saya berjalan-jalan di sekitar markas PAS dan BN, di sekitar markas PAS pula menampakan semangat "jihad" dalam menampal poster di tiang-tiang lampu dan pokok-pokok terpancar dengan memperolehi upah berupa air kopi dan biskut kering sahja. Berbanding markas BN pula dapat di analisis penyokong @ pemuda merka hanya bergantung kepada duit, rokok dan pelbagai lagi habuan sebagai upah "jihad" mereka (saya pun dapat rokok n duit hahah).
Daripada dua perbandingan ini keikhlasan telah terbukti Pas akan menang kerana keikhlasan telah menolong mereka untuk menang. Kemengan jika mengikut sejarah adalah bagi mereka yang hanya ikhlas kepada perjuangan mereka jika di selidik dengan pandangan mata kasar terbukti dimana pada era Junjungan kita telah berlaku beberapa siri peperangan namun hanya sekali sahaja tentera Junjungan kita telah tewas di medan perang, saya tidak bermaksud untuk samakan perjuangan politik ini dengan perjuanga Junjungan kita tetapi konsep keikhlsan telah membawa satu dampak dan perubahan yang besar sekali.

Hartini Omar said...

....dan rakyat telah lama berubah. cuma mereka di singgahsana itu yang tak pernah berubah-ubah....

tahniah org KT

Artozy said...

tahniah KT kerana merebut peluang perubahan!

tajiemas said...

syabas kepada calon yang menang..
jangan lupakan tanggungjawab anda kepada rakyat...allahuakbar!

Bila Diary Bercerita said...

Bulan mengambang terus bersinar....
Kalu BN menang mesti dia cakap rakyat dah matang....agak-agak bila dah kalah ni keluar statement tak rakyat menolak pembangunan?
macam manapun jalanraya dibandar KT dah selamat kena turap memalam... TAHNIAH kepada petugas parti bulan

Anonymous said...

Bile PAS menang..
org2 kalah mesti mempertikaikan..
"Ooo.. bile derang menang xde plak nak bangkitkan isu pengundi hantu ke SPR tak telus ke??"

Paham sgt kerenah "pengalah"..
Benci!

-anonymous ke 5 -

Anonymous said...

Sememangnye kehendak dan pemikiran rakyat terengganu sukar ditelah..itulah kate seorg editor media mainstream. Walaubagaimanapun kekalahan ini bagi saya adalah satu pelempang maut yang amat memalukan buat kepala penggerak BN untuk PK KT i.e Najib. Dalam menghitung hari saja untuk menakluk takhta perdana..aduuuhs.. Walaupun mantan PM pernah cakap PK KT ini bukanlah pilihanraya besar, kalau BN kalah pun tampuk pemerintahan Terengganu tetap tidak berubah. BN masih berkuasa. Tapi ini seolah2 simbol betapa sokongan dan kepercayaan rakyat kepada Najib sebagai bakal PM semakin menipis. Dengan majoriti undi hampir 4 kali ganda lebih besar dari yg BN perolehi masa PRU 12 dulu, apakah ia menandakan rakyat 4 kali lebih menolak kepimpinan beliau??? Uppps... Apa yg pasti Najib misti masih bengang dengan kedegilan MB Ahmad Said yg katanya enggan bagi wang royalti RM400 juta++ yang kononnya Kerajaan Pusat "KEMBALIKAN" kepada rakyat Terengganu utk di'rasuah' kpd semua JKKK supaya menyokong dan mengundi BN..... Wallahua'lam..

~nho~dari pc hsnz~

Maswafi Abd Samat said...

Kesilapan besar parti keris sejak dari dulu ialah suka menggunakan media menghentam keterlaluan pihak lawan yang akhirnya memakan diri dan masih belum mahu belajar dari kesilapan untuk memperbaiki diri sendiri. Aku masih berharap ada orang yang masih berhemah seperti allahyarham Gahafar Baba.

Nafastari said...

An-nidxam, penerima isyarat sepatutnya respon dengan baik. Dah lama saya tak tonton buletin yang sangat korup itu.

Ishan Q, hmm... Orang India pun sokong PAS? Sebenarnya saya kurang faham bahasa kamu itu.

WS Zuriati, bijak kawan kamu!

Firjah, untunglah kamu.

Syed aljufrey, kamu kelihatan sangat neutral. Aku juga cuba menjadi begitu, tetapi apabila kebodohan mereka terlihat di mata saya jadi sudah tidak mampu.

Mior Azhar, agaknya itulah yang dinamakan bodoh sombong ya?

Kejadianalam, ya saya juga perhatikan begitu. UMNO tiada nilai-nilai penting yang masih ada pada pendokong PAS.

Hartini, kawan saya kata kita memang tidak dapat mengubah semua perkara, jadi adakala memang perlu untuk hidup sambil belajar menerimanya. Dalam konteks in, saya kurang setuju.

Artozy, ya tahniah pada mereka.

Tajiemas, Allahuakbar! Terima kasih menyinggah di laman ini.

Aishah Jamal, itulah BN. Cara lama yang sama.

Anonymous ke-5, pengalah yang tidak pernah menerima kekalahannya. Macamlah orang tidak tahu bagaimana taktik-taktik kotor mereka.

NHO, terima kasih akhirnya kedatangan kamu ke sini meninggalkan sedikit bekas. Saya berharap Malaysia tidak akan dipimpin oleh orang yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan.

Maswafi, kita seharusnya mempunyai media yang lebih bebas dan telus.