Sunday, November 09, 2008

Teringin Berpindah

Tiba-tiba saya berasa seperti ingin berpindah dari tempat tinggal saya sekarang. Ada sesuatu yang benar-benar mengganggu fikiran saya dan ianya memberikan tekanan kepada saya. Kerana saya bukanlah penghulu di kejiranan ini, juga bukan pengawal keselamatan atau orang yang bertanggungjawab untuk berjaga selama 24 jam bagi menyelesaikan semua masalah penduduk di sini. Saya tidak pernah dibayar untuk bekerja lebih masa, malah jika saya melakukannya pun saya tidak layak untuk menuntut ganjarannya. Saya juga bukan wakil rakyat. Tetapi nampaknya saya telah diperlakukan seolah-olah sebegitu.

Saya sangat bersimpati dengan semua jiran saya yang mempunyai masalah kerosakan rumah masing-masing. Saya juga bersimpati dengan jiran-jiran saya yang mempunyai masalah untuk meletakkan kenderaan masing-masing dalam kawasan pagar kediaman kami. Saya juga bersimpati dengan jiran-jiran saya yang mempunyai masalah dengan jiran mereka yang lain. Saya juga bersimpati dengan jiran saya yang mempunyai masalah kerana mereka tidak ditempatkan untuk bertugas di tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah keluarga mereka.

Tetapi ada perkara yang boleh diselesaikan dan ada perkara yang tidak. Mungkin ada antara mereka yang tidak menyedari bahawa saya juga manusia seperti mereka dan mempunyai kuasa serta keupayaan yang terbatas. Malah saya juga mempunyai masalah yang hampir sama dengan mereka, lebih-lebih lagi apabila saya tinggal di kejiranan yang sama dengan mereka. Saya menyayangi semua jiran saya, oleh itu saya berharap dapat membantu mereka menyelesaikan semua masalah mereka dan membuatkan mereka semua berasa gembira.

23 comments:

Anonymous said...

"open your mind"
apabila saya baca artikel ini,saya dpt merasakan yang penulis seorang yang menjadi harapan kepada penghuni disitu..penulis seolah-olah ingin lari dari masalah..sepatutnya penulis perlu berhadapan dgn semua itu..kalaulah seorang pemimpin bersikap sedemikian..tiadalah pembelaan bagi rakyat,maka jadi porak perandalah negara..saya rasa penulis perlu memikirkan masalah ini dari perspektif lain..jgn hanya fokus semua tu masalah bagi penulis..jika penulis lari dari semua itu, masalah itu mungkin tidak akan selesai juga...sebenarnya apa yang disuarakan oleh mereka adalah untuk pembelaan agar dengan kuasa yang penulis ada perkara seperti ini dapat diselesaikan dengan sempurna..

salida amran said...

selamat berusaha menangani masalah yang dihadapi..innallaha maana

WS Zuriati said...

Dengan berpindah ianya takkan menyelesaikan masalah kerana masalah ada di mana-mana saja...

Unknown said...

i agree with the 1st opinion...
rasanyer awk ni ada sifat kepimpinan kot..tu yg ramai mempercayai awk....
xpela aggp jer sbg t/jawab sbb awk salah seorg penduduk kt situ....

Anonymous said...

Kata bersifat terbuka, tapi bila dibaca cerita penulis ni, ia dapat menerangkan karekter penulis yang sebenar, tidak sanggup menerima cabaran dan tanggungjawab yang diberi, maafla kalau apa yang saya kata menguris hati, tp ini adalah kata-kata yang sebenarnya, bak kata pepatah " kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai", penulis tidak boleh dan tidak layak menjawat jawatan yang telah diamanahkan sekarang, kerana penulis tidak ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab, spt penulis tulis, kerja lebih masa pun tidak dibayar, dari situ saya tahu penulis memegang jawatan yang tinggi kedudukannya dlm jabatan. Baru dugaan yang sekecil ini sudah mengeluh dan rasa berputus asa, bagaimana hendak memikul tanggungjawab yang lebih berat kemudian hari, lebih-lebih lagi bakal bergelar bapa yang mana tanggungjawab yang diamanahkan Allah maha berat juga, jangan jadi kebudak-budakkan, bersyukurlah dengan apa yang ada, perbaiki diri, mungkin ada silap dari penulis sendiri, muhasabah diri, yang pasti penulis bakal temui sesuatu yang penulis alpa selama ini, jadilah pemimpin yang disegani dan dihormati serta idola pada semua kerana ia akan meniti dibibir semua org. Buka mata dan hati untuk mengenali yang mana intan yang mana kaca.

FirJah said...

sabar jay..kalau rumah rosak,suruh la diaorg report pada pihak yg bertanggungjwb.kalau kuarters kitaorg apa yg rosak just call JKR ..diaorg akan dtg baiki.kita kan bayar sewa..kita berhak.maslah parking?knapa parking? tak cukup @ macamana?

FirJah said...

kalau jay ingin berpindah pun kemana nak pindah?
trg sejak jadi bandaraya ni..aduh payah bangat nk dapat umah untk di sewa..kalau ada pun tak la seberapa & sewanya mahal bangt..
jd bersyukurlh jay dah ada kediaman sekarang yg agk selesa sy rasa..cuma maslah gitu biasalah..insyaAllah boleh settle.

Ishan_Qureshi said...

Salam AHMAD WM OMAR,

INIKAH SAUDARA AHMAD YG PERNAH SAYA KENALI DULU? BUKANKAH SAUDARA AHMAD DULUNYA SEORANG YG TABAH DAN KENTAL DALAM MENGHADAPI CABARAN & DUGAAN HIDUP? MENGAPAKAH TIBA2 SAJA SAUDARA AHMAD BERTUKAR MENJADI SEORANG YG LEMAH DAN TIDAK LAGI SANGGUP BERDEPAN DENGAN CABARAN WALAUPUN IA KECIL CUMA? NAMPAKNYA SAUDARA AHMAD TELAH BANYAK BERUBAH...! ADAKAH INI DISEBABKAN OLEH GELOMBANG BIRU YG TELAH MEMBALUTI DIRI SAUDARA? ADAKAH INI GARA2 KUDA SOKMO? ADAKAH SAUDARA TELAH DISERANG VIRUS DEMAM MOONSUN CUP? ADAKAH SAUDARA BLA BLA BLA DOT KOM DOT MY...;-)

Anonymous said...

responding to anonymous...
hmm, sebagai org yang tak kenal penulis, cara kamu menyimpulkan siapa penulis sebenarnya MELAMPAU sehingga saya yang kenal penulis secara peribadi amat terguris!

Kalau saya ditempat anda, saya tak akan semberono memberi maklumbalas, mungkin saya timbulkan persoalan sana sini sebelum terus membuat kesimpulan, dan komen anda tidak membantu langsung!

Penulis sekadar mengeluh... kerana dia bukan robot! Dia manusia biasa. Aku tak nampak langsung kaitannya antara jawatan dalam pekerjaan dengan penulis sebagai salah seorang ahli di sebuah kawasan kejiranan!

kalau kamu mengenali penulis secara peribadi selepas ini, aku jamin kamu akan malu sendiri!!!

kepada j, anggaplah kerenah pengomen tak beretika ini seperti kerenah jiran tetangga mu, biasalah... banyak orang banyak ragam!

-joe-

Hartini Omar said...

setuju dengan joe, dari semalam lagi rasa pelik bila baca komen anonymous yg kedengaran pelik...

sekadar meluah apa yg dirasa..

Bila Diary Bercerita said...

Hmmm...semoga berjaya mengharungi segala cabaran dan rintangan.

Lily Abdullah said...

Salam,

Saya tidak kenal Ahmad. Dan pada pandangan saya, entri ini adalah sekadar luahan hati beliau.

Jadi,luahan hati hanya perlu dibaca,bukan diberi persepsi yang bukan-bukan lebih-lebih lagi bagi pembac ayang tidak pernah mengenali beliau.

t. kasih

Anonymous said...

saya melihat banyak komen kepada penulis, saya rasa seperti saudara ISHAN kata tu dia mcm dah tak kenal penulis kerna penulis yang di kenalinya jauh berbeza seperti dikenali dulu, jadi tak salah apa yang anonymous yang lain bersuara ada benarnya juga. jangan pandang sesuatu pandangan daripada pendapat org lain sebagai negatif, saya suka pepatah yang digunakan anonymous "jika takut dilanda ombak jgn berumah ditepi pantai" jika dilihat dan fahami pepatah tu dlm maksudnya yang kita semua boleh guna dlm kehidupan seharian, sbb kita kena terima cabaran kerana selagi kita bernafas didunia ni, kita tak boleh lari dari masalah walau sekecil zarah.

*Mawar Nafastari* said...

hello everyone!!!

my husband is not going anywhere... he just expressing his feeling.. not acting on it( bkn nak pindah sgt pun.).. calm down semua2.. everything is ok..

to anonymous 2 - Insya Allah nafastari will be a good father and he loves his job cuma kekdg pressure. that's y he wrote it in blog. nothing much, no big deal! so dun get too emotional k. :)

Anonymous said...

rumah flat ke...?

Nafastari said...

Anonymous, yes, I always open my mind. Terima kasih kerana membakar semangat saya dan memberi harapan yang tinggi kepada saya. InsyaAllah seperti azam saya di perenggan akhir tersebut, saya sedang cuba, dan ada di antaranya telah selesai. Alhamdulillah.

Salida, terima kasih atas kata-kata semangat kamu.

WS Zuriati, tapi ianya dapat menyelesaikan sesuatu, kamu akan faham jika kamu benar-benar mengetahui apa yang saya hadapi. Apa pun, saya tidaklah serius dengan angan-angan itu.

Noor, terima kasih. Amin.

Anonymous 2, saya benar-benar minta maaf jika saya telah menulis sesuatu yang telah mengguris hati kamu sehingga membuatkan kamu marah begini dan memaksa kamu menulis komen yang sungguh mengaibkan itu. Tulisan saya sekadar luahan tekanan atas beberapa perkara yang berlaku secara kebetulannya serentak. Soal keikhlasan saya biarlah Tuhan yang mengukurnya, kerana dia yang lebih layak. Saya lebih menghargai kalau di masa hadapan kamu menulis komen yang konstruktif, menggunakan akal, bukan emosi yang berlebih-lebihan. Terima kasih, silalah singgah lagi.

Firjah, jangan terlalu bimbang. Ianya sekadar satu luahan, masalah kecil yang boleh diselesaikan. Terima kasih atas keprihatinan kamu.

Ishan, kalau kamu sedang bergurau ingin saya khabarkan bahawa ianya tidak kelakar, komen kamu boleh membuatkan "anonymous" menjadi keliru. Aku masih seperti dulu, seperti yang kamu kenal malah lebih tabah!

Joe, terima kasih, moga terusik hati dan akalnya.

Hartini, terima kasih, tulisan kamu buat saya rasa senang sekali!

Aishah, amin. Ianya tidaklah terlalu dahsyat.

Water Lily, yang jelas komen kamu memperlihatkan kematangan dan kebijaksanaan kamu dalam memahami perbezaan rasa kemanusiaan sesama manusia. Terima kasih. Silalah datang, dan menulis sesutu yang seperti itu lagi.

Anonymous 3, adakah kamu orang yang sama dengan anonymous 1 dan 2? Saya duga kamu tidak kenal pun dengan Ishan, jadi jangan menggunakan komennya untuk menyokong kamu. Kamu yang kelihatan negatif di sini, bukan orang lain. Tiada siapa yang lari dari masalah di sini. Sila baca perenggan ke2 dan ke3, penulis bersimpati dengan jiran-jirannya, malah menyayangi mereka, mahu menyelesaikan masalah mereka serta menggembirakan mereka. Terima kasih, silalah singgah lagi.

Mawar, terima kasih kerana menjawab bagi pihak saya, kamu sememang isteri yang paling baik dan memahami.

Anonymous 4, ya, seakan-akan flat, tapi sangat luas dan selesa.

Anonymous said...

Ntah ishan, x kelakar laa!!!
siap misguided persepsi orang lagi..
nafastari atau sapa saja mungkin dah berubah, tapi nampaknya kamu masih istiqamah! ya, beristiqamah dengan sikap kamu yang suke misrepresent yourself in front of others! the worst, you even do it to those whom you barely knew!! Now, you even lie the whole world thru your blog!! Yucks!

Orang semua dah di takuk baru, ko je di takuk lama!!!

aku; anonymous ke 5 la!

dhuat79 said...

Nak komen jugak.

Hmnn bagus Encik Ahmad.

Cetuskanlah lagi entry 'killer' sebegini hehe :)

Saya pasti akan beli buku kamu suatu hari nanti :)

Oh ya, terima kasih kerana membeli CD saya.

Anonymous said...

Bagi saya, penulis blog haruslah mempertimbangkan kewajaran ssuatu cerita yang bakal dkongsi jika ia melibatkan org yang hampir dan dekat dengan pnulis. walaupun tidak dinyatakan dgn jelas identiti sipolan, org2 terdekat pasti dpt mengagak siapa dan ia sgt pedih.

rahsia dan kepercayaan yg diberikan untuk berkgsi masalah tidak harus dkongsi dgn org lain. tidak semua perkara harus dikongsi seluruh dunia.

Sebarang komen atau maklum balas pembaca terhadap penulisan blog ini juga haruslah di buat secara konstruktif dengan semangat untuk sama-sama memperbaiki diri masing2 dan mengambil teladan daripada cerita tersebut.

sepatutnya dengan memberi komen di laman blog, kita akan lebih teliti dan memperhalusi setiap ayat yang kita gunakan. Fikir dahulu apakah implikasi komen kita terhadap penulis, org yang mengenali pnulis dan org yg ingin mengenali pnulis.

saya percaya kita semua tidak membayar harga yang mahal untuk menjadi manusia yang berbudi bahasa, tetapi manusia meletakkan harga yang mahal terhadap kita yang berbudi bahasa.

ambil masa, fikir dengan akal yang rasional dan beri buah fikiran anda sebagai seorang manusia untuk sama2dikongsi oleh manusia lain. anda seorang manusia..

syed aljufrey

Ishan_Qureshi said...

Salam SAUDARA AHMAD,

Saya tidak bergurau...jadi tidak timbul isu kelakar atau tidak. Buat apa saya perlu bergurau tentang perkara ini kerana saya bukan seorang badut untuk bergurau itu ini. Saudara pun tahu kan yg saya ni bukan badut yg begitu mudah untuk bergurau-senda:-)

Anonymous said...

dan pengomen terbaik ialahhhh

syed al-jufri...!!!

tahniah3..

-joe-

Mior Azhar said...

Aiks, entry yang sebegini harmless sudah mengundang kontroversi???? Saya setuju sama Waterlily... ini hanya sekadar blog.. dan empunya blog hanya merakam luahan peribadi. Apa perlu kita menilai menghukum hanya berdasarkan sebuah entry dari seorang manusia yang sama seperti kita ... ada hari baik dan ada hari kurang baik. Tak perlu pun guna nada nak bergaduh di sini..

Nafastari said...

Anonymous 5, aku sudah takut untuk membalas komen anonymous.

Dhuat79, saya selalu bercita-cita untuk menulis sebuah buku, saya berharap dapat menulis sebuah buku yang baik suatu hari nanti.

Syed aljufrey, kamu seorang kawan yang sangat baik. Terima kasih.

Joe, saya setuju, dia itu seorang pemikir.

Mior Azhar, sungguh saya tidak berniat menjadikannya kontroversi. Tapi mungkin silap saya juga kerana kurang berhati-hati dalam memilih patah kata yang sesuai.