Sunday, November 23, 2008

Lelaki Sikh Berbicara Tentang Fatwa

Keputusan Majlis Fatwa yang telah mengharamkan “pengkid” untuk berpakaian dan berkelakuan seperti lelaki adalah sesuatu yang sangat perlu dialu-alukan, malah boleh dirayakan! Apa tidaknya kerana ia merupakan satu anjakan yang akan membawa implikasi yang sangat besar kepada setiap warganegara khususnya yang beragama Islam.

Pakaian adalah sesuatu yang sangat umum dan pelbagai. Mungkin Baju Melayu hanya dipakai oleh orang lelaki dan Baju Kurung dipakai oleh orang perempuan. Tetapi kemeja boleh dipakai oleh kedua-dua jenis jenis jantina. Begitu juga dengan seluar slack, seluar jeans, baju-T, jaket dan sebagainya. Nampaknya selepas ini kerajaan perlu meletakkan satu garis panduan yang jelas, membezakan mana pakaian untuk wanita dan mana yang lelaki.

Inilah agaknya yang dibimbangi oleh pejuang-pejuang hak asasi, kerana orang ramai mungkin tidak lagi boleh berpakaian sesuka hati selepas ini. Dan ini jugalah yang ditakuti oleh golongan anti-undang-undang Islam, kerana mereka bimbang jika pengharaman ini akan memberikan tempias kepada mereka yang sangat takut untuk menutup aurat dan memakai pakaian yang sopan sebagaimana yang diperintah oleh Tuhan.

Pagi tadi kawan saya seorang wanita yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan yang beruniform telah diperli oleh seorang pelanggan yang berurusan dengannya di kaunter. Pelanggan lelaki yang beragama Sikh itu mengherdiknya dengan bertanyakan kenapa dia memakai pakaian lelaki.
“Bukankah Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan wanita memakai pakaian lelaki, kenapa kamu masih memakai pakaian lelaki?"

Kawan saya yang memakai uniform baju putih lengan panjang, seluar slack biru gelap serta tudung biru gelap yang dimasukkan ke dalam baju agak terkejut dengan reaksi lelaki itu. Padahal dia cuma memakai apa yang disuruh oleh majikannya, iaitu kerajaan Malaysia. Mungkin lelaki Sikh itu berpendapat bahawa seluar uniform itu adalah pakaian yang menyerupai lelaki. Dia mungkin betul.

Orang Islam yang beramal sepatutnya gembira dengan perkembangan ini kerana kerajaan tentunya akan terpaksa menggubal satu peraturan yang khusus mengenai cara berpakaian dan berkelakuan. Jika itu dilakukan, di masa hadapan Majlis Fatwa juga boleh mengeluarkan fatwa seperti mengharamkan pendedahan aurat (termasuk rambut) di tempat awam bagi wanita Islam dan sebagainya. Bukankah mendedahkan aurat juga haram?

19 comments:

Anonymous said...

satu berita terkini yg menarik... nice sharing...

HaNie said...

saya sebagai perempuan masih juga memakai jeans dan t-shirt tetapi amat jarang sekali.. sekiranya fatwa tersebut telah dikuatkuasakan.. saya tidak kisah dan boleh membuang kesemua jeans2 saya yang cuma ada beberapa helai sahaja.. bukankah berbaju kurung itu lebih sopan.. tetapi rasanya kita masih dapat membezakan antara perempuan dan lelaki walaupun perempuan itu memakai jeans dan jeans tersebut mestilah bersaiz besar dan berbaju yang menutup aurat dan tetap bertudung melainkan perempuan tersebut telah mengubah keseluruhan bentuk dirinya dengan memotong rambut seperti lelaki dan membuang payudara mereka..

Ishan_Qureshi said...

Salam Saudara AHMAD,

Boleh saya tanya kamu satu soalan? Siapa kamu utk bercakap perkara-perkara seumpama aurat dan hukum-hakam Islam? Adakah kamu pengerusi atau penasihat Sister In Islam? Sekiranya jawapannya BUKAN, saya kira lebih baik kamu berdiam diri shj. Bukankah di bumi bertuah ini kebiasaannya 'fatwa' golongan-golongan spt SISTER IN ISLAM lebih didengar..lebih dipatuhi..lebih impaknya drpd fatwa mufti?! Adakah kamu sedar semua itu? masihkah kamu ingat bahawa suatu ketika dahulu, Sahara Yaakob, seorang penyanyi rock wanita bumi bertuah ini pernah berkata "Kenapa manusia selalu menilai seseorang itu drpd luarannya? Mereka panggil saya ratu iblis la..ibu setan la..tapi adakah mereka tahu apa yg ada dlm hati saya? Hanya Tuhan sahaja yg tahu hati budi saya...iman saya..manusia tak layak utk menilai diri saya krn apa yg lebih penting adalah faktor dalaman saya, don't judge a book by its cover..." Dlm satu peristiwa yg lain seorang lagi penyanyi wanita bumi bertuah ini, Deja Moss pernah berkata, "Apsal kita harus berubah penampilan kita walaupun telah bergelar hajjah? Allah lebih tahu apa yg ada dlm hati saya ni..tak semestinya kita kena bertudung litup..berjubah labuh setelah bergelar hajjah. Semua itu perlukan masa. Adakah dgn bertudung litup dan berjubah labuh baru dinamakan Islam?..." Contoh terakhir yg saya nak nyatakan di sini; dlm satu majlis sewaktu ditemuramah oleh wartawan, AZZA ELITE pernah berkata, "Saya tak pahamla dgn sikap org kita ni. Tengok ni..saya pakai baju yg menutup aurat pun org cakap saya seksi (baju yg menutup aurat tu merujuk kpd baju kebaya nyonya yg dipakainya yg diperbuat drpd kain lace & organza yg boleh telus kulit). Abis tu saya buat apa lagi..pakai baju yg tutup aurat ni pun org kata seksi...apatah lagi lagi kalau saya pakai skirt dgn top. Hmmm, org kita mmg tak leh tgok org sebangsa dgnnya dok senang skit...ada je benda tak kena..."

Drpd contoh-contoh kenyataan yg dikelurkan oleh para artis ini, jelas sekali bahawa cara penampilan dan pemakaian seseorang itu tidak boleh dijadikan asas utk menilai peribadi dan akhlak seseorang. Krn yg paling penting adalah hati..kalau hati kita bersih, insya-Allah kita akan bahagia & Allah pun sayang kat kita. Saudara AHMAD, kamu jgn cuba utk menafikan KEBENARAN kata-kata artis ini..krn kata-kata mereka adalah benar-benar belaka...mereka kan ROLE MODEL kita semua. Saudara AHMAD, kamu nak cari ROLE MODEL yg mcm mana lagi...depa-depa ni semua dah terlalu OK sgt dah. Jadi, contohilah mereka ni semua krn insya-ALLAH kita akan bahagia selamanya.

Sauadara AHMAD, akhiru kalam...ingatlah kembali kata-kata yg saya petik drpd filem Perempuan Melayu Terakhir ini, "...Adakah dgn bertudung litup baru dinamakan Islam...?" Jadi, renung-renungkanlah kata-kata hikmah ini;-) Wassalam...!

HaNie said...

Saudara Ishan,
Kamu sering membuatkan saya keliru dengan komen-komenmu. Samada kamu benar-benar menyokong atau sebaliknya. Nampaknya saya belum benar-benar mengenali diri kamu dan selalunya di setiap komen-komenmu, kamu membiarkan orang lain berfikir. Oh bukankah mudah sekiranya kamu terus "straight to the point" kerana saya tidak mahu terkecuali memahami setiap kata-katamu.

Anonymous said...

bagi saya seorg wanita islam yg memahami islam saya amat faham apa yang di katakan oleh saudara ishan,saya memikirkan adalah lebih baik saudari hanie luangkan masa mendengar kuliah-kuliah agama yang berkaitan dgn aurat wanita ni..ini adalah lebih baik

Ishan_Qureshi said...

Salam ANONYMOUS---: Terima kasih krn kamu bisa memahami maksud saya krn selama ini hanya ada seorang saja insan yg benar2 memahami setiap2 kata2 saya iaitu SAUDARA AHMAD WM OMAR. Nampaknya skrg sudah ada org lain yg boleh memahami saya selain SAUDARA AHMAD. Ermm, bisa berkenalan nggak? Hehehe:-)

Salam HANIE---: Andai kamu tidak memahami saya, saya lagi la tak dpt memahami kamu. Kamu bilang kamu rindu suara saya tapi dlm masa yg sama kamu gagal menyelami maksud yg tersurat & tersirat yg terbit dari luahan suara saya! Saya keciwaaa sama kamu..huhuhu! Hehehe,juz kidding...jgn mrh noo;-)

Saudara AHMAD---: Ampun ya, saya bagi respons kpd komen2 dlm n3 ni seolah2 mcm blog saya lak. Sori eh...;-)

HaNie said...

saudara anonymous,
Saya sebenarnya amat tidak bersetuju dengan kata-kata artis tersebut dan bagi saya tidak boleh dipakai sama sekali. Cuma Saudara IShan suka menggunakan ayat-ayat sinis yang mana saya ingin tahu sebenarnya saudara Ishan itu di sebelah mana. Samada di sebelah pihak yang menyokong artis2 tersebut atau di sebelah pihak yang tidak menyokong.

Mungkin kerana saya ini terlalu lurus bendul dan apabila membaca sesuatu yang agak mengelirukan, saya terus jadi keliru.

Mungkin kamu benar, saya jarang mendengar kuliah2 agama di Masjid dan mungkin buku-buku agama yang sering saya baca dan ceramah2 agama di TV yang sering saya lihat masih tidak dapat mencelikkan pemikiran saya ini.

Anonymous said...

sama2..saudara ishan kalu perkara yg kamu katakan 2 benar,mmg saya akan sokong punyer,jgn risaulah..bisa aje kalu mau berkenalan,,kongsi2 pendpt terutamanya dlm hal2 keagamaan..

Nafastari said...

Fenkers, terima kasih. Hati saya sangat sibuk bertanya siapakah anda.

Hanie, dari komen kamu ternyata saya faham kesediaan kamu menjalankan gaya hidup yang terbaik sebagai seorang muslimah. Semoga kamu sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya.

Ishan Q, kamulah manusia yang paling sinis!

Hanie, kamu harus cepat faham dan belajar! Ishan itu memang selalu begitu, sinikal keterlaluan.

Anonymous, tampaknya kamu wanita yang baik. Tapi lebih elok kalau kamu tampil perkenalkan diri, itu pasti lebih dihargai. Saya juga lebih senang kalau kamu cuma memberi komen tentang tulisan saya, bukan memberi komen atas komen orang lain kepada saya. Saya risau kalau-kalau Hanie kawan saya itu terguris lagi. Terima kasih.

salsabila said...

opps!! sowy

salsabila said...

im anonymous yg tadi tu...

Ishan_Qureshi said...

Salam HANIE,

Maafkan saya krn telah buat kamu kekeliruan. Saya tidak bermaksud begitu. Andai kamu masih lagi ragu dan keliru, mintalah penjelasan drpd SAUDARA AHMAD krn saya tahu dia mengerti apa yg saya suarakan itu. Usahlah kamu bertanya dgn saya krn saya khuatir saya pula yg akan merindui suara kamu, bukan sebaliknya;-)

Saudara AHMAD,

Perjalanan hidup yg penuh ranjau ini membuatkan saya jadi sebegini...suara hati saya penuh dgn sinikal. Saya bukan mahu bercanda, tapi itulah hakikatnya. Gaya sinikal ini lahir secara semulajadi dan mungkin juga krn saya dipengaruhi cara pemikiran Jawaharlal Nehru dan Tun Dr. Mahathir. ISLAM ZINDABAD...Allahu Akhbar!!!

hans said...

pengkid tu memang harus diharamkan...
tapi berkenaan pasal seluar jeans la apa nih...
saya rasa tak salah wanita pakai seluar jeans ker...
kita fikir faktor keselamatan juga...
ialah...
macam yg dicakap....
lelaki yg imannya tak cukup nih tgok perempuan bertudung litup pun dia kata seksi juga...
apa2pun terletak pada nawaitu sendiri
ini pendapat saya..

Anonymous said...

sikh yang tidak berapa pandai!!!

Ishan_Qureshi said...

Salam,

Bukan SIKH tu tak pandai, TAPI si SIKH tu masih lagi kekagetan dek terpidona dgn sinaran neon dunia yg bisa meluluhkan jiwa. Apa pun, kita doakan supaya si SIKH tu diberikan hidayah supaya dia bisa membedakan yg mana satu DEJA MOSS/SAHARA YAAKOB/AZZA ELITE dan yg mana satu AHMAD WM OMAR? Psstt AHMAD, adakah kamu masih lagi dibadai gelombang syurga dunia..dan masih lagi kaget dgn lentera neon yg samar2 sinarnya itu? Hehehe;-)

Makcu said...

ok ...nie blog sapa?

-mungkin en Sikh terlupa yg kwn en Ahmad telah dibyr GAJI oleh majikannya tok berpakaian sedemikian rpa...kesian bg mereka yg bekerja di bwah majikan sbgini...

-jika ulama2 Majlis Fatwa mengharamkan pendedahan aurat dtempat awam... yaaa.. suda semestinyaa kita bersetuju sebulat rasa...owhh rasa tu bulat eeh..

Anonymous said...

Pakai Jean Untuk Keselamatan? Logik akal, mungkin jugak. Tapi Pencipta kita kata lain pulak bila di huraikan oleh ulama'.
* Maaf, sekadar mencelah

Nafastari said...

Salsabila, terima kasih. Sedap nama anda, salam kenal.

Ishan, teringin saya kenal lebih dekat serta memahami ideologi Jawaharlal Nehru kebanggaan kamu itu.

Hans, saya kurang setuju dengan kamu. Seluar jeans yang menjamin keselamatan wanita muslim? Kerana kamu fikir semua lelaki mahu merogol wanita? Sebab itu mereka kena pakai jeans supaya susah hendak dibuka oleh perogol? Jadi pakai saja cawat besi...

Aduka, saya tidak mempunyai masalah dengan Sikh itu dan kenyataanya.

Ishan Q, saya ok.

Makcu, ini blog Nafastari: Ahmad WM Omar, bukan Ishan Qureshi punya. Ya, kesian mereka. Baguslah anda setuju.

Abu Zahid, akal terbatas. Logik tidak semestinya betul, kerana Tuhan yang mencipta sangat tahu apa yang terbaik untuk kita. Sebab itu kita kena baca kitabNya.

WS Zuriati said...

Saya pernah membaca dalam buku yg bertajuk "aurat wanita dlm Islam". Di dlm buku tersebut ada tercatat, segala pakaian yg menyerupai pakaian lelaki adalah haram. Dgn berdsrkan nas2 dan hadith yg tercatat di dlmnya, apa yg paling sy fhm ialah seluar itu memang pakaian lelaki. Sama ada ia longgar atau ketat hukumnya adalah sama.Dan wanita yg bertudung dgn sempurna tp masih menampakkan susuk badannya adalah sama seperti bertelanjang, begitu jg dengan wanita yg bertudung tp masih menampakkan lengannya iaitu bhgn atas dr pergelangan tgnnya jg dikira bertelanjang.

Bg mereka yg selalu memakai pakaian yg terbuka dan ketat memg akn merasakan bhw hukum Allah ini adalh menyusahkan dan membuatkan dunia wanita menjadi suram dan kelam. Tp igtlah bahawa kehidupan di dunia hanya sementara dan terlalu sebentar jika dibandingkan dgn kehidupan di akhirat nanti. Panasnya api neraka abadan abada...

Dan sesungguhnya wanita itu sendiri adalah aurat. Oleh itu bclah buku-buku yg boleh menginsafkan diri kita, abaikan bhn bacaan yg melalaikan pemikiran kita, insyaallah kefahaman yg mendlm akan membuat kita senang untuk berubah ke arah kebaikan.

Sekadar berkongsi sedikit maklumat untu kebaikan semua...