Saturday, November 15, 2008

Gadis Melayu


Saya berpeluang menonton rancangan Gadis Melayu di TV9. Pada episod tersebut mereka didedahkan dengan pelbagai busana tradisional melayu serta cara pemilihan rona warna yang sesuai untuk dipadankan sewaktu menggayakan pakaian. Pada akhir episod itu calon-calon gadis melayu ditanyakan dengan soalan-soalan menguji minda oleh tiga orang juri.

Seorang juri yang membahasakan dirinya ustazah telah menanyakan soalan kepada peserta.

“Apakah hikmah di sebalik kewajipan pemakaian busana Melayu Muslim?”

“Alaa.. Ustazah kasi soalan susah!”, gadis yang tidak bertudung itu melatah dalam nada yang manja.

Samada gadis melayu itu suka membuat lawak atau pun dia sememangnya tidak bijak. Saya menjangkakan dan berharap agar dia tidak akan menang.

6 comments:

nasikerabupetro said...

Ahmad, awak tengok rancangan Gadis Melayu ye?Saya malu menngaku gadis melayu apabila melihat iklannya... cukuplah...huhu...

WS Zuriati said...

Perkataan hikmah itu dalam bahasa arab dan pastinya ia berkait dengan agama. Gadis yang menyatakan soalan itu susah kerana jawapan itu adalah berkaitan agama...sudah pasti dia malas memikirkannya kerana jika dia berfikir tentang agama dia takkan melibatkan dengan rancangan itu..

Hartini Omar said...

masih melihat sejauh mana rancangan GM ini sampai kepada objektif dan maksudnya. setakat 4 episod ini, saya belum ketemu lagi..

Makcu said...

dlm mse 10 min jeee tgok rancangan tuh.. da nak muntah rase tkluaaa pankreassss....jwpn dr peserta sgtlaaaa.. harus diterajaang mereka semua.tgamak sgguh depa wat rancangan sebegini rupa...amatlaa mjatuhkan nama gadis melayu sendiri

Nafastari said...

Baity, ya saya berpeluang menontonnya buat pertama kali. Sememangnya rancangan itu tidak kelihatan bijak.

WS Zuriati, bernas sekali komen saudari. Terima kasih.

Hartini, oh, ada objektif dan maksud? Saya fikir ia cuma satu program TV yang cuma cuba menarik seramai mana penonton untuk menonton...

Makcu, setuju. Peserta-peserta tidak kelihatan dan kedengaran seperti bijak.

hamba said...

Bagi saya..
gadis melayu yang sebenar2.. adalah mereka yg tak masuk rancangan ni.... ada sifat malunya.. itulah yg menjadi benteng dan jua tarikannya..

Berbahagialah.. anda gadis2 yg diluar... anda lah gadis2 melayu yang dicari2!!