Thursday, June 26, 2008

Apabila Wanita Memandu

Penulis selalu mempunyai pengalaman yang buruk apabila berhadapan dengan karenah pemandu wanita di jalanan. Kebanyakan mereka semuanya berkongsi sikap yang sama sewaktu memandu dan menyebabkan pemandu yang lain menjadi sakit hati dan susah.

Jika anda hendak cepat dia di hadapan anda akan memandu dengan sangat perlahan. Jika dia perlu berhenti atau masuk simpang dia akan lupa memberi isyarat atau hanya akan memberi lampu isyarat di saat-saat akhir. Dia suka meletakkan kenderaan di bahu jalan dan menghalang lalu lintas serta menyebabkan kesesakan. Jika dia ingin menukar lorong jalan dia jarang memberi isyarat dan dia tidak kisah jika anda datang dari belakang dengan lajunya. Dia suka berada di lorong kanan dan memandu dengan perlahan. Dia boleh membrek kenderaan tanpa ada sebab. Kadang-kadang dia memotong di situasi atau tempat yang berbahaya.

Jika dia melihat anda hendak keluar dari simpang yang sesak dan sukar dia tidak akan memberi anda sebarang peluang. Jika dia perlu keluar dari simpang dia hanya akan keluar tanpa mempedulikan anda yang sedang memandu laju. Jika anda lambat sedikit bergerak setelah lampu isyarat menjadi hijau dia di belakang anda akan membunyikan hon sekuat hati. Jika anda pejalan kaki yang hendak melintas jalan, dia akan memperlajukan kenderaannya supaya anda tidak dapat melintas. Jika dia membuat kesilapan pemanduan, dia jarang mengangkat tangan tanda minta maaf atau terima kasih.

Kebanyakan mereka sangat takut dan tidak berkeyakinan. Mereka gagal menaakul dan membuat keputusan dengan tepat. Jika ada yang berani, mereka berani dengan bodohnya sehingga anda rasa bimbang bahawa dia akan terlibat dengan kemalangan jalan raya, nau’zubillah. Dulu saya pun tidak percaya tentang cerita pemanduan wanita yang dikatakan teruk, tetapi sekarang saya sudah faham mengapa dan bagaimana. Saya tidak tahu kalau di Arab Saudi mereka mengharamkan wanita memandu adalah disebabkan mereka tahu bahawa kebanyakan wanita akan memandu dengan teruk.

Mawar akan mengambil ujian memandu bagi mendapatkan lesen memandu tidak lama lagi. Penulis berharap dia tidak menjadi seperti kebanyakan pemandu wanita yang lain. Jika anda seorang wanita yang boleh memandu dan sedang membaca tulisan ini, saya juga berharap anda tidak menjadi pemandu wanita yang tipikal, saya pun sudah penat menjadi skeptikal.

6 comments:

RinG said...

aiseh, isu besor dan sensitip ni.. tp masalah aku yg utama ngan mereka adalah, kalo diorang nk tukar lorong memandu, atau keluar dari jalan, dah la lambat bagi signal, nak tukar lorong pon lambat.. tp mungkin mereka takut kot.. tp ada juga yg lagi hebat memandu banding laki

Anonymous said...

hehehe mcm terasa la pulak.. masalah ni berlaku time mula2 dpt lesen P aja.. kerana baru sahaja lulus lesen P, esoknya kereta baru saya dah keluar.. tp saya akan menerima kritikan saudara Pa dengan cara berhemah dan cuba memperbaiki diri.. Skrg baru 3 thn saya memandu kenderaan di jalan raya.. harapnya tiadalah nyawa yang melayang..

Rohani..
Tmn Hijrah..
Bari Besar..

an-nidxam said...

apabila berlaku masalah di jalan raya...

kalau pemandunya perempuan: "biasalah.. perempuan memandu". dan dialog ini akan melekat dalam kepala.

tp kalau pemandunya lelaki: "samseng betul. gangster jalan raya?" tp dialog ini tak pula melekat dalam kepala.

jd keluarlah istilah gaya perempuan memandu yang tipikal. menenggelamkan mereka yang non-tipikal.

hans said...

entah...
bagi aku yang sangat rimas bila wanita yang baru dapat lesen memandu..
ibarat ada cikgu mencatit markah jer disebelah..
tapi ramai manusia terutama lelaki bila wanita yg bawa xdimarah sangat tapi kalau lelaki memang dimakinya berbakul2..
haha3

http://hanspunyablog.blogspot.com/

wszuriati said...

saya rasa banyak yang tuan tulis tak berapa kena dengan jiwa saya. Saya selalu jugak bengang dengan orang lelaki yang memandu terlalu perlahan, sehingga saya terpaksa memaksa saya tertidur untuk menghlangkan kebosanan kerana terlalu lama di dalam kereta...

yue said...

wahh.. sedapnye cakap.. entry ni membakar la.. driver pmpuan cermat la..