Saturday, May 17, 2008

Kawan Saya Seorang Pelayar

Dua hari lepas, secara kebetulan penulis berjumpa dengan kawan lama saya yang tinggal di kampung sebelah kampung saya. Seingat saya kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah 5 tahun lepas di stesen bas, waktu itu saya masih seorang pelajar universiti. Saya tidak pasti apa pekerjaan yang dilakukannya ketika itu.

Saya mula mengenalinya sejak kami di darjah 1, terus bersahabat sehingga ke darjah 6. Kemudian kami naik ke tingkatan 1 di sekolah menengah yang sama. Pada waktu itu, ada suatu peristiwa yang membuat saya tidak akan melupakannya sampai bila-bila. Kami didenda ketuk-ketampi oleh warden asrama sebanyak 100 kali di hadapan semua penghuni asrama kerana bilik (dorm) kami tidak ditutup lampu sewaktu ditinggalkan, dan kami berdua antara yang paling akhir meninggalkan bilik. Kami mengalami sakit otot-otot paha yang serius sehinggakan kami terpaksa berjumpa doktor di klinik kesihatan.

Selepas itu, kami berdua berpakat untuk keluar asrama. Dengan selamba kami lari dari asrama tanpa pengetahuan sesiapa pun. Minggu berikutnya saya mula tinggal di rumah nenek saya yang berada tidak berapa jauh daripada sekolah menengah itu dan saya berulang-alik ke sekolah dengan menaiki bas. Kebetulan pada waktu tersebut, ibu bapa saya tiada di rumah kerana berpergian menunaikan ibadat haji dan umrah selama 3 bulan, jadi tiada siapa yang menghalang saya daripada membuat keputusan sendiri.

Tetapi yang menyedihkan saya, kawan saya itu lansung tidak kembali ke sekolah. Dia bukan sahaja sudah tidak bersekolah di situ, tetapi dia memang berhenti sekolah. Saya mendengar khabar dia sudah turun ke laut menjadi nelayan (pada umurnya 13 tahun) dan yang terakhir, saya mendengar dia sudah menjadi kelasi kapal dan sering belayar jauh.

Semalam saya memberitahunya saya rasa bersalah kerana melakukan “lari asrama” bersama dengannya 13 tahun dulu membuatkan dia tidak mempunyai sijil apa-apa pun, tidak PMR, tidak SPM. Tetapi balasnya, "tidak ada apa-apa yang hendak dikesalkan, aku masih boleh belayar dan melihat dunia".

Seolah-olah dia sedang puas dan gembira dengan jalan yang dipilihnya. Patutkah saya berkata saya juga ingin menjadi sepertinya!

10 comments:

WS Zuriati said...

anak umar maznah ke budak tu?

hayat said...

kejayaan dan kepuasan dalam diri seseorang adalah berbeza!asalkan dia bahagia dengan dunia dan caranya sendiri!!

Nafastari said...

WSZ, ya, budak itu la..

Hayat, benar sekali. Aku je yang tak bahagia dengan dunia dan caraku sendiri.. huhu

Anonymous said...

sijil2 semua tu tidak semestinya dapat mengukur kejayaan dan kebahagiaan seseorg.. ape yg penting berusaha dan yakin akan rezki yg diberikan oleh yg ESA...

Anonymous said...

kdg2 kite mmg rase kita tak berpeluang baik cam orang lain..
tapi sbnrnyer masih ramai yang peluang mereka tersangatlah terhad.. jauh lebih terhad berbanding kite..
dgn melihat mereka, aku belajar bersyukur... at least itu cara aku memujuk diri..
namun itu xbermakna aku x mencuri2 masa atau peluang buat benda2 yang aku suka!
kadang2 peluang mmg xkan datang, namun kita yang kena cari sendiri!

-joe-

Hartini Omar said...

tuan,
saya juga bersetuju dengan pendapat encik joe.. memang selalu ketidak puasan hati itu lahir, cuma kitalah yg perlu memuaskannya untuk kebaikan diri kita
-ya, namun sekali sekala tidak salah melakukan sesuatu yang disukai hati dan jiwa, keluar dari dunia dan cara hidupnya yang rumit dan tetap sama

Mior Azhar said...

Saudara,
Adat dunia kita hari ini kejayaan diukur dengan kecemerlangan akademik... malang sekali....

Anonymous said...

Dimana bumi dipijak,disitulah langit dijunjung.Junjung umanat peritoh tuhan.Kita ini bahasa Muhamad!!!!Pegila mano pn,Kijolah gapo sekalipun,Hok ni jugok lah Kito keno jungjung.
-Cuba teka,sape Aku?

Anonymous said...

seronoknya boleh jadi pelayar.

Anonymous said...

backlink checking seo world backlink service one way backlinks