Sekadar dapat melahirkan simpati pada nasib Junainah, rakan sepejabat penulis yang disamun pada hari Khamis lalu di Jalan Pusara Kuala Terengganu sewaktu menunggang motosikalnya menuju ke pejabat. Mujur dia yang sedang mengandung lapan bulan itu selamat dan tidak apa-apa, walaupun motosikal yang ditunggangnya agak goyah setelah beg tangannya yang dililit di cermin sisi motosikalnya diragut oleh peragut yang datang dari belakang juga dengan menaiki motosikal. Tetapi habislah semua dua telefon bimbitnya, duit tunai RM70 dan segala dokumen-dokumen peribadi yang lain-lainnya.
Tetapi peragut (la'natullah 'alaih) tersebut akhirnya memulangkan balik kad pengenalannya dan beberapa dokumen lain yang dihantar ke Masjid Raja, Bukit Besar. Rasanya selepas ini tentu suaminya Amir akan setiap hari menghantar dan menjemputnya pulang dari pejabat.
Sunday, October 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kesiannye kat rakan sekerja saudara, nasib baik x terjadi apa-apa kat die..
wanahaf
Harap2 dia senangla dengan jasa ragutannya itu,dan bertaubat secepat mungkin.Biar lepas ni dia xkan meragut lagi.Amin...
-Aku(Al-ghazali)
sedikit update dari husband mangsa ...setelah melihat CCTV salah sebuah bank di mana peragut tersebut keluarkan wang, didapati wajah peragut tu dapat dikesan dengan jelas dan pihak polis telah mengambil tindakan serta merta untuk mengesan peragut tersebut. nampaknya peragut tu telah silap langkah yang telah buat dia tak senang duduk...sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua...
ragut? huhu..fobia..
masih terkesan dgn kejadian setahun lepas..
Post a Comment