Sunday, October 21, 2007
Indahnya Pantai Timur
Pantai di kampung kami pada hari raya kedua seolah-olah menjadi pantai peribadi milik ayah kami sendiri kerana memang tiada sesiapa yang mengunjunginya selain daripada kami. Maka yang lebih gembira tentunya Kak Aisyah yang dapat mandi-manda dengan bahagia dan bebas tanpa perlu menutup rambutnya!
Adik bongsu penulis pula sibuk melayan anak-anak saudaranya membina sebuah istana pasir sambil mandi-manda di persisiran pantai Laut Cina Selatan yang jauh lebih jernih dari pantai Port Dickson mahupun Morib. Pasirnya juga lebih putih dan lembut di sini.
Sewaktu bersiap-siap untuk pulang abang penulis sempat memetik buah dari pokok pandan yang daunnya digunakan untuk membuat tikar pandan yang banyak terdapat di kawasan berhampiran pantai kampung penulis. Sudah tentu ia bukannya pandan wangi yang digunakan untuk membuat kuih itu.
Labels:
Family,
Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
pantai itu lebih elok jika tidak di war2 kan, kerna ianya bisa menjadi kotor seperti pantai2 yang lain.
pecinta alam
Nampak lawa pulak pokok pandan tu dalam gambar...
mmm... andai diri berduit, ku beli sahaja pantai itu... beli untuk tidak dibuat apa-apa... kerna ku tahu, si kaya x pernah hargai alam.. kecuali aku (yang belum kaya lagi..) hehehe
Xsokongla si Joe ni.(Si kaya x pernah hargai alam)Aku dah lama kaya,tp sangat menghargai alam..Kalau ada pn,bukannya semua.
-Pak do ore kayo.
tuan,
-sy pernah ke sutra beach resort di besut (kalau tak silap). benar, pantai2 di pantai timur masih indah dan permai. adik2 sy pun masih terkenang2kannya =P
-utk scuba dan snorkeling, mungkin tuan boleh ke pulau sibu.. hebat!
Sutra Beach Resort di Setiu, bukan Besut. Cuma lebih kurang 10 minit dari rumah.
Pernah snorkeling di Tioman, Perhentian dan Pangkor.
terima kasih atas pembetulan. maklumlah, bukan org ganu =P
Post a Comment