Sunday, October 21, 2007
Berlalulah Sudah Ramadhan
Telahpun berakhir barakah Ramadhan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam. Pun begitu, lagu raya yang berbunyi: “Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa…” itu sungguh tidak patut digubah sebegitu liriknya kerana ia kedengaran seolah-olah si penyanyi sangat riang dan gembira kerana Ramadhan telah berlalu. Sedang pada zaman nabi dan para sahabat baginda, diceritakan bahawa mereka menangisi pada pemergian Ramadhan kerana bimbang kalau-kalau mereka tidak sempat ketemu Ramadhan lagi untuk tahun yang berikutnya.
Tiada yang lebih membahagiakan di idulfitri ini selain dari bertemu dengan adik-beradik yang kebanyakannya tinggal di luar Terengganu selain riuh rendah anak-anak saudara yang menambahkan meriah suasana idulfitri. Biarlah sahaja mereka berlari berkejaran, menjerit keriangan dan kadang-kadang bergaduh sekadar untuk berbaik semula.
Cuma ibulah yang paling terasa kehilangan mereka tatkala seorang demi seorang meninggalkan kampung halaman demi meneruskan hidup masing-masing dengan jalan yang mereka pilih. Tumpah lagi kolam jernih ibu di penghujung idulfitri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tetapi kemeriahan di hari raya tahun ni smkn x meriah berbndg sbelum ni. kerna cuti skjap. kesian kat tuan..
wanahaf
ade tema ke raya tahun 2007 kebanyakkannya berbaju biru je??
mungkin suatu perubahan warna yang drastik..... heheh
Post a Comment