Monday, September 24, 2007
Ayah Berbuka Dalam Hutan
Saudara kembar saya pula yang ditimpa kemalangan! Mujur dia tidak apa-apa, cuma sakitlah badannya akibat terhempas ke atas jalan tar setelah dirempuh sebuah motosikal laju dari belakang. Dia dalam perjalanan dari Serdang ke Shah Alam dan kemalangan itu berlaku di Klang. Motosikalnya rosak di beberapa bahagian dan dia sangat tension memikirkan tentang kerosakan motosikal kesayangannya itu.
Dan selepas Isya’ tadi lebih kurang pada pukul 9 malam, panggilan kakak saya dari Setiu telah menambah debar dan kebimbangan saya. Ayah tidak pulang-pulang dari petang tadi setelah keluar rumah untuk mencari seekor lembunya yang hilang sejak beberapa hari yang lalu. Mereka semua tidak tahu di mana ayah mencari lembunya, tetapi abang saya telah pun keluar rumah selepas berbuka untuk mencari ayah. Saya pula sudah berkira-kira untuk pulang ke Setiu sekira ayah masih juga tidak dijumpai.
Mujur lebih kurang 9.30 malam kami dimaklumkan ayah telah pun dijumpai oleh sepupu yang mencarinya dalam hutan. Rupanya ayah kami tersesat dalam hutan. Saya dapat bayangkan bagaimana leganya kakak saya yang menunggu ayah di hadapan rumah di atas gerai bulat bawah pokok besar di tepi jalan itu. Sebenarnya dia juga ingin lari dari kebisingan leteran ibu yang tidak putus-putus sejak Maghrib atas kehilangan ayah yang pergi mencari lembu yang hilang.
Entah apalah hikmah yang Tuhan cuba tunjukkan di sebalik apa yang terjadi akhir-akhir ini. Pasti ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
tuan,
-kata hamka, hikmah itu satu keistimewaan tersembunyi, yang wujud disebalik setiap situasi..
-sabar dan tekunlah mencari dan menanti
kawan saya ada cakap.. mungkin kafarah nak ilang2kan dosa apabila ditimpa musibah... bersabarlah.. Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yg bersabar.. dan sifat org mukmin itu adalah yg tidak pernah berputus asa.....
-nur-
Alhamdulillah your dad was found....Apa dia berbuka?
Berbuka dengan meminum sedikit air dari anak sungai.
Sekadar mengambil pahala sunat berbuka di awal waktu.
Alhamdulillah ayah sudah dijumpai. Pasti panik satu keluarga,tak begitu?
Tuan,
Bila lagi nk tulis yang baru.
Tulisan tuan selalu hamba tunggu.
-Jusoh anok pak do wei.Ore gok.
jusoh anok pok wei, ore gok?????
hhuhuh. sape la plok ni?
is it ur twin?wanahaf
Post a Comment