Thursday, December 07, 2006

Roti Canai







Sengaja penulis menjemput kawan-kawan ke rumah Makcik Supiah supaya mereka dapat menyaksikan bagaimana dia membuat roti canai segera yang terkenal di seluruh Seri Menanti itu. Penulis memang tidak begitu menggemari roti canai dan hanya makan jika terpaksa. Tetapi pada pagi itu, dua keping roti canai makcik Supiah yang rangup dan lembut itu berjaya dihabiskan. Sebenarnya ada rahsia lain lagi, kami cicah roti canai itu dengan sambal daun (yang diperbuat daripada pelbagai jenis daun kayu dan tempoyak). Ayuni sampai menjilat jari!

Makcik Supiah menjualnya dengan harga RM2 untuk lima keping roti canai. Kami memberitahunya itu terlalu murah dan boleh dinaikkan lagi harganya. Tetapi prinsip Makcik Supiah mudah, biar murah dan laku daripada mahal tapi tak laku. Dia sentiasa senang hati kerana rotinya akan habis dijual sebelum sempat dia membungkus roti-roti itu.

1 comment:

Ayuni Zainal said...

wah...bab makan confirm nama i tak bleh tinggal :) viva tempoyak!