Thursday, December 07, 2006

Kejoraku bersatu


Dirimu persis bintang terbit dari langit
bukanlah mimpi-mimpiku
di sini telah datang sayang paling dalam
bawa ku pulang berteman pelangi

Kamar hati ku hiasi biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu

Kususun langkah
melayarkan hari indah bersamamu
Lilin diri takkan padam
seandainya engkau adalah sumbunya

Kaulah puteri kudambakan
bidadari syurga jelmaan dunia
Akanku jaga seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas dari genggamanku

Biarku lamar
sahih dirimu menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu

3 comments:

Dijah said...

Uncle Ahmad tgh madly in love ke?
hehehe...like the picture...
the camera angle is pretty!

Dad of 4+1 said...

Yup....nice shot!

Anonymous said...

ehem2.. amik gmbr curi ye...