tag:blogger.com,1999:blog-299940352024-03-14T08:56:40.568+05:00nafastarimenulis bukan kerana nama,
kerana sifat kasih pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangNafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.comBlogger261125tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-57773145936838240492018-08-09T18:57:00.000+05:002018-08-09T18:57:44.954+05:00Sekolah Kanak-Kanak kanser, LahoreSudah banyak kali saya sampai ke Lahore, bandar yang paling saya sukai di Pakistan ini hingga saya sering mempromosikannya dengan memberi jolokan "Lahore adalah Pakistan sebenar" membayangi slogan pelancongan yang digunakan oleh tanah air sendiri, "Malaysia adalah Asia sebenar". Lahore itu sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan budaya, walaupun anda mungkin agak kecewa melihat bagaimana pihak berkuasa negara ini mensia-siakannya. Cuma kunjungan kali ini sedikit berbeza dan istimewa.

Kami berjumpa dengan Puan Zai, seorang wanita Muslim berwarganegara Singapura yang berkahwin dengan orang Lahore lebih 20 tahun lalu dan semenjak itu dia menetap di Lahore. Saya lihat dia bahagia dengan kehidupan dan anak-anaknya yang semuanya bermuka melayu, tetapi tidak seorang pun boleh berbahasa Melayu. Puan Zai sendiri lebih fasih berbahasa Urdu berbanding Melayu, dan kami banyak berbicara dalam bahasa Inggeris dan kadang-kadang diselang-seli dengan bahasa Melayu. Dan perkara yang paling saya kagum dengan puan Zai adalah kerana kesungguhannya mengusahakan sebuah sekolah kanak-kanak khas di Hospital Kanak-kanak Lahore, saya rasa dia adalah seorang perempuan yang luar biasa.

Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-32404764258402256032017-02-24T19:11:00.002+05:002017-02-24T19:11:47.806+05:00Muslimat Bertelekung HitamAugust 28th, 2005 by ahmadwm

Artikel ini ditulis oleh Nafastari dan pernah tersiar dalam Utusan Malaysia pada 10 Februari 2004 (sudah agak lama, tetapi masih relevan). Selamat membaca.

Saya terpanggil untuk menulis di dalam ruangan ini bagi menyatakan rasa kekesalan saya terhadap sikap sesetengah individu yang wujud di Malaysia kita ini. Sebelum saya menulis lebih lanjut lagi ingin saya tegaskan bahawa permasalahan yang akan saya tulis ini adalah satu lagi masalah ummah dan ia menjadi perkara yang perlu diambil perhatian untuk difikirkan oleh kita semua.

Pada 3 Februari yang lepas, selepas selesai menunaikan solat Maghrib di Masjid Sultan Ahmad Shah di tengah-tengah kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, saya terlihat seorang pegawai keselamatan yang sedang merungut tentang sesuatu dengan cara menyindir-nyindir sambil ditujukan tangannya ke tingkat atas masjid tempat di mana Muslimat menunaikan solat mereka. Setelah memperhatikannya dan mendekatinya, barulah saya mengetahui bahawa dia sebenarnya tidak puas hati dengan cara sekelompok perempuan Islam yang sedang bersolat dengan memakai pakaian berwarna hitam.

Saya percaya mereka adalah perempuan-perempuan Arab yang merupakan pelajar di UIAM. Saya mendengar sendiri lelaki tersebut merungut, "Kenapa bersolat pakai hitam? Ini mazhab apa ni? Oh, mungkin mereka orang Syiah!" katanya dengan nada kurang sopan.

Lalu saya mendekatinya dan menerangkan kepadanya bahawa tidaklah salah untuk seseorang perempuan Islam untuk menunaikan solat dengan berpakaian hitam, asalkan pakaiannya menutupi aurat dan bersih, dan perempuan Islam di Malaysia yang bermazhab Syafie juga boleh berbuat demikian. Tidak ada salahnya langsung tetapi ia memang diharuskan. Dia seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapan saya itu dan menyatakan dengan tegas bahawa amalan memakai pakaian hitam itu tidak biasa diamalkan di Malaysia!

Kemudian barulah saya memahami bahawa lelaki tersebut sebenarnya mengalami keraguan tentang hukum dan adat (kebiasaan). Dia merasa amalan kebiasaan kebanyakan perempuan Islam Malaysia yang memakai pakaian putih ketika bersolat adalah sesuatu yang wajib (pada hukum Islam), lalu jika memakai selain putih adalah menjadi kesalahan ketika bersolat. Satu pendapat yang sungguh jumud, dangkal dan kedaerahan!

Ini bertentangan sekali dengan ajaran Islam sebenar yang sungguh mudah dan ringkas pengamalannya. Sebagai contoh, Islam tidak menggariskan warna dan bentuk pakaian yang harus dipakai oleh perempuan Islam ketika solat secara terperinci dan khusus. Yang disyaratkan ialah pakaian tersebut adalah menutupi aurat perempuan yang bersolat dan ia suci daripada segala jenis najis.

Jadi, dapatlah difahami bahawa ia tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana perempuan Islam tidak kira bangsa apa sekalipun untuk memakai pakaian selain putih, hatta hitam sekalipun ketika bersolat! Perempuan-perempuan Islam di Malaysia juga harus bersolat dengan memakai baju kurung yang berwarna-warni asalkan ia menepati syarat-syarat tersebut.

Ingin saya menasihati pembaca supaya beramallah dengan ilmu dan bukan sekadar ikutan dan tidak mengetahui apa yang diikut. Islam menegah perbuatan mengikut sesuatu amalan termasuk dalam hal beribadat secara membuta-tuli dan tidak mengetahui asal-usulnya. Bukalah minda kita dan jangan mudah melatah apabila melihat sesuatu yang kita jarang-jarang lihat. Jangan fikir apa yang ada di depan kita itulah sahaja kebenaran dan jangan fikir apa yang kita tidak pernah lihat itu adalah salah. Banyakkanlah membaca, membincang dan merujuk kepada yang lebih tahu tentang sesuatu perkara yang kita tidak tahu, terutamanya tentang Islam, pegangan dan cara hidup kita.

Hormatilah perbezaan pendapat dengan cara yang berhikmah dan secara tidak melulu, kerana dibimbangi pertelingkahan yang kecil itu akan membawa kita ke jurang perpecahan yang teramat besar dan berbahaya! - Nafastari, UIAM, Gombak.

*Mawar Nafastari*http://www.blogger.com/profile/00537585330765171232noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-85947175401191771692017-02-24T19:09:00.000+05:002017-02-24T19:09:06.927+05:00KITA TIDAK PERNAH SAMA

Pengalaman belajar di UIAM memberi peluang kepada penulis mengenali lebih ramai kawan yang berbeza asal-usulnya. Lalu, kita sebenarnya menjadi lebih peduli tentang dunia sekitar kita. Contoh yang nyata, kalau dulu hanya sekadar menyedari kewujudan negara Thailand yang hanya bersebelahan dengan Malaysia, tetapi sekarang sudah mampu menuturkan beberapa patah kata perbualan dalam bahasa Thai hasil daripada perkenalan dengan beberapa pelajar dari Thailand yang kebanyakannya agak peramah.

Kita sering berfikir bahawa orang Arab itu kasar dan kadangkala tidak tahu menghormati orang, tetapi jarang antara kita yang menyedari mereka sebenarnya mempunyai banyak budaya dan cara hidup yang ‘halus’. Apabila mereka bersalam dengan kawannya yang sedang duduk bersama orang-orang lain yang tidak dikenali, mereka tidak hanya bersalam dengan kawannya yang seorang itu sahaja, tetapi dengan kesemua sekali sebagai tanda kita menghormati kewujudan mereka di situ. Ini berbeza sekali dengan cara orang kita yang hanya tahu bersalam ataupun memberi salam kepada kawan atau orang dikenalinya sahaja. Orang Arab juga tidak pernah gagal menjawab salam apabila diberi salam oleh sesiapa sahaja. Dan sudah tentunya mereka lebih suka menyapa dengan memberi salam daripada berkata “hai” atau “hey, dah lama tak jumpa” seperti yang biasa diucapkan oleh orang kita.

Saya pernah diberitahu oleh seorang teman yang berasal dari Iraq bahawa beliau amat terkejut dengan budaya “berpasang-pasangan” remaja Melayu yang dianggapnya berleluasa. Baginya ini adalah satu cara hidup (atau anda ingin memanggilnya kebiasaan) yang sangat tidak bagus kerana bertentangan dengan agama. Kerana baginya, adalah haram untuk dua bukan mahram untuk menjalinkan apa-apa hubungan, kecuali jika mereka sudah berkahwin atau mempunyai kerja yang sangat penting untuk dibincang, contohnya mengenai pelajaran. Bukan tiada orang Arab yang berpasang-pasangan, tetapi keadaannya di Malaysia ini sudah terlalu berleluasa sehinggakan anda mungkin dianggap ganjil atau tidak normal jika tidak mempunyai teman wanita/lelaki. Mempunyai bekas teman wanita/lelaki (ex) adalah biasa bagi kebanyakan remaja melayu. Pemandangan pasangan remaja berjalan bersama-sama, makan bersama-sama, malah berpegangan tangan adalah kedapatan di mana-mana termasuk di dalam kampus UIA sendiri! Oh, jangan beritahu saya anda tidak pernah melihat pasangan (belum berkahwin) yang menunggang motosikal bersama-sama di dalam kampus UIA. Saya ingin beritahu anda, terdapat banyak yang berbuat demikian terutamanya semasa Pesta Konvo baru-baru ini.

Jadi saya rasa saya harus bersetuju dengan komen teman saya itu. Gadis-gadis Melayu mungkin suka mengenakan tudung di atas kepalanya, tetapi mereka mungkin berpendapat tiada salahnya mempunyai teman lelaki dan membuat temujanji (dating). Malah yang bertudung labuh dan dan berstoking sampai ke lengan pun mempunyai teman lelaki, dan keluar berdua-duaan menaiki kereta dengan bukan mahramnya juga (bukan kesemua). Saya menjelaskan kepada teman Arab saya itu, rata-rata orang Melayu beranggapan bahawa “coupling” itu tidak salah asalkan kamu tidak bersentuhan atau bercakap tentang seks dengan pasangan kamu itu. Malaysia kan negara Islam berfahaman sederhana! Mungkin kita semua juga pernah mendengar tentang Islam Hadhari.

Cukup tentang budaya berpasangan. Anda mungkin ingin mengetahui bahawa kebanyakan pelajar-pelajar lelaki asing merasakan bahawa pelajar lelaki Melayu tidak ada wibawa dan karisma, tidak mempunyai kepimpinan dan agak ‘penakut’ berbanding dengan perempuan Melayu. Mereka mungkin benar, atau mungkin juga silap. Mereka mungkin juga telah membuat andaian secara terlalu umum dengan berdasarkan kes-kes yang terpencil. Tetapi kawan saya Kartini, Melayu berasal daripada Kuala Lumpur merasakan pendapat itu secara kasarnya benar! Anda bagaimana?

Kawan saya, Melayu yang tinggal di Arab Saudi dan Thai-Muslim pernah membuat kenyataan, kebanyakan pelajar-pelajar perempuan melayu di sini tidak tahu berfesyen. Baju-baju yang dikenakan sangat stereotaip dan membosankan. Mereka memakai jeans yang terlalu besar, dan dilipat-lipat kakinya, sungguh tidak kena! Saya ingin menegaskan di sini, ada pengecualiannya, ada Melayu yang sangat pandai bergaya dan tahu mengenakan pakaian yang cantik dengan sesuai. Bukan gadis Bosnia, Thai, atau Turki sahaja yang tahu bergaya. Tetapi pendapat kawan-kawan saya itu mungkin juga ada benarnya, dan anda boleh mula membuat pemerhatian sekarang! (Nasriah, Sitihajar dan Suhaila mungkin mahu menghantar komen mereka ke dalam blog penulis ini, silakan). Penulis merasakan lebih penting membincangkan bagaimana menutup aurat dengan sempurna daripada membincangkan fesyen siapa lebih bagus. Kata Ustaz Ismail Chong Abdullah, Barat menyerang Islam dengan tiga F: Food, Fashion, and Fun.

Tidak berapa lama dulu, seorang rakan berasal dari Afrika Selatan pernah memberitahu saya, pelajar Bosnia tidak suka berkawan dengan pelajar Malaysia. Setiap kali pelajar junior dari Bosnia datang mendaftar di UIA, senior mereka akan memberitahu mereka supaya melakukan benda yang sama- tidak berkawan dengan pelajar Melayu. Ini berlaku terutamanya kepada pelajar lelaki. Atas alasan apa, saya pun kurang pasti. Walaupun saya sentiasa berharap ini tidak benar atau sudah tidak berlaku sekarang, tetapi jauh di sudut hati, saya dapat memahami kenapa pelajar Bosnia amat sukat didekati oleh pelajar Melayu. Mereka dilihat mengamalkan kepercayaan “white superior” dan langsung tidak mengendahkan (walau sebelah mata) kewujudan pelajar-pelajar Melayu. Hai, kami tidak diminta disembahsujud pun! Seorang pensyarah bertaraf Professor di AIKOL pernah melahirkan kekecewaannya terhadap sikap pelajar Bosnia di UIAM yang besar kepala, dan beliau berharap kerajaan Malaysia tidak pernah terlalu baik dan pemurah suatu masa dahulu dengan Bosnia!Tetapi penulis berpeluang mengenali seorang pelajar Bosnia yang agak peramah. Setiap kali terjumpa, pasti dia dahulu yang mengucapkan salam dan bertanyakan khabar, walaupun semasa di dalam kolam renang.

Pandangan masing-masing mungkin berbeza dan tidak sama tetapi memahami perbezaan adalah sangat baik untuk mengenali dan menghormati seseorang itu. Apapun, penulis tidak mengajar atau menghasut sesiapa untuk bersikap kurang ajar, prejudis dan diskriminasi terhadap sesiapa pun. Kita semuanya manusia yang bertaraf sama dan mempunyai hak yang sama di dunia ini. Apatah lagi sebagai Muslim, kita diciptakan untuk mengenali antara satu sama lain. Yang terbaik di sisi Allah pastinya yang paling bertaqwa kepadaNya. Penulis sendiri teringin menjadikan diri seorang Muslim yang komited dan mengamalkan agamanya, namun sering saja terlalai dan tewas…..

*Mawar Nafastari*http://www.blogger.com/profile/00537585330765171232noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-8634657143017645742012-12-18T16:17:00.002+05:002012-12-18T16:17:23.863+05:00Dari digital ke percetakan, semoga bermanfaat buat pembaca!

al-fatihah.. semoga ilmu yang ada dalam buku ini menjadi pahala yang berterusan buat penulis...

amin.....Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-79026332506962657662011-06-29T00:52:00.002+05:002011-06-29T00:59:24.597+05:00inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya)- Nafastari kembali kepada Penciptanya

Sama-samalah kita mendoakan NAFASTARI (pemilik blog ini telah kembali ke rahmatullah)

pada 1 Mac 2011

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman~

*AL-FATIHAH*

Segala penulisan hak milik terpelihara nafastari,

Semoga penulisan beliau dapat menjadikan pahala yang mengalir di alam sana

publish by *mawarnafastari*
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com32tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-69868289017750289502011-01-26T00:57:00.003+05:002011-01-26T01:01:46.076+05:00Bersalam Dengan Bukan MahramTentu dia bukan wanita yang biasa. Kerana di sebalik wajahnya yang redup dan lembut itu rupa-rupanya ada semangat juang yang tinggi dalam dirinya. Kewibawaannya terpancar melalui patah bicaranya yang disusun berhati-hati sebelum dituturkannya. Jika melihat pada raut wajahnya yang lembut, imej dan keterampilannya sukar mepercayai bahawa dia akan berucap dengan tegas, berani dan yakin begitu. Tapi dia telah membuktikan kepada semua bahawa tangan yang menggoncang buaian itu mampu menggoncang dunia.

Dan tiba-tiba semua orang ingin melihat tangannya. Ingin melihat jika dia akan bersalam dengan lelaki bukan mahramnya. Ingin melihat jika dia memakai sarung tangannya atau pun tidak. Semuanya gara-gara seorang apek tua bacul yang pernah dilihat dalam video lucah lucah itu! Dia mempersoalkan tindakan wanita yang beragama Islam itu yang tidak bersalam dengan mana-mana lelaki bukan mahramnya dan seolah-olah suatu masalah yang besar untuknya. Apek tua yang biadap itu lupa dia sedang tinggal di sebuah negara yang telah terang-terang menamakan Islam sebagai agama Persekutuannya dan di negaranya terdapat berjuta-juta orang Islam yang diwajibkan menjaga adab dan tatatertib sebagaimana yang dipraktikkan oleh wanita itu.

Cuma masalah apek tua bacul itu adalah kerana kawan-kawan Muslimnya tidak pernah memberitahunya tentang hukum dan adab itu. Kerana kawan-kawan Muslimnya juga tidak pernah mempraktikkan amalan itu di hadapannya, lalu menjadikan apek tua itu sangat jahil. Jahil sehingga dia berani menepuk air di dulang, meludah ke langit.

Dan wanita itu dengan tenang terus bersuara bagi pihak saudara-saudara seagamanya menjelaskan pendirian dan prinsipnya, lalu melegakan semua yang sejalan dengannya.

"Saya anggap 53 tahun (kita) merdeka, komponen BN gagal memahamkan ahli komponen mereka, (termasuk) MCA dan sebagainya, bagaimana adab bersalaman seorang individu muslim dan dengan yang lain.

"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.

"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki."

Terima kasih Normala Sudirman.

Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com36tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-9801541237556819382011-01-08T19:32:00.004+05:002011-01-10T19:04:08.975+05:00Sesudah Gabenor Dibunuh
Dua hari lepas Gabenor Wilayah Punjab Salman Taseer mati dibunuh di kawasan Pasar Kohsar Islamabad. Pasar Kohsar terletak cuma lebih kurang 2km dari rumah saya. Sehari sebelum kejadian tersebut saya dan ibu mertua ke Pasar Kohsar membeli sayur-sayuran dan air kopi dari Gloria Jeans. Itu adalah tempat kebiasaan kami untuk mendapatkan pelbagai jenis barang keperluan dapur dan bahan-bahan mentah. Pasar Kohsar juga adalah destinasi yang popular untuk diplomat dan ekspatriat di Islamabad kerana di situ terdapat pelabagai barang-barang keperluan yang bersifat antarabangsa dan orang-orang asing gemar berkunjung ke situ termasuklah saya dan warganegara Malaysia yang lain di Islamabad ini. Hari-hari selepas pembunuhan itu Pasar Kohsar dilaporkan lengang, itulah yang saya baca dan lihat di surat khabar.

Lebih mengejutkan kami, kerana Gabenor tersebut telah dibunuh oleh pengawal keselamatannya sendiri! Malik Qadri Mumtaz telah menembaknya bertubi-tubi sehingga habis 2 kelopak peluru dan 27 peluru terbenam di dalam badannya. Dia sempat menghabiskan 2 kelopak peluru pistolnya tanpa ada sesiapa yang menghalangnya, sedangkan dia ditembak dari jarak yang tidak jauh dan di kawasan awam. Sebaik sahaja selesai menembak dia terus ditangkap dan laporan berita menyebut dia memang tidak lari tetapi terus menyerah diri. Malik Qadri Mumtaz memberitahu umum bahawa dia membunuh gabenor itu kerana dia menentang undang-undang blasphemy di Pakistan dengan memanggilnya sebagai black law.

Bertentangan dengan laporan di media-media utama di sini, saya perhatikan ramai orang yang menyokong pembunuhan itu. Ramai orang yang saya jumpa dan berbual dengan mereka, tidak menyukai gabenor itu yang disifatkan sebagai seorang yang liberal, tidak Islamik dan malah ada menganggapnya sudah murtad. Khadim seorang pemuda Pashtun pertengahan 20-an yang mengaku tidak pernah solat berkata, "it's good, he's a mother fucker!" Ada juga yang melahirkan sokongan dan menyanjung tinggi pembunuh itu, saya mendengar orang Pakistan berkata, "janggutnya panjang dan dia kelihatan seperti seorang Muslim yang sangat taat". Seorang kawan, Naeem yang kelihatan agak moden, rajin membaca, berpengetahuan dan berjanggut panjang berkata dia menyokong pembunuhan kerana gabenor itu sudah murtad kerana dia menghina undang-undang Islam yang menjaga kesucian agama Islam dan nabi Muhammad. Naeem tidak berpuas hati dengan saya kerana saya tidak bersetuju dengan pembunuhan dengan cara itu. Dan saya sangat terkejut dengan reaksinya tentang pembunuhan itu kerana selama ini saya menganggap dia adalah seorang yang berfikiran sederhana.

Ini adalah sebahagian dari Pakistan. Ramai orang-orang yang suka membunuh orang atas nama agama atau menghalalkan pembunuhan jenis itu dan mereka menganggap bahawa mereka adalah wakil Tuhan yang telah diberikan kuasa untuk melaksanakan segala hukuman dari Tuhan. Tiada pembuktian, tiada perbicaraan dan tiada mahkamah, malah bukti pandang dengar pun sudah cukup untuk mereka. Dan saya percaya mereka tidak faham pun apa itu Islam yang sebenarnya tetapi sangat fanatik pada ajaran yang telah disalahfahami itu. Pihak berkuasa di negara ini telah gagal memberikan ilmu pengetahuan kepada rakyatnya supaya memahami kesederhanaan dan toleransi Islam. Pembunuhan-pembunuhan yang disebabkan perbezaan pemikiran dan mazhab adalah antara masalah yang serius di negara ini. Saya sangat sedih dan kecewa dengan keadaan ini kerana ia memberikan satu gambaran yang sangat buruk kepada agama yang saya juga penganutnya.

Naeem menyalahkan kerajaannya. "Kelemahan kami adalah pemimpin kami, kami tiada pemimpin sebaik Mahathir Mohamed".

Lalu saya menjawab, "sebenarnya kamu sendiri dan orang-orang Pakistan yang keliru. Saya rasa seandainya kamu mengenali Mahathir Mohamed dengan lebih dekat, saya rasa kamu juga ingin membunuhnya! Maaf, ideologi kita tidak sama dan pemikiran kita sangat berbeza sekali, tetapi saya harap kamu tidak akan membunuh saya hanya sebab kita berbeza."
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-73538755405900668992010-12-31T12:11:00.095+05:002011-01-01T11:12:58.501+05:00Hari Terakhir Dalam Tahun 2010
Hari ini langit cerah. Semalam hujan turun mencurah-curah, sudah dua hari hujan turun di Islamabad. Lembaplah bumi yang sudah lama kering dilanda kedinginan musim sejuk ini. Lalu hanya kesejukan yang menyelimut kami. Hari ini tiada ternampak lagi kabus debu atau jerebu di kaki Bukit Margalla, malah semuanya terang dan indah. Barangkali telah lenyap semua debu habuk dan kotoran dimakan hujan. Dan salji pun turut gugur di Murree dan Nathiagali, menggembirakan banyak orang di sana kalau pun tidak semua.

Pagi Jumaat ini seusai solat Fajar saya membaca sms kiriman seorang sahabat Malaysia kami dari Karachi. "Suami saya telah kembali ke rahmatullah jam 6.15 pagi waktu Pakistan kerana Hepatitis A. Alfatihah." Padahal baru lima hari lepas kami bersama-sama mereka, arwah dan isterinya dan keluarga saya bermusafir bersama-sama ke Lahore dari Islamabad. Banyak gambar kenangan yang kami rakam di kota yang menyimpan banyak bangunan bersejarah yang cantik-cantik. Arwah kelihatan seperti biasa saja pada masa itu, cuma dia ada mengadu tidak sedap badan sewaktu dalam perjalanan pulang. Rupa-rupanya itulah pertemuan terakhir kami dan saya menyesal tidak memeluknya erat-erat dan lama-lama sewaktu perpisahan di hadapan Masjid Badshahi. Kalaulah hanya kita tahu bila kita akan pergi. Saya tidak akan dapat bercakap dengannya lagi, cuma mampu sedekahkan alfatihah dan do'a untuk sahabat saya itu. Difahamkan jenazahnya hanya akan tiba di Malaysia pada tengah hari 2 Januari ini, iaitu tepat pada hari ulang tahun kelahirannya.

Dan ini adalah kematian kedua sahabat saya saya di Pakistan, cuma berbeza 9 hari. 22 Disember lalu sahabat baik saya di Islamabad meninggal dunia. Dia baru saja datang ke Islamabad dari Malaysia dan setelah genap dua bulan dia hidup di sini, dia pun kembali semula ke Malaysia tetapi hanya jasadnya. Cuma sekejap saya berkenalan dengannya tetapi ia suatu sekejap yang menyenangkan. Saya tidak akan lupa kenangan kami menghirup sup ayam dan jagung di Rawalpindi, arwah sangat menggemarinya dan sayalah yang bertanggungjawab memperkenalkan sup itu kepadanya. Dan kami pernah berkelah bersama-sama di Taman Lake View, berjalan-jalan di Pasar Itwar Bazaar sambil membeli baju sejuk terpakai dan semua itu cuma tinggal kenangan sekarang. Saya sebak melihat reaksi dua anak perempuannya kecilnya (4 dan 7 tahun) yang belum cukup mengerti tentang peristiwa sedih itu, walaupun saya percaya balu arwah akan mengumpulkan kembali segala semangat dan kekuatannya untuk meneruskan hidup bersama-sama dua anaknya di bumi Islamabad ini.

Puteri sulung saya Embun sibuk memaksa saya untuk naik ke tingkat atas kerana dia ingin memeriksa bilik-bilik di tingkat atas yang baru ditinggalkan kosong oleh ibu ayah dan adik lelaki saya. Tiga minggu mereka berhabis masa dengan kami di sini dan sudah pulang ke Malaysia pada 27 Disember lepas. Saya rasa Embun mengalami suatu rasa kehilangan, dia menjenguk-jenguk ke bilik kosong itu dan seolah-olah mencari mereka di setiap sudut. Terpaksa berkali-kali saya terangkan lagi kepada Embun bahawa mereka semua telah tiada di rumah kami, walau pun sebenarnya Embun sendiri telah menghantar mereka ke Lapangan Terbang Benazir Bhutto dan mengucapkan selamat jalan kepada mereka empat hari lepas.

Saya belum lagi berjaya mendapatkan sijil lahir untuk Kekwa, walaupun sudah 7 kali kami ke pejabat mereka. Orang Pakistan terlalu mudah membuat janji sehinggakan mereka sendiri pun lupa mereka pernah membuat janji tersebut. Tiada istilah piagam pelanggan di pejabat kerajaan mereka. Walaupun akhirnya tadi saya mendapat sijil lahir Kekwa, tetapi terdapat kesalahan di sijil tersebut kerana nombor pasport saya dan Mawar tidak dicatatkan dengan betul, selain kesalahan tatabahasa Inggeris yang terlalu banyak. Ianya sehelai kertas putih bodoh yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan apa pun, tidak seperti sijil lahir yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Tetapi saya perlu menunggu 22 hari untuk mendapatkan, 8 kali pergi ke pejabat mereka dan entah berapa kali panggilan telefon. Dan sekarang saya tidak tahu perlu tunggu berapa lama lagi untuk membuat pembetulan pada kesalahan tersebut.

Inilah hari yang terakhir di tahun 2010. Hari terakhir untuk dekad pertama pada milenium ini.
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-38267216234092865962010-12-14T00:13:00.027+05:002010-12-15T00:49:44.261+05:00Catatan Buat Anakanda Kedua
Anakandaku yang kedua,

Sudah genap seminggu kamu lahir ke dunia ini. Kamu lahir pada suatu petang Ahad awal Disember pada permulaan musim sejuk, bukan di negara asal ummi dan ayah kamu tapi di sebuah tempat yang sangat jauh dari tempat asal bangsa kita. Tempat ini mereka panggil Islamabad dan ayah tidaklah berapa gemar dengan perangai orang di sini secara keseluruhannya, nanti ayah akan cerita dengan lebih lanjut tentang itu. Kamu lahir di sebuah hospital yang berada tidak jauh dari rumah kita di Islamabad ini, cuma lima minit pemanduan, di Hospital Medicsi yang terletak di bangunan Menara Saudi Pak, Blue Area. Apabila kamu sudah dewasa nanti dan kita tidak berada di Islamabad lagi, ayah ingin sekali membawa kamu dan keluarga kita ke sini lagi untuk menunjukkan kepada kamu tempat lahir kamu, rumah yang kita pernah huni dan tempat kamu dan kakakmu bermain.

Doktor yang mengendalikan proses kelahiran kamu bernama Doktor Tehmina Rehman, ayah sangat gemar dengan cara dan tutur katanya sejak pertama kali ummi dan ayah berjumpa dengannya. Ayah masih ingat bidan yang membantu doktor tersebut adalah bernama Rabia yang ayah marah sekali padanya kerana dia menjerit tidak tentu pasal dalam dewan bersalin itu, mengingatkan ayah pada Doktor Wong di Hospital Kuala Terengganu sewaktu ummi melahirkan kakakmu Embun setahun lapan bulan yang lalu. Selepas kena marah Rabia tidak menjerit lagi tetapi bercakap dengan suara yang perlahan. Dia menyangka ayah dan ummi adalah pelajar universiti di Islamabad dan dia agak terkejut apabila mengetahui siapa kami yang sebenarnya. Tetapi jururawat muda yang bernama Khadija itu sangat menyenangkan, dia melayan ummi dengan baik sekali. Jururawat lain yang membantu adalah Sanaa, Fatma, Nadira dan beberapa jururawat lain lagi yang ayah lupa tanyakan nama mereka. Mereka enggan menerima sebarang wang tips dari ayah sewaktu ayah memberikan kepada mereka sebelum kita pulang ke rumah.

Telah ayah sebutkan tadi anakku, kamu punyai seorang kakak. Embun namanya. Dia menerima kamu dengan gembira. Semasa kamu dalam kandungan lagi setiap hari dia menggosok-gosok perut ummi dan menyebut "baby, baby, baby". Dan selepas kamu lahir dia begitu teruja sampai terjerit-jerit kegirangan sewaktu pertama kali dia menatap wajah kamu. Dia mencium kamu berkali-kali. Kak Embun belum pandai bercakap seperti orang dewasa tetapi ayah tahu dia sangat menyayangi kamu. Pagi semalam sewaktu ayah dan ummi bangun dari tidur kami lihat Embun sudah berada di sisi kamu, mencium kamu sambil tersenyum sendirian diselangi gelak kecil. Ayah bahagia sekali melihat kamu berdua. Dan ayah sungguh terharu tatkala kamu telah keluar dengan selamat dari perut ummi sampai jatuh air mata ayah di lantai bilik bersalin itu, juga kerana tidak tahan sebak melihat bagaimana sakit dan terseksanya ummi berjuang untuk melahirkan kamu. Alhamdulillah, kamu lahir sebagai bayi yang sempurna berambut hitam pekat yang lebat. Dan ummi juga baik-baik sahaja selepas melahirkan kamu, dia kelihatan begitu ceria dan bermaya sebaik sahaja selepas melahirkan kamu.

Semalam ayah adakan majlis Aqiqah di rumah kita untuk kamu. Kawan ayah membantu ayah mendapatkan seekor biri-biri yang besar, seberat 50kg sebelum disembelih dan berharga Rs12,500. Dagingnya ayah kepada ayah (to'ki kamu) yang masakkan untuk dimakan bersama nasi minyak, ayam masak merah dan acar yang disediakan oleh emak kepada ummi (tok mama kamu) dan dibantu oleh ibu kepada ayah (nenek kamu) dan juga adik bongsu ayah (Poksu kamu). Tok mama telah datang ke rumah kita di Islamabad di musim luruh lalu dua bulan sebelum kamu dilahirkan dan To'ki, Nenek dan Poksu datang di sini dari Terengganu setelah tiga hari kamu dilahirkan.

Semalam ramai sekali tetamu datang meraikan kelahiran kamu ke dunia ini dan mereka mengucapkan tahniah kepada ummi dan ayah serta Kak Embun. Ada yang memberikan hadiah dan ada yang memberikan duit kepada kamu. Isteri kepada duta Malaysia di Pakistan melakukan upacara "belah mulut" kepada kamu dengan menyuapkan air zam zam dan tamar dan duta sendiri telah memulakan upacara memotong jambul kamu, sambil diikuti oleh semua tetamu yang hadir. Kami lakukan itu sambil melagukan selawat nabi secara beramai-ramai. Majlis itu sangat meriah dan tentu Embun akan cemburu kepada kamu kerana ayah tidak sempat melakukan untuknya dulu kerana ayah terlalu sibuk dengan persiapan untuk berpindah ke Islamabad pada masa itu.

Ayah telah cuba mendaftar nama rasmi kamu dengan pihak berkuasa tempatan di sini, tetapi seperti biasa mereka menjadikannya sebagai suatu proses yang sangat sukar. Pertama kali ayah pergi, pada pukul 11 tengah hari Rabu itu, mereka tidak benarkan ayah masuk ke bangunan pejabat itu kerana menurut mereka semua kakitangan sedang bermesyuarat. Ayah pergi lagi pada pukul 2 petang dan setelah berjumpa seorang pegawai di dalam sebuah bilik yang kelihatan seperti stor lama yang buruk, ayah diberi beberapa borang dan diminta untuk melakukan "affidavit" (seperti surat akuan bersumpah Malaysia) bagi mengesahkan kamu adalah anak kandung ayah yang sebenar, walaupun ayah telah menunjukkan surat pengesahan bersalin dari hospital. Ayah terpaksa berkejar ke Abpara untuk untuk melakukan affidavit seperti yang diminta. Dan setelah siap ayah sudah tidak boleh ke pejabat itu lagi kerana mereka telah menutup pejabat seawal pukul 3 petang! Mereka sangat tidak cekap dan bodoh.

Keesokan harinya ayah pergi lagi dengan seorang kawan ayah yang pandai berbahasa Urdu untuk menyerahkan semua borang dan dokumen yang mereka mahu. Ayah terpaksa berjumpa dengan tiga orang pegawai yang bershalwar kamiz yang duduk di lain-lain bilik (yang macam stor lama itu) sebelum semuanya selesai dan akhir sekali seorang pegawai pun berkata bahawa ayah perlu menunggu 20 hari sebelum datang lagi untuk bertanyakan sijil lahir sudah siap atau pun belum. Kawan ayah berbangsa Pakistan itu pun memberikan pelbagai alasan dan ugutan yang bersangkutan dengan Kementerian Luar Negeri, imigresen dan visa, dan akhirnya pegawai itu bersetuju bahawa sijil lahir kamu akan siap dalam masa 10 hari. Ayah tidak menaruh harapan yang tinggi kepada janji setiap orang yang berbangsa Pakistan, ayah tunggu dan lihat saja. Apabila sijil lahir kamu siap nanti, ayah akan daftarkan kelahiran kamu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad bagi memastikan kewarganegaraan kamu adalah Malaysia. Jangan kamu bimbang, anakku. Tidak sekali-kali ayah jadikan kamu sebagai warganegara Pakistan negara yang tidak ada harapan dan masa depan ini.

Anakandaku yang wangi,

Ayah telah mengalunkan azan di telinga kamu setelah jururawat Nadira selesai membersihkan kamu dan memakai pakaian tebal yang berlapis-lapis kepada kamu. Mereka tidak benarkan ayah mengazankan lebih awal daripada itu seperti yang diamalkan di Malaysia. Dan mereka tidak bersihkan kamu dengan baik pun, ayah perhatikan masih ada terdapat kotoran darah dan lendir kering di rambut kamu yang lebat itu. Ayah mandikan kamu dan shampu rambut kamu sebersih-bersihnya setelah kami bawa balik kamu ke rumah keesokan harinya. Tujuan ayah azan ke telinga kamu adalah supaya kamu terbiasa dengan kalimah-kalimah suci itu. Ayah juga ingin kamu tahu kamu telah dilahirkan sebagai seorang Muslim.

Jadilah kamu seorang Muslim yang taat yang mengamalkan segala ajaran Islam dengan sebenar-benarnya walau ke mana pun kamu pergi, walau bagaimana besarnya perbezaan antara mereka dengan kamu dan biar pun mereka menganggap kamu pelik dan asing semata-mata kerana kamu mengamalkan ajaran agama kamu. Dan inginlah ayah berpesan kepada kamu sebagaimana pesan Luqman kepada anaknya yang diceritakan dalam kitab suci kita al-Quran, janganlah anakku sekali-kali kamu mempersekutukan Allah kerana perbuatan syirik itu adalah sangat zalim, serta berbuat baiklah kamu anakku kepada kedua-dua ibu bapa kamu.

Marwa adalah nama kamu dan Kekwa adalah nama melayu kamu yang akan ayah gunakan untuk merujuk kepada kamu di blog ini. Kamu harus baik-baik sama kakakmu Embun. Selamat datang ke dunia, Kekwa.

Ayahandamu yang sangat berbangga.

Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com53tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-38710378435627186432010-12-03T23:00:00.004+05:002010-12-03T23:06:47.650+05:00Arak di Majlis Perkahwinan Pahstun
Seingat saya sudah tiga kali kami menghadiri majlis perkahwinan orang Pakistan di sini dan kali ini sedikit berbeza kerana ianya dianjurkan oleh sebuah keluarga berketurunan Pashtun yang berstatus tinggi, orang kaya. Saya cuma berkesempatan hadir ke majlis malam berinai atau mehendi yang diadakan di kediamannya. Tetamu mereka juga adalah orang-orang kaya yang semuanya dihantar dan dijemput oleh pemandu, diplomat-diplomat asing dan kenamaan. Jalan di hadapan rumahnya juga dikawal oleh polis yang banyak.

Apabila kami masuk majlis telah pun bermula. Muzik India Bollywood dipasang dengan kuat sekali, diiringi tarian yang hampir sama dengan yang anda dapat lihat di filem Hindi. Gadis-gadis bermekap tebal berbaju penuh gemerlapan menari-nari di atas pentas. Kadang-kadang ada juga pemuda yang turut berjoget sama, disambut dengan sahutan, sorakan dan tepukan yang sangat meriah. Di satu sudut minuman keras disediakan dan kelihatan diplomat asing, rakyat asing dan juga Pakistan duduk dan minum-minum di situ.

Saya duduk bersama Mawar, Embun dan ibu mertua saya di satu meja berhampiran dengan sudut minuman keras, bagaikan bermimpi, dapat melihat aksi-aksi Bollywood. Buat seketika kami terlupa kami sedang berada Pakistan, kerana ianya dirasakan seperti sangat India. Seorang lelaki setengah abad yang merupakan adik kepada ayah pengantin perempuan duduk di meja kami, berbual-bual dan melayani kami dengan baik sekali. Sesekali kami didatangi saudara-maranya yang berjabat tangan dengan kami dan berbual-bual seketika. Saya rasa mereka semua berkasta tinggi, berpakaian moden dan cantik, berbahasa Inggeris dengan baik dan ramai juga yang menggenggam gelas arak di tangan mereka.

Di hadapan Embun, isteri dan ibu mertua saya yang bertudung litup, dengan sopan dan rendah dirinya Pakcik Uthman berkata kepada saya, "saya tidak minum alkohol, tetapi jika anda ingin minum saya akan bawakan minuman ke meja ini". Saya cuma menggeleng kepala dan mengucapkan terima kasih.

Kemudian kami berbual tentang perkahwinan. Saya bertanya kepada Pakcik Uthman, jika perkahwinan itu adalah perkahwinan atas dasar cinta atau diaturkan semuanya oleh keluarga, seperti kebanyakan perkahwinan di Pakistan. Dengan rendah dirinya dia berkata, "Kami berasal dari kampung berdekatan dengan Peshawar, oleh itu kami agak konservatif dan kuat berpegang pada adat dan agama. Biasanya kami mahukan perkahwinan yang dirancang oleh keluarga dan berkahwin sesama ahli keluarga kami".

"Tapi saya fikir anda semua sangat terbuka dan moden, kerana menghidang arak di majlis perkahwinan, di sebuah negara republik Islam. Saya tidak pernah melihat ini berlaku di majlis perkahwinan orang islam di Malaysia". Saya sengaja mencuit.

Dengan tenang dia menjawab, "Oh, tidak. Kami sangat taat pada adat budaya kami, kerana kami orang Pashtun. Sebab itulah anda lihat arak dihidang di sudut itu di kawasan yang agak gelap, tidak secara terbuka. Lagi pun tuan rumah ini adalah orang kenamaan yang mempunyai ramai kawan, jadi dia mesti menghidangkan arak". Saya cuma mengangguk-angguk.

Malam di musim sejuk itu kami pulang lebih awal berbanding tetamu yang lain kerana suhu sudah menjadi semakin sejuk. Dan keesokan harinya kami tidak jadi menghadiri majlis bharat (kenduri sebelah perempuan) di hotel Marriott kerana telah menerima arahan untuk berjaga-jaga kerana terdapat ancaman bom di kawasan Islamabad untuk tempoh tiga hari. Tidak dapatlah saya mengalami bagaimana suasana majlis bharat mereka.

Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-13313166240343237312010-11-30T23:42:00.004+05:002010-12-01T00:10:51.839+05:00Secebis Kisah Keberterusan Hidup
Setiap hari sambil melakukan latihan saya berbual-bual dengannya. Dia selalu bercerita tentang Afghanistan negara asalnya dan Pakistan tempat tinggal dia sekarang. Jurulatih saya di gymnasium itu masih berwarganegara Afghanistan walaupun dia telah tinggal di sini (Pakistan) sejak tahun 1992 lagi, setelah ibu saudaranya mati terkena roket semasa perang Soviet di akhir 1991 di Kabul. Sejak dari itu seluruh keluarganya yang berketurunan Tajik itu pun berhijrah sebagai pelarian di Pakistan dan menetap di Islamabad. Pada masa itu dia baru berumur 15 tahun dan dia tidak pernah ke sekolah lagi selepas itu. Sekarang dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak dan tinggal bersama ibu bapanya yang sudah tua.

Pada malam itu saya mengajaknya makan malam di restoran Nando's. Saya memandu sendiri kereta saya dan menjemputnya di depan gymnasium tempat kerjanya itu. Setelah dia memasuki kereta saya mencadangkan supaya dia memakai tali pinggang keledar kerana kereta itu akan berbunyi secara automatik sekiranya tali pinggang tidak dipakai. Saya lihat dia terkial-kial dan terbelit-belit hendak memakainya dan akhirnya baru saya perasan dia memang tidak tahu bagaimana cara hendak memakainya. Saya memberitahu satu persatu tentang bagaimana cara hendak memakainya dan akhirnya terpaksa memberhentikan kereta untuk membantunya memakai tali pinggang. Dia memberitahu saya seumur hidupnya dia tidak pernah memakai tali pinggang keledar. Lalu saya tidak rasa ianya lucu lagi, malah saya berasa sedih. Tetapi saya cuma berpura-pura tidak mendengarnya dan meneruskan pemanduan.

Sesampainya di restoran dia memberitahu saya sudah dua tahun dia tidak ke Supermarket Markaz F6 yang cuma berjarak 3km dari gymnasium kerana dia terlalu sibuk bekerja dan mencari duit. Dan sudah tentu saya tahu dia tidak pernah memasuki restoran itu juga dan tidak tahu hendak memesan makanan apa. Saya memesan makanan untuk dia, sama seperti makanan saya. Sengaja saya makan menggunakan tangan kerana saya lihat dia kekok untuk makan dengan garfu serta pisau dan selepas itu memang dia ikut makan dengan tangan dengan selesa sekali. Dan apabila saya sudah habis saya lihat dia bagaikan tidak kecukupan dan saya terus memesan makanan lagi untuknya. Pada mulanya dia menolak keseganan tetapi saya berkeras untuk memesannya. Dan keputusan saya adalah betul kerana dia menghabiskannya dengan cepat sekali. Padanlah dengan badannya yang berketul-ketul penuh dengan otot-otot sasa itu.

Buat seketika saya menjadi tidak kisah dengan yuran yang agak mahal yang dikenakan kepada saya iaitu Rs5000 sebulan, sedangkan dia cuma mengenakan Rs3000 kepada kawan baik saya orang Pakistan yang memperkenalkannya kepada saya, mungkin semata-mata kerana saya orang asing yang dianggap kaya. Apabila saya meminta pengurangan akhirnya dia mengatakan Rs4500. Dia belum pulangkan Rs500 baki kepada saya dan saya juga serba salah untuk memintanya selepas peristiwa di malam itu. Tetapi tadi dia bersetuju bahawa yuran saya akan menjadi Rs4000 untuk bulan seterusnya kerana saya mengugut untuk bertukar ke gym dan jurulatih lain. Dia menyebut satu pepatah Urdu kepada saya yang bermaksud, "makanan saya adalah dari kamu", jadi sekarang dia tidak harus menolak permintaan saya.

Betapa kesukaran hidup mampu membuat manusia menjadi tamak dan malah jahat, walaupun pada asalnya dia tidaklah berniat untuk menjadi orang yang tidak jujur. Saya tahu dia sangat baik dan dia selalu berbicara tentang Islam kepada saya (bagaikan saya ini bukan Muslim) dan cita-citanya untuk diterima sebagai pelarian di sebuah negara yang lebih baik seperti Amerika atau England. Dan siapalah kita hendak menafikan rezeki dan haknya untuk terus hidup. Tetapi di negara seperti ini kita juga perlu berani dan bijak untuk tidak diambil kesempatan oleh orang-orang dalam kesempitan yang sememangnya licik.
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-13748136296742713722010-11-24T00:17:00.008+05:002010-11-25T10:12:30.383+05:00Menanti Adik Embun
Embun bagaikan tidak sabar-sabar lagi menantikan adiknya yang akan tiba tidak lama lagi, sampai terbawa-bawa dalam mimpinya. Suatu pagi kami terdengar dia menyebut baby semasa dalam tidurnya. Saya fikir dia benar-benar faham apa maksud baby, walaupun kadang-kadang dia menepuk dan menggosok perut sendiri sambil menyebut "baby baby". Agaknya Embun keliru antara perut dan bayi kerana Mawar selalu memberitahu Embun terdapat bayi dalam perutnya. Tetapi apabila melihat bayi di kaca TV atau semasa bersiar-siar di luar rumah dia juga menyebut baby, membuatkan saya yakin dia tahu apa maksudnya.

Saya juga sudah bermimpi bahawa adik Embun itu sudah lahir ke dunia. Saya melihat rupanya seakan-akan Embun. Selepas hari saya bermimpi itu saya juga menjadi seperti Embun, tak sabar-sabar mahu menyambut anak kedua saya itu. Dan selepas itu juga baru saya perasan saya tidak pernah menulis tentang kandungan adik Embun, tidak seperti bagaimana saya menulis tentang Embun semasa dalam kandungan dulu. Tetapi mungkin juga kerana kandungan kedua ini tidak mempunyai masalah seperti dulu. Mawar tidak alahan dan tidak pernah muntah untuk kali ini dan kedudukan uri juga adalah normal. Lagipun kandungan ini adalah untuk kali kedua, sudah tentu tidak sama dengan yang pertama dulu. Saya juga sudah jarang-jarang membelek "What to Expect When You're Expecting" milik Mawar yang dibacanya bagaikan kitab itu, kalau dulu saya rajin membacanya.

Kali ini kami tidak perlu ke klinik dan hospital kerajaan lagi. Ianya satu rahmat, alhamdulillah. Saya tidak perlu mendengar komplen Mawar balik dari klinik dengan muka masam mencuka dan mengadu tentang macam-macam perkara yang menyakitkan hatinya mengenai perilaku dan tuturkata jururawat, dan Doktor Wong di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu. Oh, cerita tentang Doktor Wong adalah bagai satu mimpi ngeri! Saya harap dia sudah berhenti menjadi doktor.

Di Islamabad ini kami mempunyai doktor tetap di klinik swasta yang akan memeriksa kandungan Mawar pada setiap bulan. Namanya Tehmina dan dia adalah seorang doktor yang pernah berkhidmat dalam tentera. Orangnya tinggi lampai berkerangka besar, tetapi sangat peramah dan sikapnya sangat menyenangkan. Doktor Tehmina terkejut apabila kami memberitahu bahawa di Malaysia kadang-kadang perempuan terpaksa bersalin dengan doktor lelaki (malah berlainan agama) dan akan diherdik kalau membuat permintaan khas untuk mendapatkan doktor wanita sahaja. Mungkin kerana di Pakistan mereka mempunyai ramai sekali doktor perempuan di bidang perbidanan dan mereka langsung tidak mempunyai masalah tersebut. Bersalin dengan seorang doktor lelaki mungkin sesuatu yang tidak masuk akal untuk perempuan Pakistan, beruntunglah mereka dari segi itu. InshaAllah mawar akan bersalin dengan Doktor Tehmina yang kelihatan sangat meyakinkan itu.

Menara Saudi Pak Islamabad- Klinik Medicsi di Tingkat 1

Sehingga hari ini kandungan Mawar sudah memasuki minggu ke 37 dan ini bermakna adik Embun boleh tiba bila-bila masa sahaja. Bagaimanalah nanti agaknya reaksi Embun apabila dia melihat ada orang baru yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya. Semoga Embun menjadi kakak baik yang bijak.
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-3983385569293320872010-11-10T23:07:00.005+05:002010-11-11T10:38:45.296+05:00Pembantu Rumah Saya dan Agamanya
Tengah hari tadi setibanya saya di rumah, seperti biasa dia menyapa saya dengan salam. Saya sibuk bercakap dengan ibu mertua saya sehingga tidak perasan salamnya. Tiga kali dia memberi salam, barulah saya sedar dan terus menjawabnya.

Dan dia berkata kepada saya, "Tuan, sudah 3 kali saya ucapkan salam".

"Ya, maaf, saya tidak perasan", saya tersenyum dan hampir malu kerana tidak mengambil berat pada salamnya.

Rita pembantu rumah saya adalah seorang Kristian. Dan sebagai seorang yang dibesarkan di Malaysia selalunya saya tidak pernah mengharapkan salam daripadanya kerana saya terbiasa mengucap selamat pagi, tengah hari dan sebagainya. Tetapi di Pakistan, salam menjadi milik semua orang, tidak kira agama mereka samada Islam, Kristian atau Hindu. Setiap kali sebelum masuk ke rumah Rita akan memberi salam kepada kami dan begitulah juga apabila saya baru balik ke rumah, Rita akan menyapa saya dengan pertama memberi salam. Sebelum pulang dia akan mengucapkan Allah hafiz.

Satu perkara yang menarik tentang Rita adalah kerana dia selalu menyebut nama Allah. Saya fikir dia adalah seorang Kristian yang sangat taat. Perkataan seperti Allah, Ya Allah, Bismillah, Allah ka Shukr, MashaAllah, selalu meniti di bibirnya. Setiap kali dia memuji Embun dia akan berkata mashaAllah dan setiap kali dia melihat Embun hendak melakukan sesuatu mulutnya seraya berkata bismillah. Apabila saya bertanya khabarnya, dia akan membalas Allah ka shukr (syukur pada Allah). Apabila mengeluh dia akan menyebut Allah dalam keluhan dalamnya. Pendeknya Allah selalu meniti bibirnya. Dan tentu Rita akan terkejut kalau saya memberitahunya di Malaysia orang Kristian tidak dibenarkan menggunakan nama "Allah" dan malah tidak memberi salam dan tidak diberi salam.

Pakaian Rita juga sama seperti Muslim lain di Pakistan. Setiap hari dia memakai kurta dan Shalwar serta dupatta (selendang besar). Jika saya tiada di rumah dia akan tinggalkan selendang itu di mana-mana, tetapi apabila saya masuk ke dalam rumah dia akan cepat-cepat mengambil dupattanya dan meletakkannya di atas badan menutupi dadanya, malah kadang-kadang kepalanya. Dupatta adalah lambang kehormatan seorang wanita Pakistan.

Tadi ibu mertua saya merungut, "Rita itu selalu sahaja menyebut "Allah", tetapi mama tidak pernah lihat dia solat".

"Mama, kerana dia seorang Kristian, bukannya Muslim". Setelah hampir sebulan Rita bekerja dengan kami, baharu itulah dia tahu Rita sebenarnya bukan seorang Muslim.
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-30924419284696118082010-10-28T00:24:00.006+05:002010-11-10T23:59:20.771+05:00Perkahwinan Ala Pakistan
Sungguh teruja rasanya apabila seorang kenalan mengundang untuk ke majlis mehendi (berinai) sempena perkahwinan adik perempuannya yang diadakan di rumahnya di Sektor G-7 Islamabad. Majlis tersebut diadakan pada sebelah malam dan kami tiba seawal 8 malam seperti yang diberitahu oleh tuan rumah. Dan jenuhlah kami menunggu sehingga ke 10 malam, apabila acara sebenar baru bermula.

Sebelum keluarga pengantin lelaki tiba, sebelah perempuan telah bersiap sedia dengan bakul-bakul berisi kelopak mawar. Mereka beratur membentuk lorong untuk dilalui oleh ibu pengantin perempuan dan diikuti oleh semua tetamu perempuan dari keluarga pengantin lelaki. Tatkala mereka melalui lorong itu kelopak mawar akan ditabur sambil disambut dengan senyuman dan gelak tawa yang sangat meriah. Seterusnya pengantin perempuan akan diarak ke pentas dari dalam rumah dengan berbumbungkan sehelai kain yang dipegang di segenap penjuru oleh beberapa perempuan lain. Dan terakhir, diikuti dengan pengantin lelaki yang juga diarak masuk dari luar.

Sewaktu saya bersungguh-sungguh mengucapkan tahniah kepada bapa pengantin perempuan, dia kelihatan terkejut. Seraya menegur saya, "anak saya seorang perempuan, jangan mengucapkan tahniah kepada saya. Orang Pakistan tidak mengucapkan tahniah kepada ibu bapa pengantin perempuan. Tapi tidak mengapa, saya tahu anda bukan orang Pakistan". Barulah saya faham, pada mereka perkahwinan seorang anak perempuan dianggap memberi beban kepada keluarganya dan sekadar merayakan pemergian seorang anak perempuan dari keluarganya.

Keeseokan harinya kami juga dijemput untuk memeriahkan acara "bharat" anjuran keluarga pengantin perempuan di sebuah dewan perkahwinan di Sektor G9 Islamabad. Apa yang saya perhatikan setiap majlis di sini biasanya memerlukan tetamu untuk bersabar dan menunggu dengan lama sebelum dihidangkan makanan. Mujurlah saya telah makan terlebih dahulu sebelum ke majlis tersebut. Semasa ketibaan pengantin lelaki ke dewan tersebut mereka juga menabur bunga ke atasnya dan juga duit kertas! Tetamu lelaki dan perempuan diasingkan tempat duduk mereka. Mawar memberitahu, sewaktu dia berjumpa dengan pengantin perempuan dia kelihatan sangat sedih dan meminta agar didoakan segala yang baik untuk masa depannya.

Pihak keluarga pengantin perempuan juga menjemput kami untuk ke majlis '"walimat" yang dianjurkan oleh keluarga pengantin lelaki. Tetapi peliknya ibu dan bapa pengantin perempuan tidak hadir ke majlis itu, dan saya pun tidak berani bertanyakan tentang hal itu. Majlis itu bertempat di sebuah kampung di kawasan bukit bukau, iaitu Kampung Talhar. Jalan ke kampung itu amat mencabar kerana ianya sangat curam dan berbukit. Kadang-kadang jalan sangat sempit dan terpaksa melalui jalan yang rosak akibat tanah runtuh. Sesekali terserempak juga dengan kerbau yang besar dan kambing-kambing di tepian jalan. Sewaktu di rumah pengantin lelaki, saya sempat menjenguk ke bilik pengantin perempuan yang dihias indah dan segala barang perkakas rumah dipamerkan di dalam bilik tersebut.

Kakak pengantin perempuan memberitahu dengan bangganya kepada saya, bahawa barang-barang tersebut dibeli oleh keluarganya. Ianya sesuatu yang teramat penting dalam budaya perkahwinan orang Pakistan walaupun mereka beragama Islam, dan jika keluarga pengantin tidak dapat menyediakannya pengantin perempuan akan menerima risiko dihalau oleh keluarga mertua dan tidak diterima sebagai menantu! Konsep ini hampir menyamai konsep "dowry" dalam masyarakat hindu di India, mereka tidak menafikan perkara ini. Tetapi dengan pasrah kakak pengantin memberitahu, mereka masih terpaksa melakukannya. Dan tiba-tiba saya teringat akan kata-kata bapa pengantin perempuan sewaktu dia melarang saya dari mengucapkan tahniah kepadanya di malam berinai.
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-14337970583410303892010-10-10T07:51:00.006+05:002010-10-28T00:29:04.293+05:00I'tikaf & Mehfil-e-Shabina
Sepuluh malam terakhir adalah antara malam yang terpenting dalam Ramadhan kerana di Pakistan mereka akan mengadakan perhimpunan i'tikaf besar-besaran selama 10 hari itu. I'tikaf ini bukanlah i'tikaf yang seperti biasa; mereka sebenarnya berkampung dalam masjid itu, tidur dan makan juga dalam masjid. Dan mereka percaya mereka tidak boleh keluar dari masjid selama tempoh i'tikaf itu dan mereka percaya itu adalah sunnah nabi yang sangat-sangat dituntut. Mereka tidak akan balik ke rumah atau pergi kerja selama 10 hari itu. Saya lihat sendiri semua itu berlaku di dalam Masjid Faisal, di belakang rumah saya itu. Malah saya berbual-bual dan menemuramah mereka mengenai hal tersebut.

Tiga malam terakhir pula diadakan Mehfil-e-Shabina di semua masjid utama termasuk Masjid Faisal. Masjid dihias cantik dengan lampu yang berwarna-warni dan kelihatan sungguh meriah dan sekali. Apa yang saya faham pada malam-malam Mehfil-e-Shabina mereka akan bertarawih dengan 10 juzu' bacaan al-Quran pada setiap malam dan akan menghabiskan 30 juzu' untuk tiga malam tersebut. Pada malam kedua Shabina saya telah berkunjung ke Masjid Faisal untuk melihat dan mengalami sendiri suasana malam Shabina di Islamabad. Saya cuma rasa 10 juzu' adalah terlalu lama dan saya cuma bertarawih 4 rakaat, itu pun cuma siap pada pukul 11 malam. Menurut mereka tarawih pada malam Shabina biasanya akan siap pada pukul 3 pagi.

Saya berjumpa Imran, seorang pelajar di sebuah universiti yang menjadi pekerja sukarela untuk program i'tikaf itu dan turut menyertai i'tikaf. Selama 10 hari itu dia cuma duduk dalam masjid sambil menyelia dan menyelaraskan program tersebut. Menurutnya, peserta yang ingin menyertai i'tikaf di masjid Faisal terpaksa mengisi borang permohonan sebulan sebelum Ramadhan kerana tempatnya adalah sangat terhad. Peserta-peserta adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang dan ada yang datang sejauh dari Peshawar dan Kashmir untuk beri'tikaf di masjid kebanggaan Pakistan itu. Imran membawa saya berjalan-jalan dalam masjid, tempat mereka tidur, makan dan hampir setiap sudut masjid tersebut. Dia juga menjemput saya untuk menyertai sehri dan aftari bersama-sama pada keesokannya, tetapi saya terpaksa menolak kerana komitmen lain.

Ramadhan kali ini saya tidak bertarawih bersama penduduk tempatan kerana rumah Malaysia mengadakan program tarawih pada setiap malam untuk semua orang Malaysia di Islamabad. Kadang-kadang terasa seperti bagaikan di Malaysia apabila kami berselawat seperti di Malaysia selepas setiap dua rakaat tarawih dan apabila selesai terawih kami menjamu selera dengan pelbagai kuih ala Malaysia yang dibawa oleh jemaah, sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang Pakistan di masjid mereka. Dan di tempat yang sama kami bersolat sunat eidulfitri pada 1 Shawal dan menikmati segala hidangan kebiasaan pada pagi raya, lalu lepaslah sedikit kerinduan pada Malaysia tanah air tercinta.
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-30147405775251026122010-08-24T00:11:00.006+05:002010-08-24T17:26:50.646+05:00Mengidam Somtam Pada Hari Lahir
Jika anda berhasrat untuk berbuka puasa dengan Somtam, Tomyam dan pelbagai jenis masakan Thai pada hari lahir anda sendiri yang jatuh dalam bulan Ramadhan, sepatutnya ia bukanlah sesuatu yang sangat sukar untuk ditunaikan. Tetapi ia tidak menjadi semudah itu di Islamabad. Satu-satunya restoran Thai di Islamabad yang menyediakan hidangan Thai tanpa tambahan rasa masala Pakistan adalah di Hotel Mariott, di restoran lain seperti Restoran Heng Chang tidak terdapat Somtam, malah Tomyam-nya pun hanya akan membuat anda kecewa. Saya rasa Tomyam masakan saya sendiri lebih baik dari Tomyam di Heng Chang.

Saya pun dengan besar hati mengundang Mawar untuk berbuka di Mariott pada hari ini, 23 Ogos sempena dengan hari lahirnya. Tetapi ada satu perkara yang menghantuinya dengan serius, iaitu peristiwa pengeboman berani mati di Mariott pada dua tahun lepas (2008) yang mengorbankan lebih 100 nyawa. Ianya berlaku dalam bulan Ramadhan, beberapa minit selepas masuk waktu Maghrib ketika Muslim sedang mula berbuka puasa.

Walaupun kata orang biasanya pisang tidak berbuah dua kali, tetapi pada petang tadi Mawar telah lupakan segala impian di hari lahirnya. Dia tidak berani menjejak kaki pada waktu berbuka di Hotel Mariott yang sebenarnya telah dikawal ketat dengan pagar tinggi berkawat duri berupa kubu itu. Lalu pada waktu berbuka tadi, tiada Somtam, tiada Tomyam. Kami cuma berbuka dengan air sirap dan Jemput-jemput pisang. Dan selepas solat Maghrib di rumah, menuju ke Restoran Nando's di Sektor F-6 meratah ayam dengan sos peri-peri. Inilah antara pilihan yang terbaik di sebuah negara yang tidak stabil kedaan politik, keselamatan dan kemudahan asasnya. Tetapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya Islamabad tidaklah mengalami banjir yang dahsyat seperti di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Selamat hari lahir yang ke-25, Puan Mawar.
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-66578942136095715952010-08-23T23:46:00.008+05:002010-08-24T17:11:15.949+05:00Cerita Orang Buat Keropok Lekor

Mengisar isi ikan kerapu

Embun sibuk membantu

Walaupun kadang-kadang saya menderita apabila tiada bekalan ikan kembung dari Karachi yang sampai ke Islamabad, tetapi itu tidak langsung menghalang impian saya untuk memakan keropok lekor yang saya buat sendiri. Petang itu Mawar mencadangkan supaya kami memasak keropok lekor, kesan daripada pelayarannya dari blog ke blog. Itulah salah satu hobi Mawar dan apabila dia terlihat sesuatu resepi yang menarik seleranya, dia akan paksa saya membeli semua bahan-bahan dengan dengan memberi beberapa isyarat dengan cara tidak langsung yang harus difahami dengan segera oleh saya. dan mujurlah saya memahaminya walaupun kadang-kadang pernah juga saya buat-buat tidak faham. Tapi tatkala dia menyebut keropok lekor yang memang popular di negeri saya, saya memang langsung tidak kisah! Dengan rela dan senang hatinya saya pergi mendapatkan ikan yang diperlukan.

Membentuk adunan menjadi keropok lekor

Adunan sedia untuk direbus

Masalahnya pada petang itu adalah kerana ikan kembung tiada di kedai ikan yang satu-satunya di Islamabad itu. Tetapi saya beranikan juga membeli isi ikan (fillet) kerapu yang entah sudah berapa lama dipamerkan di kedai itu. Sekurang-kurangnya saya sudah tidak perlu menyiatkan kulit ikan dan mengasingkan isi dari tulangnya. Lalu saya cuma perlu tumbuk ikan itu dan kemudian mencampurkan dengan tepung ubi dan sedikit gandum, garam, MSG dan mengulinya sehingga sebati sebelum membentukkan adunan itu menjadi keropok lekor, sama seperti yang anda lihat di Terengganu itu. Embun anak saya juga sibuk 'membantu', sehinggakan tidak sampai hati untuk saya beritahu padanya bahawa saya sebenarnya tidak langsung perlukan bantuannya.

Setelah siap direbus

Sudah digoreng dan sedia untuk dimakan!

Apabila sudah direbus dan kemudiannya digoreng, bagaikan tidak percaya bahawa saya telah membuat keropok lekor! Ia memang betul-betul kelihatan seperti keropok lekor, walaupun ia sedikit liat dan berwarna agak putih (mungkin kerana isi ikan kerapu yang tidak pernah dibuat orang itu). Saya tidak pernah pedulikan tentang bagaimana cara membuat keropok lekor semasa saya berada di tempatnya suatu masa dahulu. Benarlah kata orang, kita cuma lebih menghargai sesuatu apabila ia sudah hilang, jauh atau sudah tiada. Tetapi kata saya, membuat keropok lekor teramatlah senang! Cubalah sendiri nanti kalau anda sudah berada di luar negara atau berada di suatu tempat di mana ikan pun sukar untuk didapati, tentu anda akan rasa andalah pembuat keropok lekor terhebat di situ.
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-19923135214726869562010-08-21T23:54:00.012+05:002010-08-25T11:30:34.712+05:00Nilai Nyawa dan Ketamadunan di Pakistan
Kejahilan, kebodohan, kemunduran dan ketidaktamadunan orang Pakistan memang bukan sesuatu yang menjadi rahsia lagi. Selalunya saya hanya mendengar cerita sahaja, ada isteri dibakar hidup-hidup oleh suaminya, ada gadis ditembak mati oleh abang atau bapanya dan sebagainya. Dan semalam saya sangat terkejut, sedih dan simpati melihat di berita TV, mereka bertalu-talu memukul dua adik-beradik lelaki dengan sebatang kayu panjang, sehinggalah mati dan kemudiannya mereka menggantung mayat kedua-duanya dengan kaki di atas dan kepala di bawah. Peristiwa itu berlaku di sebuah kampung dalam Daerah Sialkot, dalam bulan Ramadhan.

Berpuluh-puluh orang mengelilingi untuk menyaksikan upacara pembunuhan secara terbuka di tempat awam itu. Polis juga ada di situ, tetapi mereka juga seperti orang ramai yang lain-lainnya, hanya melihat sehinggalah mereka berdua akhirnya mati dan digantung. Menurut laporan berita itu, kedua-duanya dituduh mencuri dan akhirnya mereka beramai-ramai menghukum dua beradik yang malang itu. Tiada pengaduan kepada pihak berkuasa, tiada siasatan, tiada mahkamah atau penghakiman. Jika anda berupaya melihat video di Youtube di bawah ini, tentu anda dapat saksikan bagaimana bodoh dan berhati binatangnya mereka, cuma menyaksikan pembunuhan itu berlaku begitu sahaja tanpa rasa bersalah langsung. Malah tiada seorang pun (termasuk polis) yang menunjukkan rasa perikemanusiaan, kasihan atau simpati kepada mangsa. Inilah sebahagian masyarakat di Pakistan, sebuah negara yang mengaku republik Islam.

Mereka terlalu bodoh dan kejam untuk mengerti makna kemanusiaan dan keadilan. Mereka tidak tahu bahawa Islam agama rasmi negara mereka pun tidak sekali-kali membenarkan mereka berkelakuan seperti binatang. Malah undang-undang apa-apa sekali pun tidak pernah membenarkan mereka membunuh manusia dengan sesuka hati seperti itu. Kalau pun ada, itulah puak mereka yang berhati binatang yang tidak mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Keadaan ketiadaan undang-undang atau ketiadaan penguatkuasaan undang-undang ini bagaikan sudah menjadi sesuatu yang biasa di sini, lalu undang-undang diletakkan dalam tangan mereka mereka sendiri yang melakukannya mengikut nafsu dan kepala mereka yang tidak berotak!

Dua beradik itu adalah dari suku puak lain dari puak yang membunuh mereka. Dan mereka selalu bermain kriket di kawasan puak pembunuh itu sehinggalah pada suatu hari mereka menuduh dua beradik itu terlibat dalam satu kejadian kecurian di kampung puak pembunuh itu. Tanpa usul periksa pada suatu hari mereka memukul dua beradik itu, sampai mati. Di Pakistan, puak yang melakukan pembunuhan begitu akan berasa bangga kerana pada mereka itu menunjukkan kekuatan puak mereka. Sungguh tidak bertamadun!Padahal, ramai yang mengetahui bahawa dua beradik itu adalah budak baik-baik, malah si abangnya adalah seorang penghafal (hafiz) Quran.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mereka mewajibkan semua rakyat Pakistan untuk ke sekolah untuk belajar tentang moral, nilai-nilai murni, kemanusiaan, ketamadunan dan keadilan kalau pun mereka tidak mahu mempelajari apa itu Islam yang yang sebenar. Kerana kejahilan mereka kalau dibiarkan tentunya akan memberikan gambaran yang sangat buruk kepada sebuah negara yang menyandarkan namanya pada Islam. Orang Pakistan perlu tahu bahawa nyawa manusia sepatutnya sangat mahal malah tidak ternilai, bukanlah semurah seperti yang mereka sangka sekarang. Dan kerajaan Pakistan perlu bersedia untuk membelanjakan lebih wang untuk mendidik rakyat mereka supaya menjadi manusia, kerana buat masa sekarang saya fikir mereka sebenarnya lebih memerlukan sekolah dan bukannya senjata.

Dan jika anda mampu dan sanggup, saksikanlah kebinatangan mereka:

<object height="385" width="480"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/dazJCe5kz4o?fs=1&hl=en_US"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/dazJCe5kz4o?fs=1&hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="385"></embed></object>
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-41640100346832879872010-08-16T11:37:00.007+05:002010-08-24T17:36:06.733+05:00Ramadhan di Islamabad
Waktu fajar semalam saya berjumpa dengan jiran saya di masjid belakang rumah kami. Sudah lama saya tidak berjumpa dengannya dan berborak panjang. Baru saya tahu dia masih menyambung pelajarannya di peringkat A-level di sebuah sekolah swasta antarabangsa yang terletak tidak jauh dari rumah kami ASAS School.

"Walaupun saya menghadiri kelas, tetapi saya masih berpuasa", dia memberitahu saya dengan bangga. Jiran saya yang berjanggut dan berjambang itu sudah berusia 24 tahun. Saya diam sahaja, sengaja tidak memberi pujian atau galakan kepadanya seperti yang dia harapkan. Kerana di negara saya Malaysia, budak darjah satu yang berumur 7 tahun pun sudah mula berpuasa dan sudah tentu mereka ke sekolah seperti biasa. Tetapi apa yang saya dengar dan lihat, di Pakistan ini kebanyakan budak-budak tidak diajar untuk berpuasa. Dan ramai orang Pakistan yang saya jumpa bertanyakan saya, dengan serius, "adakah anda berpuasa hari ini?" Lalu apabila saya menjawab "ya" mereka akan memuji saya. Kadang-kadang saya berasa malu dengan sikap mereka dan tergelak sendirian.

Dua hari lepas saya melihat seorang perempuan mengandung minum dengan selambanya di siang hari di hadapan orang ramai. Saya tahu dia mengandung dan berhak mengambil rukhsah (keringanan untuk tidak berpuasa dan menggantikannya kemudian), tetapi tidakkah dia berasa malu atau tidakkah dia ingin menghormati orang yang berpuasa? Dan banyak cerita yang saya dengar, orang-orang kaya di sini tidak berpuasa tetapi mengupah orang lain untuk berpuasa untuk mereka. Saya menjadi semakin tidak faham dengan negara republik Islam ini. Kata orang yang berbangsa Punjab, puasa adalah milik orang orang Pashtun (Pathan) dan biarkan Pashtun sahaja yang berpuasa. "Ramzan janay, Pathan janay", kalau anda memahami Urdu anda akan faham bagaimana pandangan sesetengah orang Punjab mengenai puasa.

Secara rasminya Pakistan mula berpuasa sehari lebih lambat dari Muslim di Malaysia, Arab Saudi, malah Amerika Syarikat juga. Mereka cuma melihat anak bulan sehari lebih lewat berbanding negara-negara Islam lain di dunia ini. Sangat pelik apabila negara yang di sebelah timur dan barat sudah berpuasa tetapi Pakistan yang berada di tengah-tengah belum berpuasa, entah kaedah apakah yang diguna pakai oleh Pakistan dalam menentukan tarikh permulaan puasa.

Dalam Ramadhan ini saya sangat gembira melihat semua pengawal keselamatan di rumah jiran-jiran saya (hanya rumah saya tidak berjaga) semuanya rajin membaca Quran. Setiap kali melalui pondok mereka saya pasti terdengar alunan ayat-ayat suci pada setiap pagi, petang dan malam. Walaupun mereka tidak berpeluang berjemaah di masjid (termasuk solat jumaat), tetapi mereka sangat rajin bersolat dan menunaikannya sebaik sahaja azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu. Pada setiap malam sewaktu saya balik dari bertarawih dari rumah Malaysia, saya terlihat jaga di rumah berhadapan dengan rumah saya masih lagi bersolat dengan khusyu'nya di kawasan terbuka di tepi pondoknya dan jaga di sebelah kiri rumah saya membaca Quran dengan lunaknya. MashaAllah.

Apko ramzan mubarik ho!
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-70972545593060843992010-07-31T09:26:00.003+05:002010-08-24T17:13:59.267+05:00Islamabad Berkabung
Pagi itu mendung, hujan renyai-renyai dan kadang-kadang menjadi lebat. Saya berada di tempat kerja apabila tiba-tiba ada bunyi kapal terbang yang sangat kuat seolah-olah terbang sangat rendah. Langsung saya tidak menyangka kapal terbang itu sebenarnya sedang hilang kawalan dan beberapa minit selepas itu ia terhempas di bukit Margalla. Ada 152 nyawa di dalamnya dan kesemuanya meninggal dunia. Saya tinggal di kaki bukit Margalla dan kadang-kadang saya pergi mendaki Bukit Margalla itu sehingga ke puncaknya di Pir Sohawa.

Saya bagai hilang kata-kata tatkala mendengar berita tragedi itu. Sedih, pilu, simpati semuanya bercampur-baur. Dan sudah pastilah lebih teruk lagi perasaan keluarga kepada mangsa-mangsa yang terkorban. Tengah hari itu jalan raya menuju ke bukit Margalla penuh sesak dengan kenderaan. Saya mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke rumah kerana terpaksa melalui kesesakan yang teruk. Ramai orang keluar dari rumah mereka dan berada di tepi jalan, semuanya memandang ke arah bukit Margalla yang dipenuhi dengan asap tebal bercampur kabus. Beberapa helikopter berlegar-legar di atas bukit itu, menjalankan aktiviti menyelamat.

Di TV saluran berita tempatan semuanya membuat liputan secara langsung mengenai tragedi kapal terbang Air Blue yang terhempas dalam perjalanan dari Karachi ke Islamabad itu. Antara yang terkorban adalah pasangan pengantin baru yang baru tiga hari bernikah dan dalam perjalanan untuk berbulan madu ke Islamabad. Dan sebuah keluarga yang terdiri daripada 6 orang. Pelbagai cerita yang sungguh tragik dan menyayat hati disiarkan di pelbagai saluran berita yang terdapat di sini. Saya selalu membayangkan bagaimanalah jika saya adalah salah seorang yang berada dalam perut kapal terbang itu. Na’uzubillah.

Pada mulanya mereka mengumumkan 7 orang dijumpai masih bernyawa, ada saluran yang melaporkan 5. Tetapi sejam selepas itu menteri dalam negeri Pakistan mengumumkan kesemua mereka meninggal dunia dan kesemua mayat berjaya ditemui. Kerja-kerja membawa mayat keluar dari bukit itu diteruskan sehingga ke malam hari. Bunyi helikopter dan ambulans kedengaran dengan jelas dari rumah saya, silih berganti sehingga ke tengah malam.

Ini adalah satu hari yang sangat menyedihkan di Islamabad, kerajaannya telah mengumumkan Pakistan akan berkabung sehari . Saya pun masih lagi terkejut dan sukar untuk percaya bahawa kapal terbang itu sebenarnya jatuh di atas bukit di belakang rumah saya.
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-71419440193121528842010-07-28T19:34:00.009+05:002010-07-29T00:28:50.820+05:00Kosher Dalam TG

Sewaktu menempah tiket kapal terbang untuk balik ke Malaysia pada bulan lepas saya sengaja menempah makanan Muslim dan telah berkali-kali mengingatkan pada ejen tiket tersebut. Tetapi seperti biasa, orang Pakistan selalunya sangat bodoh dan susah untuk mereka faham dan laksanakan apa yang kita mahu. Apa yang mereka tempah adalah makanan Kosher!

Terpaksalah kami mengadap makanan khas untuk orang Yahudi itu sewaktu dalam penerbangan Thai Airways dari Kuala Lumpur- Bangkok- Islamabad pada hari itu. Saya agak terkejut pada mulanya, tetapi menerima makanan tersebut dengan perasaan yang agak teruja. Kerana saya mempunyai sedikit pengetahuan tentang makanan Kosher bahawa ia tidak mengandungi babi dan biasanya menjadi alternatif kepada Muslim apabila mereka gagal mendapatkan makanan halal di negara-negara bukan Islam.

Setelah membaca senarai bahan-bahan yang digunakan dan informasi yang disediakan pada kotak makanan tersebut, saya bertambah yakin bahawa ianya juga boleh dimakan oleh orang Islam yang mementingkan makanan Halal. Sepotong ikan Salmon bersama sedikit sayur-sayuran dan biskutnya juga adalah disahkan Kosher! Terdapat penerangan yang lengkap mengenai bahan-bahan yang digunakan termasuklah kod E-nya beserta dengan penerangan tentang syarikat penyedia makanan tersebut dan persijilan Kosher yang diperolehinya, betapa mereka sangat boleh dipercayai dan boleh diharapkan. Terfikir pula, alangkah bagusnya kalau industri makanan halal boleh menyediakan perkara yang serupa, bukan hanya sekadar menampal secebis logo halal.

Tetapi sesampai saja di Islamabad saya terus memarahi ejen yang menempah makanan Kosher tersebut. “Anda fikir saya Yahudi?!”

Saya memberitahu kepada dia bahawa saya seorang Muslim dan makanan halal adalah penting bagi saya. Kerana saya bukan seperti orang Muslim Pakistan yang apabila naik sahaja Thai Airways mereka akan meminum arak sebanyak-banyaknya.

Tetapi orang Pakistan itu menjawab, “saya pun tidak tahu apa itu Kosher. Kawan saya kata ianya sejenis makanan baru untuk Muslim”.

Maka, sahlah dia memang orang Pakistan!

*Klik di sini untuk perbandingan antara Halal dan Kosher.

Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-17899042583461909312010-07-08T20:53:00.007+05:002010-07-09T21:33:40.923+05:00Sepasang Selipar Jepun & Sekeping Nota

Sepasang selipar merah yang masih baru itu diikat dengan sebelah selipar hitam yang lama di atasnya. Dan di atas selipar hitam itu terikat sekeping nota. "Ini selipar yang saya ganti, dengan sebab kecuaian saya. Harap maaf." Saya melihat selipar itu di masjid di sebuah pondok pengajian agama di Pasir Tumbuh, Kelantan selepas selesai solat Asar di situ.

Petang itu saya menghantar Moklong ke pondoknya di situ. Setelah kematian suaminya, dia mengambil keputusan untuk menjual tanah dan rumahnya dan dia ingin menghabiskan sisa hidupnya di pondok itu. Dia tidak pernah mempunyai anak kandung sendiri tetapi pernah mengambil dua anak angkat perempuan dan kedua-duanya telah berkahwin dan mengikut suami masing-masing. Walaupun pertaliannya dengan kami cuma bau-bau bacang, tetapi dia selalu datang ke rumah keluarga saya di Setiu dan selalunya bermalam untuk beberapa hari malah kadang-kadang berminggu. Dia cuma seorang perempuan tua yang kesunyian dan inginkan sedikit perhatian dan kasih sayang anak cucu. Dan itulah yang cuba kami berikan, cuma sedikit perhatian agar dia tidak berasa kesunyian dan dipinggirkan.

Petang itu saya tergerak hati untuk menghantarnya pulang ke pondoknya. Sebenarnya saya sudah lama teringin melihat pondoknya. Saya senang melihat dia gembira tatkala sampai di pondok kecilnya sambil disambut rakan-rakan yang juga jiran-jirannya, kebanyakannya hampir sebaya usia dengannya. Keadaan di situ kelihatan tenang dan penghuninya juga kelihatan bahagia. Mereka hanya menjalani hidup yang sangat ringkas. Pondok-pondok kecil dibina rapat-rapat di antara satu sama lain dan tidak jauh dari pondok itu terdapat sebuah masjid yang tersergam indah, berpagarkan batu marmar. Di masjid itulah mereka sering berkumpul untuk beribadat, mendengar kuliah dan ceramah, belajar dan sebagainya.

Apabila melihat selipar dan nota itu, hati saya terdetik bahawa betapa jujur dan mulianya hati penduduk di situ. Selipar itu cuma selipar jepun yang mungkin diwakafkan orang. Tetapi rasa kebertanggungjawaban dan integriti yang tinggi orang di situ jelas terlihat apabila dia tidak mengambil mudah walaupun perkara yang kecil sebegitu. Kepada saya pengunjung pertama kali ke situ, selipar bernota itu bercerita tentang mereka di situ, tentang moral dan peradaban mereka. Lalu saya yakin Moklong telah membuat pilihan yang tepat untuk tinggal di situ. Semogalah Moklong selalu bahagia di situ.
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-8868656265294245212010-07-07T23:18:00.008+05:002010-07-18T11:38:31.537+05:00Troli Itu Dan Kad Kreditnya
Hari itu sangat panas apabila saya berada di Pasaraya Mydin Kuala Terengganu. Sewaktu beratur untuk membayar di kaunter juruwang saya melihat makcik yang sudah agak berumur beratur di hadapan saya. Dalam trolinya penuh dengan barang keperluan dapur. Saya lihat bagai ada riak derita kesunyian di wajahnya. Dia tidak keseorangan tetapi ditemani oleh lelaki yang saya fikir adalah suaminya, yang agak uzur dan berjalan terhencot-hencot seolah-olah tempang sebelah kakinya. Saya melihat dia baru sedar ada satu bungkusan sayur dalam trolinya belum ditimbang, lalu saya menggalakkan dia untuk pergi menimbangnya terlebih dahulu dan saya tidak akan memotongnya dalam barisan yang panjang itu. Dia bergegas pergi menimbang, sambil suaminya yang uzur itu menunggu trolinya di hadapan saya. Apabila dia kembali sedang elok gilirannya untuk membayar.

Saya tidak menyangka dia akan membayarnya menggunakan kad kredit. Tetapi yang lebih mengejutkan saya adalah kad kreditnya tidak dapat diproses walaupun juruwang telah mencubanya berkali-kali. Saya sangat sedih melihat mereka berdua pergi berlalu begitu sahaja, meninggalkan troli yang penuh dengan barang-barang keperluan dapur yang banyak yang sudah siap diletak dalam beg plastik. Mereka pergi dengan hampa dan mungkin malu, tanpa menoleh sedikit pun ke arah belakang. Saya pun tidak sanggup dan tidak mahu melihat wajah mereka pada saat itu. Dan selepas itu juruwang mengarahkan pekerja lain untuk menyimpan balik semua barang-barang tersebut.

Peristiwa itu sangat menghantui fikiran saya dan saya asyik bercerita mengenainya kepada keluarga sebaik sahaja tiba di rumah. Saya berasa sangat kasihan. Banyak yang saya fikir tentang orang tua itu. Adakah dia mempunyai anak-anak dan di mana anak-anaknya? Apakah kad kreditnya bermasalah atau mesin kad kredit itu yang bermasalah? Bagaimanakah dia akan memasak untuk hari itu? Dan banyak lagi.

Sehinggakan pada malamnya saya bermimpi. Saya melihat dia datang kembali ke kaunter juruwang itu dan ingin membayar secara tunai, dengan sekepal duit di tangannya. Tetapi troli itu sudah tiada di situ. Saat itu saya sempat melihat mukanya yang kecewa dan sedih. Dan bagaimana betapa saya berharap saya menjadi seorang hero dan membawakan semula troli itu kepadanya.
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-78915207990773849312010-05-29T14:41:00.006+05:002010-07-18T11:39:00.645+05:00Mei di Islamabad
Hampir sebulan saya tidak menulis apa-apa di sini. Sekarang sudah di penghujung Mei, musim panas baru bermula. Di tengah hari suhunya boleh mencapai sehingga 48 darjah celsius,dan akan meninggi lagi menjelang Jun dan Julai depan, kemuncak musim panas di Pakistan. Jika keluar rumah di waktu tengah hari saya akan menjadi sakit kepala, ia bagai mengiggit-gigit. Angin yang bertiup pun terasa sangat panas, walaupun di malam hari.

Dan hari ini genaplah setahun saya di sini. Kami tiba pada 29 Mei tahun lepas. Cuaca dan suhunya samalah seperti tahun lepas, cuma bezanya kami tidaklah terlalu terkejut dengan cuaca ini kerana memang kami telah bersedia untuk menghadapinya. Begitu juga dengan keadaan keselamatan di negara ini, masih sama dengan tahun lepas. Tapi berita-berita itu sudah tidak berapa menarik perhatian kami, benarlah kata orang kita alah bisa tegal biasa. Semalam sahaja dua serangan pengganas secara serentak ke atas dua rumah ibadat golongan minoriti (Ahmadiyyah) berlaku di Lahore selepas solat Jumaat. Sehingga entri ini ditulis sekurang-kurangnya 95 orang dilaporkan telah terkorban.

Di kedai buah-buahan di Islambad kelihatan mangga sudah pun mula dijual, menandakan musim mangga sudah tiba. Walaupun pada mulanya harganya agak mahal dan rasanya kurang manis, tetapi selepas ini di Jun dan Julai harganya akan menjadi lebih murah dan rasanya akan bertambah manis. Di mana-mana pun ada orang menjual dan menjaja mangga dengan harga serendah dari Rs50 (RM2). Rugilah kalau tidak merasa jus mangga atau lasi mangga yang sungguh melegakan dalam cuaca yang panas-panas begini. Mangga Pakistan memang sangat manis dan sedap, saya rasa ia lebih enak daripada mangga Thailand yang biasa didapati di Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini entah mengapa kami merasakan semuanya tidak kena dengan Pakistan dan orang-orangnya. Seperti biasa mereka sangat suka membuat janji dan kemudiannya tidak memenuhinya, penipuan dan pembohongan sudah menjadi budaya mereka. Saya akan menjadi sakit hati apabila berhadapan dengan orang mereka yang kurang adab, kurang pendidikan dan kurang kesedaran sivik. Pergilah ke mana-mana pun, ke kedai, restoran atau sewaktu memandu dijalan raya, anda cuma akan sakit hati, tertekan dan marah. Urusan dengan pihak pejabat kerajaannya juga sangat menguji kesabaran, mereka tidak cekap, suka pilih kasih dan masih mengamalkan amalan rasuah secara berleluasa. Di negara ini, tiada sesiapa yang boleh dipercayai dan diharapkan.

Bekalan elektrik di rumah akan terputus selama sejam untuk lima atau enam kali sehari dan ianya benar-benar menjadi masalah terutamanya di musim panas ini. Kerajaan mereka juga telah membuat beberapa keputusan yang bodoh dan kelakar berhubung masalah elektrik dan sudah tentulah mereka tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Kedai-kedai dan pusat perniagaan diarahkan tutup seawal 8 malam, tetapi catuan elektrik masih tetap dikenakan, malah lebih kerap. Oh ya, mereka juga telah menyekat capaian ke laman Facebook dan tiada sesiapa lagi yang boleh menggunakan Facebook di Pakistan sekarang. Semua ini menambah tekanan kepada saya dan membuatkan saya ingin balik bercuti dan berehat sebentar di tanah air, saya sudah bosan dan tidak tahan lagi dengan tempat yang tidak bertamadun ini. Atau pun cuma kerinduan saya pada Malaysia yang membuatkan segalanya kelihatan tidak indah di sini?

Setelah mengetahui saya sudah tinggal di sini selama setahun, seorang pegawai kanan Pakistan bekerja di sebuah kementerian beria-ia bertanyakan saya, "adakah anda suka Pakistan?"

Oleh kerana saya menghormatinya dan tidak mahu mengecewakannya, sambil tersenyum sumbing saya membalas "saya suka mangga Pakistan. Mangga anda sangat manis."
Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-29994035.post-28291863761433054852010-04-29T13:18:00.014+05:002010-04-29T15:41:17.187+05:00Dia Telah Mati Ditembak Polis
Dia baru berusia 15 tahun. Emaknya yang merupakan seorang ibu tunggal memberitahu bahawa dia seorang budak yang baik dan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, malah keluarga mereka juga bukan keluarga penjenayah. Ada jiran yang memberitahu bahawa kadang-kadang dia ke surau dan mengikuti aktiviti di surau. Seorang pemilik kafe siber berkata dia seorang remaja yang mudah didekati dan penyayang serta sering mengunjungi premisnya. Kakaknya memberitahu dia seorang pelajar yang aktif di sekolah terutamanya dalam bidang sukan dan selalu mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolahnya. Dia meminati bola sepak.

Dia tinggal di Shah Alam. Pada suatu malam dia keluar rumah tanpa pengetahuan emaknya bersama rakannya. Dia memandu kereta milik kakaknya tanpa lesen dan mungkin telah memandu secara berbahaya. Apabila dia memotong sebuah kenderaan peronda polis dan kemudian dikejar oleh kereta polis tersebut, dia menjadi panik dan tidak memberhentikan keretanya. Polis telah menembak bertubi-tubi ke arah kereta yang dipandunya sehinggalah mengena kepalanya dan dia rebah di riba kawannya yang berada di sebelahnya. Kawannya berjaya melarikan diri setelah dipukul, ditendang dan dipijak oleh polis-polis tersebut.

Di surat khabar sekutu rapat kerajaan, mereka menulis bahawa dia disyaki penjenayah atau penyamun. Mereka menuduh bahawa dia cuba merempuh polis dengan mengundurkan keretanya, (peliknya) setelah tayar kereta tersebut ditembak dan keretanya telah terbabas ke tepi. Mereka menuduh bahawa terdapat parang di dalam keretanya, padahal menurut keluarganya cuma terdapat kasut di dalamnya. Menurut Khalid Samad, tuduhan tersebut adalah suatu pembohongan! Media berkenaan cuba gambarkan seolah-olah dia adalah seorang penjenayah yang berbahaya, dan wakil Biro Hal Ehwal Murid PIBG sekolahnya menyifatkan bahawa kenyataan negatif beberapa media itu sebagai satu fitnah.

Dia telah mati. Ditembak oleh polis. Di kepalanya.Nafastarihttp://www.blogger.com/profile/05558463625665950984noreply@blogger.com13