Sunday, May 03, 2009

Dr. Wong Biadap di Bilik Bersalin

Saya percaya kepada hospital kerajaan sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan yang unggul kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang pesakit. Mereka juga mempunyai kemudahan yang boleh dikatakan lengkap dan mampu memberikan rawatan kepada semua jenis penyakit dan kepada semua pesakit yang datang. Lebih penting lagi perkhidmatan hospital kerajaan tidak mementingkan keuntungan kerana mereka tidak menjalankan perniagaan seperti hospital swasta. Mereka menjalankan tanggungjawab sosial yang sangat penting dalam memastikan tahap kesihatan yang baik di kalangan rakyat Malaysia.

Baru-baru ini isteri saya Mawar baru sahaja melahirkan anak sulung kami di sebuah hospital kerajaan di Kuala Terengganu dan kami melalui pengalaman yang sangat mengecewakan. Kami tidak kisah tidak mendapat tempat di wad kelas pertama kerana faham bahawa hospital kerajaan mempunyai terlalu ramai pesakit. Kami tidak kisah langsung tentang peralatan kemudahan, tetapi ianya agak menyakitkan hati kerana layanan daripada kakitangan yang diterima di wad kelas ketiga dan kedua adalah berbeza dengan wad kelas pertama.

Semasa di bilik bersalin, Mawar bernasib baik kerana mendapat doktor perempuan melayu dan dikelilingi oleh doktor-doktor pelatih perempuan dan jururawat-jururawat perempuan. Tetapi mereka tidak menutup tirai bilik bersalin itu dan beberapa orang doktor lelaki yang lalu-lalang dapat melihat ke dalam bilik itu. Malah ada doktor lelaki yang dengan sengaja "menjenguk-jenguk" dan sempat berbual-bual dengan doktor perempuan yang mengendalikan Mawar bersalin. Saya meminta kepada doktor perempuan melayu itu supaya tidak ada doktor lelaki yang boleh masuk ke situ kalau ianya tidak perlu. Tidak semena-mena seorang jururawat muslim yang bertudung menjawab kepada saya, "Eh, nasib baik je ada doktor perempuan hari ni."

Saya menjawab kembali, "ya, nasib baiklah, dan sekarang kita ada pilihan, jadi saya ingin memilih yang lebih baik".

Dengan nada yang memerli, jururawat perempuan itu menjawab lagi, "ye la.. ada pilihan.."
Dan doktor pun menarik tirai bilik itu lalu menjadikannya separuh tertutup.

Sewaktu Mawar kesakitan, doktor dan jururawat akan marah-marah dan menengkingnya, di hadapan saya. Mereka menjerit-jerit kepada pesakit hampir pada setiap masa. Malah mereka akan menakut-nakutkan pesakit supaya meneran cepat-cepat dengan mengugut pesakit. Saya mendengar jururawat dan doktor berkata dengan nada yang sangat mengguris perasaan.
"Awak nak bersalin secara normal ke tak, atau nak ceasar?!" Dalam suara yang bertempik.
"Awak sayang bayi awak tak? Teranlah betul-betul!".
"Awak tak nak tengok anak awak selamat ke?" Seolah-olah bayi saya akan mati kelemasan!

Padahal saya percaya bahawa semuanya akan menjadi lebih baik dan teratur jika mereka dapat menggunakan kata-kata yang lebih positif dan nada yang lebih sopan. Mereka boleh memberitahu pesakit tentang cara-cara melakukannya dengan baik dan sopan, dan kalau itu dilakukan saya pasti ia memang membantu pesakit. Bukan mereka tidak tahu isteri saya sedang melahirkan anak yang pertama dan dia tidak pernah mempunyai pengalaman yang menyerupai itu sebelumnya. Saya mendengar ramai orang memberitahu di hospital bersalin swasta jururawatnya jauh lebih sopan dan bertamadun berbanding dengan jururawat di wad bersalin hospital kerajaan.

Dr. Wong pula adalah sangat menjengkelkan, dia bukan sahaja kasar malah biadap dan suka memekik tanpa alasan yang kukuh. Dia memarahi Mawar yang sedang kesakitan kerana Mawar mengeluarkan suara erangan kesakitan dan menyebut nama Tuhan. Dia menjerit sekuat hati kepada Mawar supaya diam dan tidak membunyikan apa-apa suara sewaktu melakukannya. Itu sangat melukakan perasaan saya tetapi saya hanya bersabar dan walaupun saya berasa seperti ingin menampar dan menghalaunya keluar dari bilik itu. Dia tidak membantu apa-apa pun malah cuma menambahkan sakit Mawar dan sakit hati saya.

Sewaktu hendak bersalin itu, saya mendengar seorang jururawat bertanya jika Mawar "orang luar" dan berasal dari mana, lalu saya menjawab dia berasal dari Shah Alam. Tiba-tiba Dr. Wong menyibukkan dirinya dengan menjerit dan menengking saya dengan suara yang tinggi dan kuat, "apa masalahnya orang luar?! Saya juga orang luar!"

Saya tidak tahu kenapa dia berperangai seperti orang gila seperti itu. Saya betul-betul tidak faham kenapa dia harus menengking saya terhadap perkara yang tiada hubungkait dengannya. Lalu saya menjadi marah dan menengkingnya kembali serta menunjukkan jari telunjuk saya ke atas mukanya. Semua orang dalam bilik bersalin tiba-tiba terdiam dan cuba menenangkan keadaan. Menariknya, selepas itu Dr. Wong diam dan tidak menjerit seperti orang gila lagi. Tidak lama selepas itu juga Mawar bersalin dan ia berlaku dengan cepat, mungkin kerana dia sudah aman tidak diganggu oleh jeritan Dr Wong lagi.

Untuk rekod, sebelum ini Dr Wong juga pernah memarahi Mawar sewaktu dia masuk wad untuk kes placenta praevia sebelum ini. Suatu hari Mawar diberi kebenaran untuk balik ke rumah selama dua hari dan kami kembali semula ke hospital pada tarikh yang diberikan. Dr Wong memarahi Mawar kerana kami ke sana pada waktu petang, tidak pagi. Padahal pihak hospital tidak pernah menetapkan masa untuk kami datang dan kebetulannya saya bekerja pada hari tersebut dan cuma boleh menghantar Mawar ke hospital pada waktu petang. Keduanya Dr. Wong menengking Mawar kerana pulang ke rumah padahal Mawar pulang ke rumah atas kebenaran doktor selepas Mawar bersetuju untuk menanggung risiko. Saya juga mendengar pelbagai lagi cerita tentang kekasaran dan kebiadapan Dr. Wong. Saya harap anda pembaca tidak menjadi mangsa yang keseterusnya.

Selepas bersalin pada 11.22 malam Mawar kembali ke katilnya yang terletak di wad kelas kedua kira-kira pukul 4 pagi. Pada awal pagi itu kira-kira pukul enam seorang jururawat datang ke katilnya atas urusan tertentu. Mawar yang sedang terlantar memintanya mengambil sesuatu dari meja di sisinya untuk dihulurkan kepadanya kerana Mawar masih terlalu lemah dan terdapat jarum dan wayar di kedua-dua tangannya. Jururawat menghulurkan barang tersebut dengan acuh tak acuh. Sebelum berlalu dia sempat menyakitkan hati Mawar dengan membuat mimik muka yang memerli dengan nada suara yang menghina "hek.. hek... alahai.."

Pada hari terakhir barulah Mawar berpeluang untuk masuk ke wad kelas pertama. Layanan di situ memang jelas berbeza dengan wad-wad lain sebagaimana yang saya pernah ceritakan dalam entri terdahulu. Sewaktu kami hendak pulang ke rumah jururawat yang bermuka manis berkata-kata penuh sopan dalam senyuman yang menawan, "untuk anak yang seterusnya datanglah ke sini lagi". Saya tidak tahu hendak membalas apa, tetapi dalam hati cukuplah sekali ini seperti ini di sini. Alhamdulillah, tetapi cukuplah.

22 comments:

Anonymous said...

memang begitulah keadaannya hospital kerajaan,walau berjuta aduan xkepuasana hati diterima,dan kementerian kesihatan adalah antara yg paling byk menerima aduan,tapi sikap kakitangannya tetap sama..kadang2 saya merasakan doktor ini seolah-olah berlagak..bukanlah semua tapi mungkin separuh darinya..ia merasakan teori yg dipelajarinya betul belaka..sedangkan semuanya adalah di tangan tuhan..
saya juga ada mengalami situasi sedemikian..
kadang2 ada juga timbul azam untuk mengumpul wang utk bersalin di hospital swasta..biarla bayar mahal pun..tapi perkhidmatan yg diberikan 1st class...

Anonymous said...

salam..
terpanggil untuk mencoretkan sedikit komen disini.tahniah buat kalian atas anugerah yang tidak ternilai itu.

sedih bila baca entry mengenai mawar yang dimarahi macam tu.kenapa mereka berkelakuan mcm tu???

sy sekarang di australia.sedang pregnt dan akan bersalin tak lama lagi.tentunya saya menilai hospital dan klinik di sini sepanjang saya hamil ni.dan alhamdulillah,servis di sini tersangat la berbeza dengan malaysia.di sini,sy mendapatkan khidmat klinik dan hospital swasta yang sgt bagus perkhidmatannya.namun,saya juga diberitahu bahawa hosptal kerajaan juga sangat bagus di sini.layanan doktor dan staff yang bertugas sama juga dengan hospital swasta.saya terbayang cerita kwn2 yang bersalin di hospital kerajaan di malaysia..tersangat la jauh bezanya dengan apa yang terdapat disini..

kenapa mereka tidak boleh bersikap sopan santun dan berbudi bahasa seperti yang diamalkan disini...

-hanies-

Water Lily said...

Salam untuk Ahmad dan Mawar.

Saya merasa sungguh kecewa dengan layanan begitu,lebih-lebih lagi ke atas seorang bakal ibu.

Pengalaman Mawar hampir sama dengan pengalaman yang dilalui oleh adik saya ketika melahirkan anak sulungnya dulu. Jururawat seagama dengan kita,mengherdiknya di wad kerana berstokin dan bertudung labuh.

"Hek..elah..dah nak beranak pun nak berstokin-stokin lagi". Dengan cemikan muka yang sangat buruk.

Untuk makluman,adik saya masuk wad lebih awal,bukan kerana sakit hendak bersalin,tapi dia ibu bermasalah yang mengidap asthma.

Saya tidak faham,apa masalah sebenar kakitangan hospital kerajaan dari pemanadu ambulan sampai ke atasan hingga ke kementerian.

Ummi Wafa said...

salam...
bila baca entry kali ini, terkesima dibuatnya. kesian sungguh mawar. apapun kalian antara orang yang GAGAH DAN BERANI kerana dapat bertahan dengan kerenah-kerenah orang2 yang kurang siviknya. dari bulan2 sebelum kelahiran sehingga ke hari2 yang menggetirkan. harap embun tidak sempat untuk belajar sesuatu disaat dia mencelikkan matanya ke dunia yang beronak, sesuatu sememangnya menjadi tradisi sebahagian kakitangan hospital kerajaan.
Sampaikan salam manis dari kejauhan untuk mawar, semoga dengan kehadiran embun sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa tidak puas hati terhadap orang2 yang keras hati dan tidak berperikemanuasiaan. Doakan mereka agar Yang Maha Esa memberikan mereka hidayah dan petunjuk supaya mereka lebih bertamadun.
INsyaallah dengan izinNYa dapat UW ketemu Embun di Mekkah ALMukarramah.

nasikerabupetro said...

Lepas ni Mawar bersalin kat oversea pulak. Boleh la awak cerita pengalaman tu macam Ustaz Saiful Islam...

Maaf Encik Nafastari...
Tak sempat lagi saya menziarah kamu sebelum fly...

Masdihana Hamzah said...

Salam.

Ciannyer Pn. Mawar.... Lps ni kalau nak baby lagi, kena fikir 2-3 X. Ada baiknyer gi swasta je... duit leh carikan..kan...kan...

Semasa saya nak bersalin ari tu, ngeri gak sebab 1st time bersalin kat oversea... cam mane lah services they all??? Tp alhamudilillah, walaupun nurse nyer org filiphine n doktor nyer org Egypt, mereka layan saya sangat baik.

Mince4AM said...

Salam,

Saya pernah ditahan di hospital lebih dari sebulan lamanya pada tahun 97-98. Layanan jururawat ketika itu tidaklah bagus sangat..tetapi boleh kata fairla... pelatih jururawat pada masa itu sgtlah tip top..saya di mandikan, pernah disyampukan dan pernah diguntingkan rambut dengan batas-batasan yang dibenarkan.. Doktor pula ada yang OK dan ada yang KO-berlagak..sehingga saat ini saya masih takut untuk bermain bola dengan orang-orang muda kerana kerja buat doktor KO-berlagak ni

2008,
Bapa saudara pula terlantar di hospital kerana stroke... jururawat hancur..pelatih pun hancur, kalau boleh biar jangan ada patient yang memanggil... dan kalau ada patient yang tidak boleh mengurus diri..lebih baik mereka lari kerana mereka tidak biasa dengan segala serba serbi..takut terkena tahi...mereka semua penggeli.. Bayangkan kalau patient sebatang kara..tidakla mereka dilayan mana..x kena angin di dischargekan segera..malas melayan, letih nak tolong angkat-angkatkan..kesian. Kalau di comment saya rasa x cukup ruangan... saya tinggalkan dengan nukilan gelandangan dari seberang.

BENER-BENER RUMAH SAKIT
.........

Kemanusiaan, tidak dipikirkan,
Rumah sakit bayar dulu, uang yang diutamakan,

Di rumah-rumah sakit birokrasinya berbelit,
Apalagi x berduit kau pastikan dipersulit,
Di rumah-rumah sakit banyak pasien yang menjerit,
kerana biaya yang mencekik dan doktornya pada singgit!

p/s: Jika ke hospital, pakailah pakaian kemas..bertali leher dan berlagak sikit, pasti doktor dan jururawat buat kerja betul..... hahaha hipokrit betul dorang

Anonymous said...

erm..baru2 ni ada MHI ada memperkatakan tentang isu layanan hospital kerajaan terhadap pesakit..mcm2 perkara yg diadukan oleh pendengar..semuanya aduan yg negatif...
agak2 bile la org2 hospital kerajaan ni akan berubah yer..huhuhu..

-TaSyA-

Hartini Omar said...

salam dr seberang,

entri yang bagus untuk saling memperingatkan. saya sendiri musykil mengapa manusia perlu bersikap begitu pd orang lain. mereka mungkin tidak berfikir bagaimana perasaannya jika mereka yang dilayan sedemikian rupa. namun alhamdulillah sglnya selamat

saya dan adik beradik dilahirkan di hospital swasta. ibu bercerita bahawa untuk kelahiran petama, bakal2 ibu dijaga dan dilatih dengan sempurna. semoga mawar dan anak2 kamu yg seterusnya menerima layanan yg lebih mesra

Anonymous said...

Melampau dr. mengherdik tuh!!
Kalu aku herdikkan je balik, kurang ajar!!!

-joe-

anonimus said...

konfius dengan jari yang mana satu di tunjukkan ke atas muka doktor tu... satu jari saja ka (yg mana satu)? atau kelima-lima jari?

Anonymous said...

kalau saya kelima-lima jari la... dan dah melekat pun kat pipi doktor tu

addyaholix said...

memang begitulah hospital kerajaan.

parut dimata saya juga "hasil kerja" doktor dan jururawat di hospital kerajaan. mak pernah sarankan untuk saman, tapi mujur ayah tenangkan. saya sedikit kesal. kalau punya pilihan, hospital kerajaan pilihan terakhir saya.

Mentibang said...

Nafastari, teringat kembali pengalaman saya masa melahirkan anak sulung...mmmm, memang memeritkan. perit dengan situasi bukan kesakitan.

Cursive said...

Pertama-tama, tahniah dengan kelahiran anugerah Allah SWT.

Pengalaman saye, Atuk isteri saye masuk Hospital Besar Kuala Lumpur, mase first time masuk, duduk wad kelas kedua, ok, layanan bagus, second time masuk kelas 3, sebab kelas 1 dan 2 penuh, layanan pun bagus, tiada herdikan dan saye selalu nampak diorg mandikan seorang patient ni setiap hari, tanpa rungutan.

Pengalaman saye masuk Hospital Selayang kerana denggi. Layanan memang bagus, ade patient depan katil saye demam dan muntah, diorg (nurse) selamba je lap muntah tu, dalam hati saye memang kagum dengan nurse2 kat sane.. doktor juga sangat baik, sampaikan semasa saye tidur dier amik darah saye dan saye tak tersedar.

Pengalaman saye masuk Hospital Besar Kuala Lumpur kerana pembedahan kaki, duduk wad ortopedik, kelas 3, layanan pun bagus, ramai orang mengerang-ngerang kesakitan (sebab wad kemalangan) tapi nurse2 di sana tabah je menjenguk2 patient2 yang meminta itu dan ini.

Kesimpulannya, alhamdulillah, saye bernasib baik kerana tidak pernah berhadapan dengan kesukaran sepanjang berada di hospital, mereka (doktor & nurse) memang tidak patut melayan anda dan isteri anda seperti itu. Kalau saye, doktor dan nurse tu memang kene terajang ngan saye, serius!!

yue said...

Sakitnya hati baca entry ni.. Tak bertamadun ke apa diorg ni?
Pa, sy melahirkan Izzah di hospital setiu. Alhamdulillah, kesakitan utk melahirkan sedikit terubat dengan layanan pasukan perubatan yang amat bertimbangrasa. Pasukan perubatan yang kesemuaya terdiri daripada perempuan muslim itu banyak membantu saya melalui saat2 sukar itu. Saya dan suami sebenarnya sudah berhasrat utk melahirkan anak kami di hospital swasta. Bukan kerana kami ada duit (sebenarnya duit ada sikit je. kalo boleh malas mmbazir) tp kerana ngeri mendengar cerita2 yg tak enak pasal staff perubatan di hospital kerajaan.
Saya ke hospital kerajaan akhirnya kerana memikirkan perjalanan yang jauh untuk ke hospital swasta di bandar yg memakan masa selama 50 minit berbanding Hospital Setiu yg hanya terletak sebelah rumah (2-3km) sedangkan tika itu sy sudah terlalu sakit utk melahirkan.

Pa, lps ni pi spital swasta la. Sian mawar. tp bagus la sbb herdik dr.wong tu balik. ingat dia bagus ke? blagak!

Aku... said...

saya juga pernah mengalami pengalaman yang hampir serupa tetapi tidak lah seteruk anda.....walaubagaimanapun...kalau ada duit lebih pegi la hospital swasta macam saya......huhuhu

Nafisa said...

Sedih sungguh mendengar cerita Pn. Mawar. Saya sendiri penjawat badan berkanun, dan kami dibudayakan dengan sifat mesra pelanggan.

Malangnya banyak agensi yang masih di takuk lama. Sifat *ego* dan *megah diri* memang jelas berakar di dalam organisasi kerajaan. Mereka mungkin mendengar keluhan masyarakat, tapi sengaja memekakkan telinga. Kerana itu lebih ramai lagi membenci mereka.

Tak mengapa Pn. Mawar, Tuhan itu maha adil. Kalau tidak ditimpa di dunia, pasti dihitung di akhirat kelak. Bersabar ya..

(Teringat sewaktu mahu berkahwin dulu, bapa saya diherdik di hadapan semua sedangkan kaunter sepatutnya dibuka sehingga 5.30, tetapi ditutup tepat jam 5 ptg. Kami tiba pada 5.05petang dihalau bak kambing. Diherdik bak peminta sedekah. Nasib baik ada seorang ustaz yang sudi menurunkan tandatangan yang memakan masa tak sampai 2 minit untuk urusan saksi borang kahwin. Keesokannya saya kembali lagi untuk melengkapkan borang. Nyata tiada langsung sifat ramah tamah. Yang ada jelingan dan hengusan nafas. Malangnya sifat ini dialami di pejabat MAJLIS ASGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS). Sedih bukan?)

Anonymous said...

Abang cadangkan jika berurusan dengan pejabat kerajaan jika lelaki, pakai baju lengan panjang masuk ke dalam. Pakai kasut jangan pakai selipar atau sandal je..kalau sanggup pakai tali leher pasti layanan mereka berbeza...abang dah buat dah..

abangmat12@yahoo.com

NHO...hsnz ? hmmmmm said...

Assalamualaikum wrt wbt,

Astaghfirullahal'azheem...
Mad, terkedu bila baca entry kali ni. Secara jujurnya saya memang tak tau nak cakap apa dengan kebiadapan, kelancangan, kekurang ajaran kakitangan dewan bersalin dan wad bersalin hospital ni. InsyaAllah saya akan bentangkan cerita ini pada ketua jururawat dan matron yang berkenaan. Pasal DR Wong tu memg dah byk aduan pasal dia. Saya akan emelkan part of this entry to ketua jabatan O&G for his attention, InsyaAllah. Buat masa ni saya masih bercuti sakit dan hanya akan kembali bertugas 2nd week of june nanti. Mungkin saya perlu dapatkan nama2 nurse2 berkenaan, or sekurang2nya tarikh dan waktu kejadian berlaku. Boleh diorang cross check dengan shift roster utk dptkan nama nurse2 tu. They need to be recounselled or reeducated sebab pada saya segala tingkah laku dan ayat2 kurang ajar tu tidak perlu ditunjukkan or diluahkan pun. Bukannya diorang berurusan dengan penjenayah, perogol atau pembunuh! Hanya ibu2 dan bakal ibu yang memerlukan sedikit belas kasihan. Pada saya menunjukkan belas kasihan tu adalah sebahagian drpd TUGAS NURSE kerana client mereka adalah pesakit. Apatah lagi yg diherdik, ditengking dan diperli tu pun sejantina dgn mereka....memang ada sakit mental la tu.

Sejujurnya saya memang merasakan kakitangan awam di Terengganu ini (tidak terhad kepada kakitangan hospital kuala tganu saja) agak kurang beradab bila berurusan dengan pelanggan. Berdasarkan pengalaman2 yg saya sendiri lalui di pejabat2 kerajaan, saya amat terkilan melihat cara mereka yg kasar macamla kita ni peminta sedekah. Hanya bila saya memperkenalkan diri sebagai Penolong Pengarah atau PTD, barula saya dilayan dengan agak baik. Sedangkan pengalaman saya di negeri2 lain adalah jauh berbeza. Mungkin inilah akibatnya bila hanya pembangunan material dan duniawi sahaja diagung2kan sedangkan pembangunan mentaliti, akhlaq dan budi pekerti diperkotak katikkan. Maaflah kepada yang berasal dari Terengganu, semoga anda tidak tergolong dalam kumpulan kurang ajar yg mungkin sedikit shj bilangannya tapi sudah cukup utk mencacatkan semuanya.

Saya pernah berada lama di HKL krn adik kemalangan dan dirawat di ICU HKL. Saya memang salute dgn kakitangan di HKL, the busiest hospital in Malaysia dgn macam2 kes yg ganas2 but they managed to treat their patients and their families and also the visitors very well. Tak macam di HSNZ Kuala Terengganu ni.

MenCARI Makna said...

salam.

saya sdih tgk kondisi ibu2 kt m'sia ni waktu proses kelahiran...

kurangnya sifat budi pekerti yang baik ..

harap sesiapa disini dapatlah kiranya doakan saya agar lulus untuk tapisan menjadi pelajar perubatan..

InsyaAllah cita2 saya nak jadi pakar sakit puan, walau sy tahu bnyak sgt cabarannya..

sama2 lah kita doakan agar mereka ni diberikan kesedaran tntg maruah seorang pesakit dan moga mereka menjalankan t/jwb dngn amanah..

Anonymous said...

Pergi hospital swasta je lah, first kelas servis.